Tuesday, December 26, 2006

christmas eve

hujung-hujung tahun macam ni, pejabat aku macam dilanggar geruda. sunyi. sepi. yang tinggal cuma telefonis dan mereka-mereka yang dah habis cuti tahunan. aku mula bercuti hari ini sampai 4 januari tahun depan. 2 tahun cuti nko. dari tahun 2006 sampai tahun 2007. haha.

memandangkan cuti yang panjang ni berpotensi untuk menjadi cuti yang membosankan bagi aku, maka aku, rain dan sinchan berancangan untuk ke sarikei melawat jali (yang dapat kerja baru di Sarikei tu) dan sekaligus ke Sibu untuk berfoya-foya (baca: shopping).

23 Disember 2006

kitorang berangkat dari kuching jam 7:15 pagi. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke sarikei. rain jadi pilot. sinchan co-pilot. aku jadi mem duduk kat belakang.

semua tengah teruja nak berjalan jauh. pertama kali rancangan bercuti yang kitorang atur menjadi! teruja nak jumpa jali yang dah 2 bulan kitorang tak jumpa. pendek kata memang kitorang tengah hepi sangat-sangat.

sepanjang perjalanan lima jam tu, kitorang berenti di serian untuk sarapan. makan nasik goreng yang dibekalkan oleh mak rain kat tepi kolam. kemudian berhenti di stesen petronas untuk isi minyak dan membuang apa-apa yang patut. dah tengahari sikit, perut aku lapar balik. aku pun bukak la lebihan nasi goreng pagi tadi sambil makan dalam kereta. sinchan kononnya tanak makan dah. bila bau nasi goreng tu dah merebak di dalam kereta, sinchan pun "aku maok juak". rain pulak kononnya mintak sesudu jer. dia nak makan sambil memandu. kitorang suruh dia berhenti kat tepi jalan. tak nak. nak makan jugak sikit sambil memandu. kitorang suruh berhenti lagi. akhirnya dia berhenti jugak kat perhentian bas dan kitorang pun ala berkelah kat situ sambil makan. orang yang kononnya nak makan sesudu jer tadi, mintak tambah lagi. hahaha. habis lengis container nasik goreng tu.

pagi tadi sebelum turun tu mak si rain beriya-iya pesan kalau letih drive, bergilir-gilir lah, jangan tidur, bawak bercakap supaya tak mengantuk. kalau la dia tau anak bujang dia memandu all the way from kuching to sarikei to sibu and back to kuching dah tu co-pilot dengan mem kat belakang asyik tido, mesti risau giler-giler orang tua tu. nasib la pilot tu reti menghiburkan diri sendiri menyanyi ala karaoke dalam kereta tu. pun masih gak orang-orang yang tido tu tak reti nak sedar-sedar.

sampai di sarikei lebih kurang jam 1 petang. masa tu dah hujan renyai-renyai. nak carik rumah jali berdasarkan alamat yang dia sms kat rain. aku nak telefon tak boleh sebab bateri handphone kong. sinchan pun sama. harap handphone rain pulak takder kredit. boleh?? lepas tu pandai-pandai kitorang la tanya kat orang yang lalu lalang kat situ mana jalan Susu Jambu ke hapa ntah nama. akhirnya sampai jugak depan rumah jali. dia ala terkejut tengok cemana kitorang leh carik rumah dia. heyyy boh ko underestimate diva 3 orang tok koh.

sampai-sampai tu jali buat popia daging goreng untuk kitorang. sebab dia pun baru sampai dari kampung, jadi tak sempat nak buat apa-apa. tapi tak kisah. kitorang borak-borak (nak kena update citer 2 bulan tu). malam tu keluar makan kat gerai makan. sedap gak la makan kat situ. kat gerai makan tu rain jumpa kawan lama. yang kemudiannya kawan lama rain berkenan lak dengan sinchan. wohohooo. balik dari makan tu kitorang sambung lagi borak kat rumah jali sampai jam berapa ntah. esok semua tengah teruja nak ke sibu.

24 Disember 2006

lebih kurang jam 8:15 pagi bertolak ke sibu. perjalanan lebih kurang sejam setengah. sampai di sibu kitorang sarapan kat gerai. lepas sarapan tu terus ke Premier (shopping complex). punya la ramai manusia. yer la kan esoknya nak krismas. dah tu cuti sekolah. pulak hujung tahun. memang sesak. dah dapat sikit sorang beg plastik kat tangan (kecuali sinchan, duhhh) kitorang ke Wisma Sanyan pulak. another shopping complex. pehhh aku cam teruja giler kat situ. siap pesan dengan diorang nanti kalau terpecah, jumpa kat depan kedai Giordano.

naik tingkat satu, aku terus masuk kedai kuar kedai. diorang pulak entah ke mana. lepas tu aku masuk pulak ke Parkson. pehhh teruja giler ni. barang cam murah jer. kat kuching pun tak murah cam tu. aku jalan dari satu tempat ke satu tempat. bila dah cam habis parkson tu aku keliling, aku pun nak ke kaunter bayar barang yang aku beli. aku bukak beg sandang nak ambil beg duit. ada handphone. ada digital camera. ada lip balm. tisu. gula-gula eclipse. bungkusan cakoi lebihan sarapan (iyer diorang bubuh jer dalam beg suh aku bawak. boleh??). semua ada. beg duit tak der. okay. aku carik lagi. takder gak. okay. aku carik dan carik lagi. sah!! takder. okay. aku blank sekejap. aku tarik nafas. aku ingat bila kali terakhir aku letak beg duit kat dalam beg sandang aku tu. lepas aku kuarkan duit dari mesin atm tadi, beg duit tu masih ada. sampai sekarang memang aku takder keluarkan pun beg duit tu. hilang!! okay. aku tarik nafas lagi. telefon sinchan "aku rasa beg duit aku hilanggg. tadi masa kat atm ko tengok aku letakkan dalam beg ni kan?" "okay, okay, ko tunggu kat situ. kitorang datang".

diorang datang. aku tak ingat sangat apa berlaku sebab aku memang blank sangat-sangat masa tu. diorang suruh aku check kat fitting room. dah berapa ramai yang masuk fitting room tu selepas aku. kalau ada yang jujur jumpa pun mesti diorang dah bagi kat pengurusan Parkson tu. diorang tanya beg aku tu berzip ker tak. ha'ah memang tak berzip pun. salah aku la sebab cuai. aku cuba ingat-ingat kat mana tempat yang aku ada berhimpit dengan orang. seingat aku, aku jalan sorang-sorang jer. cuma ada kat satu tempat tu, aku ingat masa nak lalu di antara baju-baju yang bergantungan tu, ada tiga orang budak perempuan tiba-tiba datang kat aku. memandangkan tempat tu sempit, aku yang nak lalu antara 2 budak perempuan tu jadi cam stucked kat situ. beberapa saat. tak sampai seminit pun rasanya. jadi aku agak (tuduh?) kemungkinan besar budak-budak tu la punya kerja kot. sebab selain dari tu memang aku takder berdekatan dengan sesiapa pun.

kat dalam beg duit tu ada kad pengenalan, lesen memandu, rm350, kad kredit, kad-kad atm, satu-satunya gambar aku masa kecik dan ada la benda-benda tak penting cam resit-resit tu kan. dah tu aku telefon credit card centre buat laporan kad hilang. kemudian kitorang gi balai polis buat report. polis tu siap tanya kat aku "tu ada bodyguard 3 orang?" sambil tengok kat rain, sinchan dengan jali. aku pun bagitau "kitorang berpecah masa tu". nasib la polis tu tak berceramah lagi kat aku. masa aku tengah jiwa kacau cam tu kalau dia bagi ceramah, aku bakar jugak balai polis tu karang.

aku bagitau kat rain, sinchan dengan jali. dah alang-alang kat sibu ni, kita jalan jer la. kalo korang rasa nak beli barang, beli jer la. yer la kan, takkan datang jauh-jauh cam ni bila dah berlaku benda cam ni kat aku, nak terus balik jer. tak diva la kan. kitorang pun teruskan la dengan rancangan sebelum tu. lepas tu kitorang pegi lagi satu shopping complex baru kat situ aku tak ingat nama dah. dalam blank-blank-takder-duit aku tu boleh gak aku nak masuk kedai kuar kedai teringin itu ini. tapi nasib baik masih sedar diri lagi.

dah abis jalan-jalan tu, semua pun dah ada beg plastik kat tangan, kitorang pun balik ke sarikei. dalam pada tu, aku sebenarnya masih dalam terkejut lagi. aku macam tak percaya jer benda cam ni berlaku kat aku. dah la dengan pms aku, dengan gastric aku masa nak balik tu. sampai kat sarikei aku terus masuk bilik. dalam pening-pening tu masih lagi aku tak percaya, marah, sakit ati kat diri aku sebab cuai.

malam tu masa keluar makan malam aku tengok ada 2 missed call kat handphone aku. sebab aku tak kenal nombor, malas la aku nak telefon balik. balik dari makan tu kitorang pun berkumpul depan tv tengok rancangan errr mentor vs bintang cari bintang. tiba-tiba (aku suka ayat ni) handphone aku berbunyi. "awak ada hilang beg duit...". terputus. aku dah melompat kegirangan(cehhh kegirangan tuuuu). aku bagitau jali dengan rain, ada orang jumpa beg duit aku. aku cuba telefon balik. tak dapat. dah tu handphone aku bunyi balik. budak yang telefon tu kerja kat parkson. dia kata supervisor dia jumpa beg duit tu kat celah lipatan baju. dah aku tanya budak tu serba sikit, aku bagitau dia esok kitorang pegi ambil. syukur alhamdulillah. kad pengenalan, lesen memandu, ada lagi dalam beg tu. cuma duit jer takder. lain-lain kad tu tak tau lagi. ya allah, aku tak tau macamana aku gambarkan perasaan aku masa tu. gembira sangat. takyah aku nak bersusun beratur lagi nak buat kad pengenalan baru, lesen memandu, kad-kad atm tu lagi. leceh!! malam tu aku tidur senyum.

25 Disember 2006

patutnya hari ni kitorang balik terus dari sarikei ke kuching. tapi kena tukar plan. pagi tu kol sepuluh kitorang berangkat ke sibu. sampai sibu tengahari terus aku ke parkson carik norhaida, budak perempuan keje parkson yang telefon aku semalam. dia terus bagi kat aku beg duit tu dan citer kat mana supervisor dia jumpa beg tu. aku periksa beg tu. kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad atm ada lagi. yang hilang duit dan kad kredit. nasib aku dah blocked kad tu awal-awal.

lepas tu kitorang gi balai polis balik. bagitau kat polis tu dah dapat beg duit cuma hilang duit dan kad kredit jer. balik dari balai polis, pegi Premier balik sebab ada orang tu lom puas shopping. haha. lepas makan tengahari lebih kurang kol 2 petang kitorang berangkat balik ke kuching. sampai rumah lebih kurang kol 9 malam. penat. sempat la aku tengok citer Dunia Baru lepas tu baru tido.ehehehe.

apa-apa pun, banyak kenangan dan pengajaran yang aku dapat sepanjang 3 hari tu. antara pengajarannya, bak kata rain: lenkali kalau keluar, jangan berpecah. beg tu, zipkan. yesss bossss aku akan ingat tu. sampai bila-bila.

jali, rain dan sinchan: it was great and fun seeing you again, jali. lenkali kita jumpa lagik k. dan terima kasih banyak-banyak kat kitak orang. di atas segalanya. for being there when i'm in need. for our friendship. ku sik mok tulis panjang-panjang kelak aku emo. but seriously, i do appreciate our friendship. and by the way, rain, tabik springgggg to you for being such a good pilot!!! haha.

dan kepada mereka di luar sana. sapa kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik?? (nanti aku tulis entri pasal ni pulak).

akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA, SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007. Semoga Malaysia akan terus menjadi negara yang makmur dan bahgia serta aman damai. AMIN.

Thursday, December 21, 2006

sharing is loving

seorang kakak (kak kiah) di pejabat aku yang berumur awal 40an mempunyai lima orang anak, kesemuanya perempuan. alhamdulillah, hari ini (pagi tadi) setelah menanti sekian lama, akhirnya dikurniakan seorang bayi lelaki.

kalau aku boleh merasai kegembiraan ini sehingga menitiskan air mata, aku dapat bayangkan kegembiraan kak kiah sekeluarga. dan aku nak berkongsi kegembiraan yang aku rasai sekarang dengan korang semua.

Wednesday, December 20, 2006

cinta 2

we (yan and me) watched the movie, Cinta. finally! ada lima kisah cinta. yang mana satu kisah cinta aku? sebelum tu, aku nak komen (perghhhhh cam hebat jer nak komen filem orang).

great acting from great actors. except for pierre, i guess, who's acting his own character in real life (aku agak-agak jer kehidupan sebenar dia pun jenis yang macam ni). you know, that quiet, mysterious (i know u gonna love this, yan), shy kind of guy. lebih kurang cam lakonan dia dalam Dunia Baru. ker aku sorang jer tengok citer Dunia Baru tu? erkkkk

dan amani? rasa cam tengok sepet dengan gubra jer. lagi satu, aku rasa cam nak ikat-ikat, tocang-tocang jer rambut dia tu. rimas tul tengok.

secara keseluruhan, okay la. nak kata aku suka sangat-sangat, tak jugak. nak kata tak best langsung, macam best gak. best dari sesetengah filem macam (aku habiskan ayat aku kat situ jer). nak citer pasal logik, namapun cerita. bak kata agnes monica, kadangkala tak ada logika.

ada apa dengan cinta? aku suka sebab ia bukan kisah cinta yang meleret-leret dengan dialog seperti "aku tak dapat hidup tanpamu" dan entahapahapa dialog yang memualkan. ia juga bukan sekadar kisah cinta di antara sepasang kekasih semata-mata. skop cinta yang meluas. dialog ringkas.

aku paling suka dialog di antara cikgu elyas dengan puan rubiah. "bukan mudah untuk mencari pasangan yang boleh menerima baik buruk kita bla bla bla" (aku takleh nak quote habis sebab ilang ingatan) dan lagi satu, "satu hari yang bahagia bersama orang yang kita sayang adalah lebih baik dari seratus hari bersama dengan orang yang kita tak sayang". mintak maaf mintak ampun la kalau silap. itu aku ingat lebih kurang jer la. oh ya. dan aku suka tempat yang dijadikan pejabat rashidi ishak tu. cantik tempatnya.

jadi, yang mana satu kisah cinta aku?

a) kisah cinta cikgu elyas yang mengidap elzheimer dan puan rubiah
b) kisah cinta suami dan isteri yang mana isterinya masih sayangkan suami tapi mencintai orang lain
c) kisah cinta antara kakak yang ada hubungan sulit dengan suami orang dan adik yang sakit
d) kisah cinta editor majalah terkenal dengan seorang jurujual kedai buku
e) kisah cinta seorang gadis lari dari rumah untuk mengejar cinta dan akhirnya berjumpa dengan seorang wartawan yang dalam diam mencintai gadis tersebut
f) semua yang di atas adalah bukan kisah cinta aku

jadi jawapannya adalah (f).

Thursday, December 14, 2006

tak tau nak letak tajuk ape daa

tetiba lak cam sibuk. jumaat sampai isnin lepas aku ikut brainstorming/team building course di east valley camp yang dianjurkan oleh HQ. ramai gak yang pegi. dari pejabat aku jer dah ada dekat 30 orang. campur HQ dan anak-anak syarikat lain, ada la dekat 200 orang. balik dari kursus tu pulak sibuk dengan BOD Meeting. dapat Bonus yeayyyy!!!

pasal kursus team building tu. it was fun. buat lake crossing, buat rakit dan berakit, pegi waterfall and aktiviti self reflection? ahahahah aku takleh nak connect langsung.

kalo korang biasa pegi kursus-kursus cam ni, mesti ada aktiviti hmmm ape eh? alaa yang perkara-perkara negatif dan positif tentang diri anda. yang bagi komen negatif positif ni pulak, adalah rakan-rakan yang kenal. ni ada perkara-perkara negatif dan positif pasal aku yang di komen oleh kengkawan aku. bahagian yang negatif tu, kengkawan yang sama kerja dengan aku yang komen. yang dah kenal aku selama 8 tahun. bahagian positif tu pulak, ada campur komen dengan kawan-kawan dari tempat lain la. meh tengok apa diorang komen pasal aku.

Positif
Peramah, baik, ceria
Ok, bila marah, dapat di tahan
Peramah
Cooperative, friendly, understanding, concern and caring
Senang bergaul
Peramah dan rajin
Happy go lucky
Nice girl
Baik hati
Suka berkenalan
Cute
Rajin dan dapat memberi pertolongan dari segi kerja
Senang Bergaul
Cute, suka senyum
Baik hati, suka menolong
Tak banyak kira, ok la tu
Seorang yang periang dan sporting
Seorang yang peramah
Manis
Fashionable dan pandai menghargai diri. Apa brand *****?

Negatif
Penakut, cepat marah
*Congek
Cepat panik
Cakap kasar
Mudah tersentuh
Kadang-kadang suka membebel
Macam yang tanda *
Tiada keyakinan

yang positif tu aku tanak komen la. yang negatif tu, aku ngaku gak la. ehehehe. hmmm cam malas lak nak komen. apa-apa pun, sesapa yang kenal aku dah lama, tau la aku cemana. ehehehe.

okay lah. kalo rasa cam rajin, korang gi tengok gambar kat fotopages tu jer la ekk (punya la amik masa nak download gambar kat fotopages tuh. server lembab cam kekura jek).

*congek = cengeng

Tuesday, December 05, 2006

satu malam di shopping complex

gila betul orang-orang bershopping ni kan? tak kira ujan ker ribut ker nak gak bershopping. dah la bawak baby kecik dalam stroller lagi. hisyyyy tak paham aku. pantang jer tengok SALE mesti nak pegi jer.

jadinya aku pun pegi gak ler ari tu. ekekekekkee bosan nyer pasal la. dok umah sensorang karang gilos lak aku neh. kebetulan lak hari tu ada sale gila untuk card members. untuk pembelian berjumlah sekian-sekian, boleh dapat voucher percuma bergantung pada banyak mana korang dah belanja. voucher tu plak mesti claim hari tu jugak. tak boleh claim hari lain.

bayang la punya panjang barisan orang-orang ni nak claim voucher free tu. dengan aku aku sekali la kat situ. bak kata orang sarawak, cokot. aku relaks jer berdiri tunggu giliran sesambil mata aku tengok barang-barang yang ada kat situ. tengah aku tunggu giliran tu, tetiba ada sorang laki ni tegur laki kat depan aku tu sambil borak-borak. cing cong cing cong entahapekebenda di boraknya aku tak amik pot la. dah tu aku tengok laki yang datang tu, bagi resit kat laki yang di depan aku tu. aku ingat mesti dia nak mintak tolong laki kat depan aku tu buat untuk dia sekali la tu. okaylah, tak kesah sangat.

bila dah sampai giliran laki kat depan aku tu, dia pun letak la resit kat atas meja nak claim voucher tu. aku tengok mak aiiiii bapak punya banyak resit dia. bukan, bukan resit dia. resit laki yang mintak tolong dia tu yang banyak. dah tu selamba jer dia berdiri depan aku sambil bagi resit-resit tu kat staff tuh.

tak puas hati betul. dah la potong queue dah tu selagi ada resit sedara mara kawan-kawan jiran tetangga dia claim sekali. aku punya la hangin satu badan. pastu customers yang berdiri belakang aku pun dah mula bising-bising tak puas hati. siap suruh aku bagi tau kat laki tu suruh dia ikut giliran. aku mula tu senyap jer la. dalam hati dah menyumpah seranah. muka dah masam ngalahkan cuka. tak lama lepas tu datang la sorang pompuan ni borak-borak dengan laki tu sambil gelak-gelak. ishhhh cam tak boleh jadi jer. aku rasa cam nak buat sesuatu je. tiba-tiba...

B E R T U K A R!!!

"kak, apa kata akak buat yang kitorang punya ni dulu. kitorang punya sikit jer. yang tu banyak. lagipun dia potong queue kitorang tadi. kitorang pun penat gak menunggu ni. akak buat dulu resit kitorang ni, sampai tujuh orang selepas saya baru akak buat yang dia punya balik sebab patutnya dia di belakang orang yang ketujuh tu la". (errr part yang italic tu aku cakap dalam hati jer la).

dan tiba-tiba jugak, kedengaran suara-suara di belakang aku menyokong dan terus jer kitorang letak resit kitorang kat atas meja tu. laki dengan pompuan tu tengok jer muka aku. aku selamba dengan muka serius tak senyum hulur jer resit kat akak tu. dan yang bestnya akak tu pun buat la resit aku, dan amoi kat belakang aku, dan laki kat belakang amoi tu dan aku tak tau lagi berapa banyak akak tu buat sebab lepas tu aku terus blah dari situ.

huh!!! puas hati aku!!!

Friday, December 01, 2006

apa barang kene tag wehh

mwahahahahhaha memandangkan aku-takde-keje-dats-why-aku-bnyk-masa-update-blog-aku as mentioned by GF, jadi aku pun jawab tag nih.

1 HOUR AGO: had my breakfast
YEAR AGO: errr hmmm errrr
LOVE: family, friends, good music, interesting books, shoes, perfumes, accessories, errr banyak wehh
I HATE: antaranya; orang potong queue *nanti aku citer pasal ni
I FEAR: ular, ulat, cacing, squirmy things, tikus
I FEEL: bored
I HIDE: my tummy *mwahahahaha
I DRIVE: myV (ehh cam ni ker eja?) kaler ijau epal
I MISS: schooldays
I LEARN: that it is really hard to make people understand me, you, us
I WANT: berada di pantai dengar bunyi ombak dengan tiupan angin, cuaca yang redup and of course, more $$$$$$$ *sounds familiar?
I NEED: someone i can talk to about anything, who's going to make me laugh a lot and who i can have damn good argument with hmm how bout that?

Firsts and Lasts
First piercing: tak pernah buat pun
First credit card: Standard Chartered kot, ker Maybank?
First enemy: not that i know of
Last kiss: mwahahahahahha
Last movie: The Devil Wears Prada
Last food consumed: nasi, ikan goreng, sayur ape-ntah-nama dan sayur pun-tak-tau-nama-gak
Last phone call: my colleague
Last music played: A Gritos De Esperanza *asyikkkkk

In The Last 2 Days, Have You…
CRIED: nope
HELPED: yep
GOTTEN SICK: yes.. uhukkk uhukkk
GONE TO THE MOVIES: nope
SAID ‘I LOVE YOU’: yillek
WRITTEN A REAL LETTER: no
TALKED TO AN EX: no
MISSED AN EX: unless by missing an ex i can be a millionaire. other than that, pekejadah???
WRITTEN IN A DIARY: no, unless blogging can be considered as a diary
HAD A SERIOUS TALK: no
HUGGED SOMEONE: no

tag to yan, sebab aku tau dia pun takder keje gak selain dari mengentertain tetamu-tetamu yang tak diundang. mwahahahahhahah

Thursday, November 30, 2006

rindu

orang kata, kalau kita selalu ingat kat seseorang, maknanya orang tu pun tengah ingat kat kita. kalau kita rasa rinduuuu sangat-sangat dekat seseorang, maknanya orang yang kita rindu tu pun tengah rindu kat kita. itu orang kata. bukan aku kata.

ada sorang kawan aku ni, dia selalu sangat rindu kat angelina jolie. abis tu, takkan angelina jolie tu pun rindu kat dia kot. ker?

Monday, November 27, 2006

keluarga 69

"macamana ko panggil diorang ni"

"kadang tu orang panggil Nah, Mah jer. lupa lak nak berbahasa. entah. cam tak reti jer"

"yang lain-lain tu?"

"panggil Pak Idik, Pak Talib, Pak Latip, errr haa cam tu laa"

"hahahaha Mak Nah dengan Mak Mah tu boleh plak ko panggil Nah dengan Mah jer"

"yer laaa kadang tu cam tak tau nak panggil apa. dah la umur lebih kurang je. tak sengaja la terpanggil nama camtu jer. spontan"

itu antara perbualan aku dengan kakak aku yang no. 2 hari sabtu lepas balik dari menghantar mak aku ke kampung. kebetulan masa nak balik tu, lalu la kat tepi jalan. kat tepi jalan tu ada orang tengah pilih-pilih ikan yang baru diorang tangkap. nenek tiri dengan mak sedara aku pun ada kat situ. abis aku dengan kakak aku pun tegur la.

alkisahnya, arwah datuk aku dulu bila nenek aku meninggal, dia kahwin lagi satu. bini baru dia, nenek tiri aku sekarang ni, muda lak dari emak aku. kiranya, bini datuk aku ni muda dari anak dia la. dengan nenek aku, diorang ada empat anak: pak aji bujang, yak 'ain, mak aku dengan teh. dua lelaki, dua perempuan. dengan bini baru, dapat lagi anak errr jap aku kira errr enam orang kalau tak silap. empat lelaki, dua perempuan. kalau tak silap aku, masa arwah datuk aku menikah dengan nenek tiri aku tu, umur datuk aku 50 dan umur nenek tiri aku baru 20 tahun. hah!!! best tak? alaaa orang dulu-dulu, biasa la kawin awal kan. datuk aku meninggal masa dia umur 99 tahun. arwah nenek pulak memang aku tak pernah kenal dan jumpa pun sebab dia meninggal masa aku lom lahir lagi.

anak-anak kepada nenek tiri aku ni, kira mak sedara pak sedara aku gak la, lebih-lebih lagi yang tiga orang ke bawah tu, rasanya umur lebih kurang sebaya aku jer. pulak tu, aku jenis yang jarang balik kampung. mana aku kenal mak sedara pak sedara segala ni. tup-tup bila dah besar ni, kira selalu gak la balik kampung walaupun aku tak pernah bermalam. itu yang kadang-kadang tu, aku tersasul nak panggil mak sedara aku tu dengan panggilan nama jer. cam kurang ajar jer kan? bukan aku sesaja pun. TERpanggil nama diorang.

hari tu masa hari raya, kitorang pun pegi la rumah nenek tiri aku ni. kebetulan empat orang dari enam orang anak-anak dia ada kat rumah tu. aku pun panjang-panjang telinga la nak dengar cemana la mak aku panggil nenek tiri aku tu. tapi borak bagai nak rak, takder plak aku dengar dia panggil mak ker, ape ker. kalau dengan kitorang, dia selalu cakap "tak gi ziarah Nek Ara ke?". cam kelakar plak aku tengok diorang adik beradik (ye laa dah sebapa tu, kira beradik betul la kan) ni. mak aku umur dah 75 tahun, adik-adik baru tu pulak punya la muda. ada yang tahap umur anak-anak pun iyer, umur cucu pun iyer.

tapi kalau tengok aku adik beradik pun lebih kurang jer sebenarnya. masa mak aku mengandungkan aku, kakak aku yang paling tua tu mengandung anak pertama dia. jadinya, aku dengan anak sedara aku yang pertama tu, beza umur 3 bulan jer. sebab tu kalau aku jalan dengan anak-anak sedara lelaki aku, orang ingat boipren aku lak. kalau cakap anak sedara, mesti tak percaya.

itu aku baru citer pasal datuk dengan nenek tiri. kalau aku citer lagi detail sedara mara yang lelain tu, lagi la korang mengong. dengan aku aku sekali mengong. memang dah macam keluarga 69 dah.

Friday, November 24, 2006

ini hari

alhamdulillah.

diberi peluang sehari lagi untuk melihat cahaya matahari. menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. untuk mengenali diri. dikelilingi oleh keluarga yang sentiasa menyayangi. dan sahabat-sahabat yang sentiasa memahami.

syukur ya allah.

Wednesday, November 22, 2006

eeeiiuuuuu

"saya rindukan awak"
"saya sayang awak. sayang sangat"
"saya akan jaga awak baik-baik"
"asyik teringatkan awak je. buat keje pun dah tak boleh"

tiba-tiba saliva terasa kembang. tekak rasa loya. dan huh huh huh huweekkkkkkkkkkk.

Friday, November 17, 2006

celebraciĆ³n del cumpleaƱos

Buttered Prawn
Japanese Tauhu
Crab Dried Chillies
Basket Yam
Tiramisu Cake



The Lion Queens

Tuesday, November 14, 2006

what's in my ..

handbag?

1 - purse

2 - handphone

3 - keys: car, house, office

4 - lip balm

and what's in yours?

nota kaki: jangan nak ngengada tanya aku ada bawak sikat ker, cermin ker, memang takkan ada punya.

Thursday, November 09, 2006

ambal

semalam, 5:10 petang, perjalanan dari pejabat ke rumah.

bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar...

tiba di selekoh, berhenti. tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. clear. kereta meluncur terus sampai ke rumah.

pap!! bawang besar dan kari!

tau apa itu ambal? bukan, bukan alas atau lapik kaki tu. tapi ambal ni sejenis makanan laut. kalo dalam bahasa omputihnyer bamboo clams. aku tak pasti kalau ambal ni terdapat di tanah semenanjung (kalau ada pun, mungkin kat kawasan-kawasan persisiran pantai) tapi kalau datang ke Kuching (Sarawak), ambal adalah salah satu hidangan kemestian (especially for outsiders) jika ke restoran makanan laut.

semalam aku beli la ambal ni satu kilo (harga RM14. range price between RM18 - RM12/kg). segar lagi. masa nak balik pejabat tu, aku dah ura-ura nak buat ambal kari untuk berbuka petang nanti. aku ingat-ingat, serbuk kari dah habis. kalau nak buat ambal masak kari, kena ada bawang besar dan rumah aku memang jarang ada bawang besar. jadinya, awal-awal lagi aku dah ingatkan diri aku untuk singgah ke kedai yang tak jauh dari rumah untuk beli bawang besar dan serbuk kari.

akan tetapi, memandangkan aku ni adalah seorang yang tersangatlah pelupa orangnya, aku terus balik rumah padahal kedai tu kat sebelah selekoh tu jer. masa nak keluarkan ambal dari kereta baru aku teringat yang aku sepatutnya singgah kat kedai dulu. sudahnya aku patah balik ke kedai (nasib la dekat).

dah siap tukar baju kerja dan buat apa2 yang patut, aku terus ke dapur. buang kulit ambal. sediakan bahan-bahan untuk memasak. selepas 15 minit lebih kurang. wallaaaaaaaaaaaaa jadik laa ambal masak kari aku dan aku pun makan dengan seleranya.

aku nak amik gambar ambal ni untuk diposkan kat entri ni sekali camera aku bateri kong lak. masa aku tengah google tadik, jumpa la gambar nih.


ni la ambal atau bamboo clams. aku dapat (tak mintak kebenaran pun. kire cam curik jer) gambar ni dari http://fh2o.blogspot.com/2006/09/catching-bamboo-clamsworms-bako.html kalo nak tengok dan tau lagi lanjut, klik la kat situ.

Tuesday, November 07, 2006

cinta

dua tiga tahun lepas, aku penah ponteng keje setengah hari untuk temankan sorang kawan ni, Yan (bukan nama sebenar) pegi tengok wayang, citer hindustan, Chalte Chalte, lakonan Shahrukh Khan dan Rani Mukherji!!!

bukannya aku ni tak penah tengok citer nestan nih. aku tengok citer kuch kuch hota hei tuh dah berkali-kali dah. tapi tak la sampai ke tahap tengok kat panggung wayang. tengok vcd jek la. part nyanyi-nyanyi ker, part yg boring-boring ker, bole aku skip. ni kalo tengok kat panggung, bayang la 3 jam dok kat kusi tuh. kalau lord of the rings takper gak. dah la citer chalte chalte tu slow. sabar jer la aku.

hari-hari tepon aku ajak tengok chalte-chalte. suami dia memang mati-mati tak nak temankan. habis aku ingat, yer la, ujung minggu boleh la temankan. sekali citer chalte chalte tu last show plak. main kol 3:30 petang. bayang la aku kene ponteng keje petang tu sebab nak temankan dia. sejarah tul. kalau di tau dek bos aku, mampus!!

ni, nak ajak aku tengok citer Cinta lak. baik tengok citer Bilut ker. aku hari tu cam teringin jer nak nonton Bilut. tapi sebab pelakon lelaki utama dia aku tak berapa minat, keinginan aku nak menonton tu kureng sket la.

si Yan ni, dia kalau dah kata dia, diaaaa jugak. kalau kita tanak, mula la kata kita ni tanak kuar dengan dia lagi laa. sebab suami dia tanak temankan, aku la jadik mangsa. nasib laaa aku ni kawan yang baik. erkkkk

Monday, November 06, 2006

geek in the pink

6 November - Sinchan
15 November - Wadi
15 November - Dya
16 November - Maerb
16 November - Jeff
23 November - Rain
26 November - Yus

Selamat Hari Lahir. Semoga memperolehi apa yang dihajati.

Tuesday, October 31, 2006

raya ini tahun

pejam celik dah 8 hari syawal berlalu. sekejap jer kan. esok lusa dah masuk tahun 2007 plak. raya aku tahun ni? hmmm cam biasa jer. bagi aku, hari raya ni yang syoknyer bebudak jer. kalau dah tahap makbapak budak ni takder la sangat meriahnyer.

minggu kedua ramadhan aku dah mula bercuti. semalam baru mula turun keja. best sebenarnya cuti awal-awal ni. ape aku buat cuti awal? huishhhhh giler korang. aku amik upah tebas rumput. mengecat rumah orang. amik upah buat kuih, biskut. jahit baju. kirenya aku memang keje kuat la time nak raya nih. almaklumlah bonus yillek ini tahun. korang tak cayer aku buat semua yang aku taip kat atas tu? huh bagus la korang tak pecaya. sebab memang pun aku tak buat.

dari hari pertama aku bercuti iaitu bersamaan dengan 11 Oktober 2006, keje aku keluar rumah dari kol 9:30 pagi sampai 5:30 petang sepuluh hari berturut-turut. entah aku pun tak tau ape aku buat sepuluh hari berturut keluar tu. tapi cam best jer keluar. masa orang lain keje, cam kiter sorang jer kuar masuk shopping complex pun sunyi jer. tau-tau dah nak berbuka. sesambil lak dengar lagu-lagu raya. cam best jek.

cakap pasal lagu raya nih. banyak mana pun lagu raya baru, lagu raya lama gak yang best. lagu m. nasir, ahmad jais, fazidah joned, arwah p. ramlee, saloma, sudirman, aman shah. pendek kata, semua lagu raya yang lama-lama tu la. kalau ada yang baru pun aku suka yang siti nurhaliza dengan sipah eni tu jer. paling aku menyampah kalau lagu raya yang baru-baru ni dirapkan. takder feeling langsung.

korang suka iklan raya yang mana satu? aku paling suka iklan raya PNB. kelakar jer nengok suami tu pecah-pecah baju jadik hulk dah tu isteri dia gelak mengekek kat tepi pintu. dan iklan Petronas. touching siottt.

tahun ni walaupun mulanya aku bercita-cita nak buat biskut untuk hari raya. nampak gayanya memang tak jadik. dah hari-hari aku kuar sukat jalan. mana nak jadi biskut nyer. tahun lepas jer aku betul-betul jadik wanita sejati sebab first time buat biskut sampai tiga jenis. itu tahun lepas punya crita laa.

best tak best raya aku ini tahun? baju raya aku tak siap. raya pertama kusi rumah aku patah (sekarang dah okay). tapi semua tu takder pa per pun bagi aku. yang pasti, ini tahun aku dapat amik gambar semua adik beradik aku bersama keluarga diorang. kecuali abang aku yang no. 3 tu tak balik tahun ni. memandangkan keluarga aku ni keluarga besar, jadinya tak dapat la nak amik gambar the whole family dari nek atok sampai ke cicit piut dalam satu gambar.

penat aku cuba download gambar-gambar raya itu hari tak dapat-dapat lak. kalo korang rasa cam nak tengok, gi la kat fotopages aku tuh.

Monday, October 30, 2006

Salam Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
HALALKAN MAKAN DAN MINUM

Monday, October 09, 2006

aku adalah orang yang ke 10,000

ini, semalam punya cerita.

petang lebih kurang kol 2 lepas buat ape-ape yang patut kat umah. aku gi la jenjalan. aku masuk satu shopping complex ni. masa aku lepas jer pintu masuk tu, kedengaran bunyi alarm. aku terkejut. lepas tu seorang lelaki menyapa aku. dan bersamanya ada lagi beberapa orang. orang ramai mula berkerumun dekat aku. aku dah panik giler ni. lelaki yang menyapa aku tu pun cakap "cik, cik adalah orang yang ke 10,000 masuk ke kompleks ni, dengan ini, cik telah berjaya membawa wang tunai berjumlah RM50,000. tahniah". aku tengok muka lelaki tu. aku tengok name tag dia. david (bukan nama sebenar). aku tanya balik "oh ye? hmm ye laa. ni prank eh?". dia senyum "tak. ni betul-betu. bukan main-main. cik sila ikut saya ke pejabat. kita nak ambil detail pasal cik". masa tu orang ramai dah tepuk-tepuk tangan. dah tu ada kamera yang ambik gambar. dalam hati aku cakap, eh iye ker? ker aku kene main ni? nak buat ape ni? kalau diorang mainkan aku, aku saman semua-semua ni.

aku ikut la jugak david tu pegi kat pejabat diorang bersama beberapa orang pegawai yang keje kat situ jugak kot. ada dua orang photographer pun ikut sekali. masa kat dalam pejabat tu, diorang pun mintak particulars aku. dan diorang bagitau kat aku ape yang terjadi. lepas tu aku diperkenalkan dengan MD kat situ. bila dah soheh yang tu bukan main-main, aku pun teruja semacam. giler ko. 50K beb.

keluar dari bilik MD tu, datang la sorang amoi ni yang memperkenalkan diri dia reporter dari suratkhabar B***** P***. dia interview aku. tanya apa perasaan aku. apa aku nak buat dengan 50K tu. dah tu siap amik gambar lagi. mesti huduh je gambar ako dengan muka terkejut + kontrol cun. dah dekat dua jam aku kat pejabat tu, diorang pun lepaskan aku. 50K tu aku akan dapat dalam masa 3 hari.

masa keluar tu, aku senyum-senyum. masih tak percaya. dan teruja siottt. beberapa orang kat shopping complex tu asyik cakap tahniah kat aku. tanya ye ker aku dapat 50k. aku senyum sambil angguk. dah tu mencecer jer aku menuju ke tempat letak kereta. aku nak balik. aku nak call kengkawan aku nak bagitau citer ni. aku nak bagitau kakak aku. mak aku. masa tengah memandu nak balik tu, aku tukar fikiran. aku tanak bagitau sesapa. besok biar diorang terkejut baca paper. hah riuh la pejabat aku esok. sambil-sambil tu fikir nak buat ape dengan duit tu. 10k aku simpan. another 10k simpan dalam akaun mak aku. lebih 30k tu ingat nak anta mak aku dgn kakak aku gi umrah kot. ha dah tu wat kenduri sket. benda pertama yang aku nak beli dengan duit tu nanti, kusi urut osim. yesss. lain-lain tu aku tanak fikir lagi. mungkin gi bercuti-cuti malaysia ker. yeehaaaa bestnyerr.

sampai rumah. aku carik mak aku. takder. dalam bilik dia kat atas kot. ahh tak per. masa berbuka nanti aku bagitau. sementara tunggu masa berbuka ni, nak baring la kejap. aku baring atas kusi depan tv. sambil senyum-senyum sorang diri.

hmmm alangkah best kalau betul-betul terjadi kan?

Friday, October 06, 2006

size S yillek

tengahari tadi aku dengan Lena pegi la jenjalan. mulanya aku rasa cam malas la kan. sebab kat luar tu panas dah tu jerebu lak. abis dia ni kalau kata dia nak ajak keluar, memang takder jalan la nak kata tanak. abis pegi la jugak jenjalan.

masuk satu kedai tu. aku cam berkenan la dengan dua pasang baju ni. satu baju kot satu lagi kemeja. untuk gi keje la. aku tengok harga. harga okay (ni takder duit pun ada ati nak beli baju ni). aku pun cuba baju tu. size M. besar. aku try kemeja. pun size M. besar gak. aku tanya jurujual tu. mintak size S. carik punya carik "takder size S la. ini baju cuma datang satu size satu saja. S sudah tidak ada. M sama L saja tinggal" kata jurujual tu.

aku cam frust la kan. pasal aku memang suka baju tu. abis kawan aku ni pun try la baju tu. ngam-ngam jer size tu dengan dia. dan dengan selamba dia beli dedua baju yang aku berkenan tu. aku tak puas ati tul sebab takder size S. orang selalu kata badan cam aku ni kalau nak beli baju senang sebab baju-baju sekarang ni semua kecik-kecik. tapi kenyataannya, punya la susah nak carik baju yang sesuai untuk size cam aku ni. seluar? lagi la payah. pakaian kasual senang la. tapi kalau office wear, memang susah.

abis kawan aku ni sesaje jer tayang-tayangkan baju yg dia beli tu kat aku sambil gelak-gelak. sabar jer la aku.

ingat lagi entri aku bertajuk bintang-bintang yang buta? ya. ya. dia dah telefon aku beberapa kali. ajak keluar. setakat ni dapat ditolak. dan hari ini dia muncul di pejabat aku. ting! tong!

Wednesday, October 04, 2006

this one is for you, Jali

masa dia mula-mula masuk kerja, aku ingat dia cam seswatuh sket. first impression. after a few months, i've got to know him better and ohhh he is such a diva. seriously, i can't really remember how we're getting close. me, rain, sinchan and him. it just happens. we're just clicked.

he's a happy go lucky kind of person. out-going. easy to be with. pendek kata kawan dengan dia memang tak pening kepala laa. oh ya, lagi satu. dia ni serba boleh. pandai nyanyi (suara sedap ni), pandai nari (overrr), pandai masak (kalau aku, memang surrender), pandai menggubah (hantaran tunang ker, kawen ker), pandai berhias (erkkkk hias rumah laa, kreatif je), bertukang pun pandai. memang banyak la kepandaian dia nih.

dulu masa aku gila pegi aerobic, dia ni la partner aerobic aku. kelak sikda geng ku nak beraerobic over. kitorang pun selalu gi nonton sama (eh ingat koh nangga cita antu ada orang ya ngeluar sora falsetto Li?). hahaha. dah tu kalau hujung-hujung minggu atau masa cuti ker, kitorang selalu gi masak-masak dan makan-makan kat rumah dia. kira rumah dia ni port kitorang yang bujang-bujang ni la. aih nei ada lagik kita nak bertunok kerang kelak Li. and your caramel pudding.

i received the news this morning. that he's leaving us soon. but the news was not from him. from someone else. and i was like, ohh okayyy. yeah i know he's leaving for good. maybe better offer and permanent job. good for you. not that i'm not happy. of course i'm happy for you. but at the same time, aku sedih. kurang dah geng ku. cam nei tokkk.

Jali, CONGRATS on your new job. jangan lupak dengan kamek orang sitok, dengan aku. mun ko pandei datang Kuching kelak, harus ko madah. mun nak nikah kah kelak, mesti nyeruk mek orang. ku sedih tok Li. kelak nei ada gik orang nak netak aku mun ku gugok. ingat koh aku gugok time nak raya ria? nei nak encerik puding karamel ko ya. nak lepak-lepak rumah kau gik.

Take Care and Good Luck. keep in touch ya.

oh ya. bukan, dia bukan seswatuh, seperti yang aku sangka masa first impression aku tu.

Tuesday, October 03, 2006

Sambal Udang Petai

Bahan-bahan:

500gm udang
15 tangkai cili kering
6 tangkai cili merah
20gm belacan
10 biji bawang merah
1 sudu besar asam jawa (ambil airnya)
30gm isi petai
3 sudu minyak masak
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara Menyediakannya:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang digiling hingga garing. Selepas itu masukkan udang dan isi petai dan biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Thursday, September 28, 2006

september wish

1 September - Naz
10 September - Miot
12 September - Aliza
28 September - Acu
29 September - Zel

SELAMAT HARI LAHIR

Semoga panjang umur murah rezeki pegi haji empat lima kali. AMIN.

Thursday, September 21, 2006

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Do'a Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah, tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: *Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); *Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; *Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah SAW pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

kerananya melalui pesan ini saya memohon maaf jika selama ini saya membuat kesalahan atau menyakitkan hati sesiapa..

Friday, September 15, 2006

racau

masa memandu balik keje petang semalam, aku tiba-tiba rasa cam teringat kat sorang kawan ni. and i can feel that this friend might call me tonight. masa tengah masak-masak untuk berbuka puasa, telefon bimbit aku berbunyi. aku tengok skrin telefon. panjang umur kawan yang dulunya mau dipanggil sahabat ini. betul la instinct aku sebelum tu. masa tengah borak-borak tu sambil tangan kupas bawang. nak masak asam pedas ikan errrr entah aku tak tau lak nama ikan tu. tiba-tiba mak sentap nok. sumpah mak sentap sangat dengan apa yang kawan ni bagitau (?). sebenarnya takder la dia bagitau. tapi aku rasa cam teka-teka la kan. tapi lepas tu kawan ni cam menafikan la. sudahnya aku tak tau betul ker tidak apa yang dia cakap tu. kawan ni sekarang suka sangat berahsia. asyik-asyik biarlah rahsia.

***

kepada kawan-kawanku yang berada jauh di sana. KALAU la korang datang ke tempat aku. samada atas urusan kerja atau bersuka-suka. samada korang datang sorang atau bersama suami/isteri/tunang/boyfriend/girlfriend. dan KALAUlah kedatangan korang ke tempat aku tidak dimaklumkan kepada aku (baca: takder niat nak jumpa aku la tu). aku memang KECIK ATI sangat-sangat. tapi yer la kan. takkan aku nak paksa korang jumpa aku lak. aku ni pun satu lah. walau apapun, KALAUlah itu berlaku, lepas tu takyah la korang susah-susah nak telefon tanya khabar aku lagi. tak-der-makner-nyer.

***
ikan asam pedas aku semalam rasa sedap la pulak. aku cakap sedap sebab aku rasa sedap, satu. dah tu, mak aku pun kata sedap. dia makan habis sampai ke kuah terakhir. ingat senang ker nak tengok mak aku cakap sedap dan makan sampai kuah licin macam tu? jangan kata once in a blue moon. ni tahap setahun sekali pun lom tentu. erkkkkk

***

hari ni, aku nak pakai balik nama doff. no more el yang poyo lagi loco.

what's a Liger?

It's a cross breed of a lion male and tiger female.

The 10ft liger who's still growing. he looks like something from a prehistoric age or a fantastic creation from hollywood. but Hercules is very much living flesh and blood as he proves everytime he opens his gigantic mouth to roar. part lion, part tiger, he is not just a big cat but a huge one, standing 10ft tall on his back legs.

Called a liger, in reference to his cross breed parentage. he is the largest of all the cat species. On a typical day he will devour 20lb of meat, usually beef or chicken, and is capable of eating 100lb at a single setting.

At just 3 years old, Hercules already weighs half a ton. he is the accidental result of two enormous big cats living close together at the Institute of Greatly Endangered and Rare Species in Miami, Florida, and already dwarfs both his parents.

"Ligers are not something we planned on having" said institute owner Dr. Bhagavan Antle. "We have lions and tigers living together in large enclosures and at first we had no idea how well one of the lion boys was getting along with a tiger girl, then loo and behold we had a liger".

50mph runner, not only that, but he likes to swim, a feat unheard of among water-fearing lions. in the wild it is virtually impossible for lions and tigers to mate. not only are they enemies likely to kill one another, but most lions are in Africa and most tigers in Asia. but incredible though he is, Hercules is not unique. ligers have been bred in captivity, deliberately and accidentally, since shortly before World War II.

Today, there are believed to be a handful of ligers around the world and a similar number of tigons, the product of tiger father and lion mother. tigons are smaller than ligers and take on more physical characteristics of the tiger.


Thursday, September 14, 2006

masa cuti itu hari

dua minggu lepas, aku bercuti. gi shopping (konon-konon la) dan gi jumpa kengkawan . jumpa budak-budak (errr okay mak budak, bapak budak pun ada) ni. soksek soksek gelak gelak. it was fun. really. aku teruja sepanjang percutian tu.

ni gambar masa makan kat muara bersama nurul, lina & syamim dan acu & eka. errr aku tunggu-tunggu gak mak si eka email gambar neh. biler la gamaknyer. lagi dua tahun kot. errkk. acu, sayang jek tak amik gambar dengan agent, laj dengan mat pu*ing kan?

korang-korang, seronok dapat jumpa korang lagi. rasa cam tiga tahun (ker empat tahun?) lepas jer. harap boleh jumpa korang lagi (another 2 more years kot? hahaha).

Wednesday, September 13, 2006

bintang-bintang yang buta

beberapa minggu lepas, ingatan aku kuat sangat dekat seseorang ni. seseorang yang aku pernah letakkan di tempat yang istimewa dalam hidup aku. seseorang yang pernah meninggalkan kesan di dalam hidup aku.

tiga hari lepas, aku dapat panggilan dari sorang kawan yang dah lama aku tak jumpa dan dengar khabar. dah kaya agaknya kawan aku sorang ni. tu yang susah je nak jumpa dia.

"hoi. ape citer lama tak dengar berita"

"aikk. kiter punya la susah nak kontek dia. sms tak penah balas. call tak pernah dapat. dah kaya ke?"

"hehehehe. ko tau semalam sapa datang jumpa aku kat office?"

"sapa?"

"zam (bukan nama sebenar)"

"o ye? balik cuti ker?"

"tak. balik terus. back for good. dia tanya pasal ko"

"tanya apa?"

"dia tanya ko pekabar. hidup bahgia tak. dah pakai keter apa. tanya ko cemana sekarang"

"abis ko jawab apa?"

"aku jawab, entah la. aku pun dah lama tak jumpa minah ni. dah tu dia pun cakap la, ohh dah bahgia la tu kot"

"sejak bila lak aku tak bahgia ni?"

"kan? tapi dia masih cam dulu jugak la. cuma berisi sket. aku masa cakap tu, cam teringat lak zaman-zaman dolu tu. sepuluh tahun lepas"

"dah. jangan nak bukak citer tu. aku terkenang lak karang"

"hahahahha. ko ni. dia mintak no. fon ko. dia kata dia nak call tapi dia tak suruh aku bagitau ko yang dia dah ada kat sini. tapi aku bagitau la kat ko awal-awal. takut ko lemah jantung lak nanti"

hmmm rupanya seseorang yang aku teringat beberapa minggu lepas tu ada kat sini.

Monday, September 11, 2006

rolerkoster

dulu. masa pegi Genting, ako teringin sangat nak pegi theme park kat situ. aku jeling-jeling je diorang yang terjerit terlolong kat situ. abang aku perasan, dia suruh la aku pegi main. ape ke hei nyer aku nak main sensorang kan? time tu pegi dengan family. dengan mak, mak sedara, pak sedara, kakak no. 2 dengan abang aku dan isteri dia. jadinya keinginan aku tu cam tak tercapai je.

pas tu, cam teringin jer nak main yang dekat Sunway Pyramid tu. masa tu pun cam takder jer orang nak ajak aku main kat situ. dah tu aku teringin lak nak main yang dekat Times Square tu. tapi kengkawan cam tak berminat je nak pegi situ. tapi walau cemanapun aku nak jugak main mainan tu. cam best je aku tengok.

dua minggu lepas, tak jauh dari rumah aku ni, ada la diorang wat funfair. tiap kali ulang alik nak ke tempat keje, aku mesti cakap kat diri aku, aku nak gak pegi funfair ni. aku nak jugak main ferris wheel tu ker. member-member aku pun cam teruja je nak pegi jugak.

kitorang pun rancang nak pegi ari jumaat malam sabtu lepas. tapi tak jadi pasal ari ujan. pas tu nak pegi ari sabtu malam ahad, tapi ada la kawan tu nak tengok anugerah era lak. dan akhirnya, semalam, aku, rain, sinchan, raf dengan jali pun pegi la kat funfair tu. sampai-sampai je, aku dah teruja semacam. siap nak tangkap gambar lagi. tapi rain lupa bawak kamera lak. ok takper. yang pasti, aku nak main semua-semua tu.

mula-mula tu kitorang pun pegi la main A-Force (entah betul ker nama aku tak pasti lak). masa dah mula tu, ya allah ya tuhanku. rasa cam melayang jer nyawa. bila benda tu berada makin tinggi, dah tu angin cam kuat je, aku rasa badan aku cam melayang je. masa tu aku dah tak leh nak jerit lagi dah. aku pejam mata sambil mengucap. aku dah rasa cam nak mati jek. takut karang kalau mati tak sempat mengucap lak.

bila dah habis main tu, aku rasa cam terhoyong hayang je. rambut pun dah kusut masai. rasa cam nak muntah angin pun iye. sinchan, raf dengan jali okay je. rain pun cam dua kali lima dengan aku la. kitorang relaks jap.

lepas sepuluh minit tu, kitorang main lak raft canyon. rain mulanya tanak dah. sebab dah mual nak muntah. aku pun, sebenarnya. tapi nak jugak main menda alah tu. rasanya baru 15 saat benda tu bergerak, aku dah muntah. rain yang duduk sebelah tengok aku muntah, pun muntah sekali. masa tu rasa cam alahaii tak rock nyerrrrr.

bila dah muntah-muntah cam tu, kitorang pun balik jer la. sian kat sinchan, raf dengan jali sebab dapat main 2 games je terus balik. tapi lagi sian (dan kelakar) kat aku dengan rain sebab muntah-muntah antap. aku manusia yang paling teruja masa sampai dan aku la manusia yang paling serabai (baca: ceridak mampah) masa nak balik.

sampai kat rumah masa mandi-mandi tu, sambung balik muntah. ni muntah tahap keluar hempedu gamaknya. sampai hari ni pun perut aku masih rasa cam tak sedap je. kat pejabat hari ni, cam kene gelak jer dengan kengkawan. hahahahaha padan muka aku. dah aku nak sangat kan? cam serik pun ada. tapi bukan serik nak main lagi. tapi serik bab muntah-muntah tu la. sakit wooo.

Friday, September 08, 2006

.. ..

jika datang
bawalah
jika pergi
tinggalkanlah
kenangan

Monday, August 28, 2006

Salam Merdeka

hari ini, esok, sampai la 31 Ogos jalan akan ditutup. diorang dah mula buat full rehearsal sempena hari Merdeka.

pagi tadi ramai yang sampai lewat ke pejabat. lebih-lebih lagi kalau pejabat berdekatan dengan kawasan Satok, Jalan Pending dan sekitar Padang Merdeka. kakak aku turun dari rumah jam 6:30 pagi, jam 8:45 pagi masih kat jalanraya. aku pergi klinik. pekerja klinik tu bagitau, pagi tadi doktor masuk klinik jam 11:30 pagi. kawan aku telefon bagitau esok dengan lusa dia nak amik cuti. tanak turun kerja.

aku? aku sampai pejabat jam 7:50 pagi. tak lambat pun. nasib baik pejabat aku kat area petra jaya.

yang pasti, lepas pelancaran hari merdeka esok, jenuh la pekerja-pekerja DBKU, MBKS dok kutip sampah.

dah betul-betul merdeka kah kita??

Thursday, August 24, 2006

aku kene virus 'M'

sabtu lepas, ada brainstorming session untuk semua research officers. sepatutnya lepas habis session tu ada sukaneka. tapi ribut taufan lak petang tu. session yang sepatutnya dah habis 4:30 petang lak berlarutan hingga 6:45 petang. malamnya ada dinner untuk semua staff termasuk keluarga sekali. aku malas nak citer panjang-panjang ape yang terjadi dari mula sampai akhir. takder yang best pun untuk di story mory. nah tengok gambar sket. nak tengok lagi banyak, tunggu aku habis download kat fotopages aku ekk.


para sekehtariat Brainstorming Session


pantang tengok kamera nih

dah abis dinner, tak reti-reti nak balik


ngegeh jak

antara pemenang cabutan bertuah

Thursday, August 17, 2006

jerebu

hadir kursus kat PJ Hilton dua hari lepas. kursus yang agak membosankan tapi nasib baik la fasilitator tu tak serius sangat. kalo tak, mati keras la aku kat dalam tu.

syok dan happy sebab dapat kenal kawan-kawan baru (shima dan lina: plug switch sama ni) and of course meeting with few old friends. kawan-kawan lama. bukan kawan-kawan tua. eh tapi sorang tu memang dah tua pun. rambut pun dah tak berapa nak nampak. hahahahahha erkkk ampunnnn.

jerebu teruk la kat kuching ni. jarak penglihatan di bawah 1 kilometer jer. kat luar tu bau asap. fenomena yang kerap terjadi bila musim panas. jiran seberang kita dok bakar tanah sebelum diorang mula bertani. hmmm

nota kaki: tak sempat jumpa ko kan nurul. takper nanti kita jumpa ekk.

Thursday, August 10, 2006

sejuk

semalam. lepas masak dan makan malam, aku masak air. setengah jam kemudian, aku ke dapur. masa aku nak tuangkan air dari cerek ke gelas, air tu tak panas pun. aku rasa badan cerek. sejuk. aku lupa tekan butang ON ke tadi? aku check suis, aku check wayar cerek. semua okay. rosak ke cerek ni? aku cucuk-cucuk lagi wayar cerek tu.

TUP!!! letupan kecil serta percikan api membuat aku terkejut dan terjerit kecil (errr nyaring jugak la kot. setakat jiran kiri kanan aku tu mesti boleh dengar). mak aku yang terkejut dengar aku menjerit meluru ke dapur.

aku tercegat berdiri di sudut meja makan. panik. ya allah ya tuhanku. betapa dekat jarak muka aku dengan cerek tu tadi. nyaris percikan api tu terkena mata. na'uzubillah.

Wednesday, August 09, 2006

Ain dan Azlan

diorang ni dulu pernah bercinta. lebih kurang dua tahun setengah kot. then for whatever reason, they broke up and remain as a friend. dalam setahun tu, ada la beberapa kali diorang berhubung melalui telefon. oh ya, Azlan berada di Australia and he has a new girlfriend, of course. Ain? hmm macam tu la jugak.

sejak Ain dan Azlan ni bercinta sampai la tak bercinta lagi dan kemudian menjadi hanya kawan, Ain tak pernah lupa tarikh lahir Azlan walaupun Ain ni agak sengal when it comes to numbers. tahun ni, seperti tahun-tahun yang sudah, Ain hantar kad hari jadi kepada Azlan.

"saya nak tanya ni".

"ha, ape dier?"

"apa motif awak hantar kad ni?"

"lah, birthday awak, hantar la birthday card?"

"ye la, saya tau la. tapi apa motif gambar tu?"

"saje letak situ. ingatkan nak kreatif la kan. nak decorate-decorate ker. sekali tak sempat lak. abis letak la gambar tu. takder motif ape nyer".

"ada lagi gambar saya kat awak?"

"ada. naper?"

"kenapa tak letak semua gambar-gambar tu kat kad?"

"aik, lain macam je bunyi. awak nak saya pulangkan ke?"

"abis tu, dah letak gambar tu kan. saya betul nak tau apa motif tu".

"takder. takder motif ape la. sesaja letak situ"

"ye la. saya ni bukan budak kecik la".

dalam kad tu, Ain lekat gambar Azlan dua keping for no specific reasons. salah ke??

Monday, August 07, 2006

tik tok tik tok

ada orang yang kita jumpa, kita dah kenal orang tu, kita tak nak kehilangan orang tu.

ada orang yang kita jumpa, kita dah kenal, kemudian kita akan rasa, kalau tak kenal pun, tak apa.

.

.

.

.

.

oh ya, Selamat Hari Lahir, Akhir.

Tuesday, August 01, 2006

Wajah-Wajah Tidak Berdosa

Kanak-kanak di Lubnan terus menjadi mangsa kekejaman tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan serta terus membedil kawasan orang awam.

Wednesday, July 26, 2006

The Devil Wears Prada

Meet the real boss from hell.

In the dizzying world of New York fashion, where size zero is the new 2 and a bad hair day can end a career, Runway magazine is the Holy Grail. Overseen with a finely manicured fist by Miranda Priestly (Meryl Streep)--the most powerful woman in fashion--Runway is a fearsome gauntlet for anyone who wants to make it in the industry. To make Runway the fashion bible of New York and therefore the world, Miranda has let nothing stand in her way … including a long line of assistants that didn't make the cut. It's a job no self-respecting person can survive, yet it's an opportunity a million young women in New York would kill for.


A stint as Miranda's assistant could blast open the doors for recent college graduate Andy Sachs (Anne Hathaway). More college drab than haute couture, she stands alone among the small army of "Clackers" on staff at Runway - superslim fashion divas clacking their stilettos down the halls of the magazine's Manhattan headquarters. But when Andy comes in for the job, it dawns on her that making it in this industry will take more than drive and determination.


To become the perfect assistant, Andy will need to make herself over in Miranda's image. Soon, much to her boyfriend's (Adrian Grenier) dismay, she can talk the talk, walk the walk (in flawless Manolo's) and never again confuse Dolce with Gabbana. But the more of life she sees through Miranda's eyes, the more she begins to grasp that Miranda's world is a fabulous but lonely one--and that sometimes great success depends on great sacrifice…but at what cost?


Based on the bestselling novel by Lauren Weisberger,
The Devil Wears Prada is rated PG-13 for some sensuality, and stars Meryl Streep, Anne Hathaway, Stanley Tucci, Simon Baker, Emily Blunt, and Adrian Grenier. The film opens June 30, 2006, in theaters nationwide.

View the trailer
for this upcoming comedy.

Visit the official Web site
, featuring trailers, photos, and more.

Tuesday, July 25, 2006

hangat dari biasa

seminggu ni sampai 2/8 nanti aku di DUN. kalau korang mengikuti sedikit sebanyak politik di Sarawak, lebih-lebih lagi keputusan pilihanraya yang lepas, korang boleh agak tak apa yang berlaku sekarang ni?

hahahaha panasss!!! panasss!!!

Wednesday, July 19, 2006

apa nak di kata

Tsunami: Ramai lagi mangsa disyaki tertimbus

BANDUNG 18 Julai – Pasukan penyelamat bertungkus lumus memeriksa runtuhan bangunan untuk mencari mangsa yang terselamat dalam bencana tsunami yang menyebabkan lebih 340 orang terkorban dan puluhan lagi hilang apabila ombak besar itu menghempas pantai selatan Pulau Jawa semalam.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, ramai lagi mangsa dikhuatiri tertimbus.
Dalam kejadian yang mengingatkan dunia kepada bencana Disember 2004 yang meragut 220,000 nyawa di rantau Lautan Hindi, ombak setinggi tiga meter menerjah ke pantai semalam, meranapkan bangunan dan memaksa beribu-ribu penduduk yang ketakutan melarikan diri.
Daripada 340 yang terbunuh, dua orang merupakan warga asing tetapi identiti mereka belum diketahui.
Tsunami kali ini dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di bawah dasar laut dekat pantai selatan Pulau Jawa - yang belum dipasang sistem amaran awal. Ramai penduduk tidak menyedari tragedi yang bakal menimpa mereka meskipun pusat tsunami serantau telah mengesan kemungkinan akan wujud gelombang besar seperti tragedi 2004.
Gempa bumi berlaku berturutan dalam masa sejam bermula pukul 3.19 petang sehingga pukul 4.15 petang.
Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan, sekurang-kurangnya 337 orang terkorban dan lebih 600 lagi cedera di enam daerah di wilayah Jawa Tengah dan Jawa Barat.
Kira-kira 150 lagi masih hilang manakala 52,700 hilang tempat tinggal akibat ombak besar itu, kata ketua pusat krisis di kementerian tersebut, Rustam Pakaya.
Kebanyakan kematian berlaku di kawasan peranginan Pangandaran di daerah Ciamis, Jawa Barat, kira-kira 270 kilometer ke tenggara Jakarta, katanya.
Ketua operasi bantuan mangsa bencana di Ciamis, Agus Sutrisno berkata, lebih 1,500 pekerja terlibat dalam operasi mencari mayat dan mangsa terselamat di kawasan pantai.
”Kami mengesyaki masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan. Kami tidak memiliki peralatan berat seperti traktor dan gergaji rantai,” katanya.
Seorang wanita Perancis yang sebelum ini dipercayai terkorban ditemui masih hidup, kata Duta Perancis di Jakarta, manakala Kementerian Luar Sweden mengesahkan seorang rakyatnya terbunuh dalam bencana itu.
Seorang lelaki Arab Saudi, Hamed Abukhamiss, 40, berkata, dia telah membawa sendiri mayat isteri dan anak lelakinya ke rumah mayat hospital.
”Saya tidak tahu macam mana saya boleh hidup, ini suatu keajaiban,” katanya dengan suara yang sebak.
Nasib dua kanak-kanak Sweden yang dilaporkan hilang masih tidak diketahui.
Dalam pada itu, kerajaan Indonesia memperuntukkan satu bilion rupiah (RM400,000) sebagai bantuan kecemasan awal.
“Bantuan kecemasan ini akan digunakan untuk tujuan bekalan makanan, tempat tinggal untuk mereka yang hilang tempat tinggal dan ubat-ubatan,” kata Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla hari ini.
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menghantar dua tan makanan.
Pihak berkuasa Indonesia menjangkakan kesan kemusnahan sebenar belum dapat diketahui dalam masa terdekat sehingga bancian dapat dijalankan selepas kerja mencari dan menyelamat mangsa yang kini diberikan keutamaan.
Stesen televisyen dan radio tempatan melaporkan bahawa mangsa pemindahan dari malam tadi sehingga tengah hari ini beberapa kali panik dan berhamburan keluar apabila mendengar khabar yang tidak disahkan bahawa tsunami akan berlaku lagi berikutan ada yang melihat laut surut jauh ke tengah laut. [Utusan Malaysia, 19 Julai 2006]

******


Gaun persandingan Siti RM40,000 – RM50,000

KUALA LUMPUR 18 Julai – Gaun pengantin yang akan dipakai oleh penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza, 27, pada perarakan persandingan bersama Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dianggarkan bernilai antara RM40,000 dan RM50,000.
Ini dinyatakan oleh perekanya, Khoon Hooi kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Katanya, beliau akan mereka sehelai gaun sutera berwarna krim yang disulami kristal untuk dipakai Siti pada hari perkahwinannya.
“Dalam masa terdekat ini, saya akan berjumpa Siti untuk menunjukkan lakaran pakaian yang telah saya siapkan.
“Untuk Datuk Khalid pula, saya akan menyiapkan tuxedo,” katanya.
Katanya, beliau menerima tawaran itu melalui panggilan telefon daripada Pengurus Siti, Rozie Abdul Razak pada Ahad lalu ketika berada di Singapura.
“Rozie tidak memberitahu lebih mendalam tentang perkahwinan Siti. Dia menyuruh saya mereka pakaian pengantin yang sesuai ketika diarak menaiki kereta kuda,” jelasnya.
Seorang lagi pereka pakaian pengantin untuk Siti, Natrah Hisham dari Butik Embun ketika dihubungi memberitahu beliau akan bertanggungjawab mereka pakaian Siti dan Datuk K yang bertemakan konsep tradisional.
Namun Natrah belum dapat memastikan berapa helai pakaian yang akan direka dan warnanya kerana semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan.
“Saya baru berbincang dengan Datuk K dan Siti hari ini dan dalam masa terdekat keputusan akhir akan dibuat.
“Apa yang saya tahu, saya akan mereka kebaya moden daripada kain lace yang berlabuci. Saya juga diminta menghasilkan pakaian untuk ahli keluarga kedua-dua pasangan itu,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah kos keseluruhan pakaian itu.
Menurut Natrah, dia dimaklumkan tentang tawaran Siti pada Ahad lalu.
Pereka fesyen kegemaran Siti Nurhaliza, Michael Ong pula mengakui, beliau diberi tanggungjawab oleh pihak Siti untuk mereka gaun pengantin bagi acara memotong kek.
“Mereka minta saya buat dua helai gaun untuk acara memotong kek. Setiap sehelai berwarna putih dan merah jambu dibuat daripada sutera. Tiap-tiap sehelai gaun itu berharga RM35,000.
“Bagaimanapun, saya memberikannya secara percuma kepada Siti sebagai hadiah perkahwinan.” jelas Michael yang telah menjadi pereka pakaian Siti sejak sembilan tahun lalu.
Kelmarin, Siti Nurhaliza dan Datuk K, 47, mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sementara itu majlis persandingan akan diadakan pada 28 Ogos di Exhibition Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diikuti dengan acara berarak selama satu sejam pukul 5 petang.
Pada 3 September pula, majlis persandingan akan diadakan di Kuala Lipis, Pahang. [Utusan Malaysia, 19 Julai 2006]

Monday, July 17, 2006

kalau jodoh tak ke mana

pengantin perempuannya cantik. tersenyum manis. ayu jelita.

pengantin lelakinya berambut hitam berkilat. bermisai tebal. juga hitam berkilat.

duduk bersanding di atas pelamin yang dihadiri ribuan orang yang ingin menyaksikan hari bersejarah tersebut.

pengantin lelaki mencuri-curi pandang pengantin perempuan sambil tersenyum-senyum miang sambil misai tebal hitam berkilat bergerak-gerak menguit nguit. senyum lebarnya seolah berkata-kata "eheh..aku jugak yang dapat".

bayangkan.

Wednesday, July 12, 2006

mari kita tengok-tengok gambar lak

should find 7 horses in this picture


a face? or the word Liar?




do you see four people?

look at the middle column. where does it end?