Wednesday, August 09, 2006

Ain dan Azlan

diorang ni dulu pernah bercinta. lebih kurang dua tahun setengah kot. then for whatever reason, they broke up and remain as a friend. dalam setahun tu, ada la beberapa kali diorang berhubung melalui telefon. oh ya, Azlan berada di Australia and he has a new girlfriend, of course. Ain? hmm macam tu la jugak.

sejak Ain dan Azlan ni bercinta sampai la tak bercinta lagi dan kemudian menjadi hanya kawan, Ain tak pernah lupa tarikh lahir Azlan walaupun Ain ni agak sengal when it comes to numbers. tahun ni, seperti tahun-tahun yang sudah, Ain hantar kad hari jadi kepada Azlan.

"saya nak tanya ni".

"ha, ape dier?"

"apa motif awak hantar kad ni?"

"lah, birthday awak, hantar la birthday card?"

"ye la, saya tau la. tapi apa motif gambar tu?"

"saje letak situ. ingatkan nak kreatif la kan. nak decorate-decorate ker. sekali tak sempat lak. abis letak la gambar tu. takder motif ape nyer".

"ada lagi gambar saya kat awak?"

"ada. naper?"

"kenapa tak letak semua gambar-gambar tu kat kad?"

"aik, lain macam je bunyi. awak nak saya pulangkan ke?"

"abis tu, dah letak gambar tu kan. saya betul nak tau apa motif tu".

"takder. takder motif ape la. sesaja letak situ"

"ye la. saya ni bukan budak kecik la".

dalam kad tu, Ain lekat gambar Azlan dua keping for no specific reasons. salah ke??

2 comments:

acu said...

kadang2 org kata satu perhubungan yg platonik nih susah nak dibina di antara lelaki dan pompuan. Especially yg kalau pernah jadi kapel pastu break.

Bagi aku, tak salah la si Ain buat gitu. Mungkin si Azlan syak wasangka.

Tapi, nih kes benar2 kejadian ker? Atau ko mengarang sendirik nak kasi penuh blog ko???

doff said...

kisah benar la. ain dan azlan (dua2 bukan nama sebenar) tu dedua kawan aku.