Wednesday, May 31, 2006

palau

SELAMAT HARI GAWAI
GAYU GURU
GERAI NYAMAI
LANTANG SENANG

Monday, May 29, 2006

futsal - bowling - prelude AF4 - myteam vs Malaysia

futsal

pejabat aku tengah anjurkan karnival sukan. hari sabtu lepas ada futsal match. ada empat team. team lihai, boss, jit, heng. aku team heng. untuk futsal match ni, team aku dapat tempat paling last. eheh. sebab team wanita tak dapat satu mata pun (orang tendang bola, aku buat tendang jurus angin tu la pasal kalah kot). aku terer part lari-lari, kejar-kejar dan menendang bola ke luar garisan je.

bowling

hari ahad, bowling match. team aku di tempat pertama. okay la kan. takder la kata pasal aku terer main bowling. bersih la jugak longkang kat tepi lane tu kene sapu dengan bola aku. tapi pasal markah keseluruhan di ambil (campur lelaki & wanita), sebab tu la team aku boleh menang.nak harapkan aku? eheh.

prelude AF4

mesti semua dah tahu sape yang dapat masuk dan sape yang tak dapat kan? aku cuma tak berkenan bila si salima (yang pakai tudung tu, betul ker nama?) tu masuk rancangan cam ni. ye la, kan dah pakai tudung tu. karang masuk af nak kene menari pegang-pegang, angkat-angkat, jinjing-jinjing, kangkangkangkang. teramat la tak sesuai.

secara keseluruhan, peserta wanita, suara okay la banding dengan peserta-peserta wanita dari af-af yang terdahulu. cuma peserta lelaki jer... (tak tau cemana dan habiskan ayat ni). setakat ni, kalau dari segi vokal, haziq, farhan dan velvet boleh la. yo yo ooo jer (macam la aku mengundi).

mintak-mintak ada la student yang dapat lagu hips don't lie. yeehaaaaaaa

myteam vs Malaysia

1 - 2. okay la tu. nama pun amatur. budak-budak lagi. lawan lak pro. depan beribu-ribu-ribu penonton. mesti gabra siot. nak tendang bola pun geletar.

nota kaki: aku hanyalah pembaca blog tegar dan bukannya blogger tegar. aku rasa macam nak mengarang, aku mengarang. kalau tengok cam rumah aku ni bersawang, maknanya, aku tengah malas dan takder ape sangat yang aku nak citer.

Thursday, May 25, 2006

entah

"kenapa phycolichick?"

"entah"

"naper el'poyoloco?"

"entah"

"sebab ko poyo eh?"

"poyo tu ape?"

"hmm entah"

senyap

Thursday, May 18, 2006

gothic

kadang-kadang, bila kita rasa geram atau marah, kita akan cakap sesuatu untuk melepaskan geram atau marah kita. tapi kita tak maksudkan pun apa yang kita cakap tu.

misalannya, aku cukup menyampah tiap kali keluar iklan kotex (yang mana perempuan-perempuannya menari terkinja-kinja memberitahu satu dunia yang mereka datang bulan lagi). tiap kali itu jugak la aku akan rasa macam nak tampar jer muka-muka diorang tuh. kenyataannya, kalau lah aku terjumpa model-model iklan tu, yang pasti, aku tak akan tampar diorang. paling-paling pun, aku akan tanya, berapa upah diorang jadik model iklan tak bijak (baca: buduh) tu?

pagi tadi, tidak seperti hari-hari biasa, aku turun keje dengan bersemangat (selalunya aku turun keje dengan semangat yang hilang). pakai serba hitam dari hujung rambut sampai hujung kaki. tema ala-ala gothic. bila sampai dekat pagar (pintu?) masuk kawasan pejabat aku, seperti hari-hari biasa, pakcik guard akan berdiri dekat pondok pengawal sambil mengangkat tangan dan senyum kepada aku (dan juga staf-staf yang lain). pagi ini, pakcik pengawal itu tidak terkecuali dari melakukan rutin hariannya. berdiri di pondok pengawal sambil mengangkat tangan dan senyum. dan aku, seperti hari-hari yang biasa jugak, mengangkat tangan dan senyum balik kat pakcik tu sambil kereta aku akan terus meluncur ke tempat letak kereta. tetapi pagi tadi, bukan saja tidak seperti hari-hari biasa bagi aku, malah merupakan bukan hari-hari biasa bagi pakcik pengawal itu juga. selepas senyumnya berbalas, jari telunjuknya menunjuk ke bawah, sambil mulutnya seperti berkata sesuatu. dan aku, sambil kereta terus berjalan, memandang ke arah yang ditunjuk oleh pakcik itu dan tiba-tiba..

seluruh bulu roma aku menegak. tangan aku terlepas dari stereng kereta. kereta bergerak melencong ke kiri. aku pusing ke kanan, dan aku lepas lagi stereng kereta. nyaris terlanggar pondok pengawal. cepat-cepat aku pegang stereng dan menuju ke tempat kereta. memandu di dalam keadaan geli geleman. aku keluar kereta, menuju ke pejabat. bulu roma masih menegak. setelah punch card, aku terus ke tempat aku. sambil gosok-gosok tangan, gosok-gosok kaki. aku geli. geli sangat-sangat.

ya, pagi tadi, aku rasa macam nak bunuh pakcik pengawal tu sebab benda yang dia tunjukkan suruh aku tengok tu adalah seekor ular sawa yang berdarah di kepala sebesar betis dan sepanjang lebih kurang 4 kaki landing betul-betul kat pondok pengawal tu. aku tengok dengan dekat dan jelas.

memang la terlalu kecil sebab untuk aku rasa macam nak bunuh pakcik tu. tapi masalahnya, ular adalah antara salah satu haiwan yang aku PALING PALING PALING (ulang sampai kabur) GELI kat muka bumi ni.

masa aku sedang menaip ni pun, reroma aku menegak. tapi perasaan nak membunuh dah tak der dah. yang pastinya, hari ini memang bukan hari-hari biasa aku.

Tuesday, May 16, 2006

selamat pagi chegu

zaman-zaman sekolah dulu, aku dimasukkan dalam grup yang boleh dikatakan femes jugak la. salah satu sebab, kengkawan aku tu jenis bebudak terer belajar. kalau time exam, top 3 tu memang takder orang lain la. aku plak, bottom 3 erkkkkk.

pasal sekolah aku tu takder la besar sangat. jadi kebanyakan pelajar tu, cikgu memang kenal la. masa bergelar seorang pelajar, aku bukan la jenis yang bermasalah. tak pernah ponteng kelas. tak pernah tak siap keje rumah. kalau ada pun, stakat kesalahan kecik-kecik. macam pakai stokin kontot yg ada jambul tu. kan tak boleh pakai kat sekolah kan. sekarang ni tak tau la kot dah bole pakai stokin cam tu. lagi satu, pakai barang kemas. dulu aku pakai cincin emas. tiap kali spot check, aku sorok cincin tu kat kaki meja atau kerusi. stakat nakal, bising-bising dalam kelas tu, ape la sangat kan.

masa aku darjah enam, ada cikgu pelatih datang. tiga orang kalau tak silap. dua perempuan (cikgu A, dan cikgu N), sorang lelaki (cikgu Abg). dalam tiga orang ni, cikgu Abg tu ngajar kelas aku. cuma aku tak ingat dia ngajar subject apa. hari tu, lepas tamat kelas cikgu Abg tu, dia suruh la aku bawak buku-buku kat bilik guru. kan selalu cikgu-cikgu suruh anak murid tolong bawak buku kat bilik guru kan. aku lak, bawak la buku tu sampai bilik guru. tak la jauh sangat pun dari bilik darjah ke bilik guru tu. bila aku nak balik ke kelas, aku tengok cikgu A dah ada dalam kelas pun (dia ganti cikgu yg sepatutnya masuk masa tu). i can't remember what really happened then. tapi tau-tau jer, cikgu A tu marah. ye la, sebab aku masuk lambat la tu kan. tak kisah la kalau nak marah pasal aku lambat. tapi yang tak tahan tu, dia sebut satu ayat yang tak sepatutnya seorang cikgu (kan cikgu tu contoh untuk murid-murid, good role model?) cakap kat murid, not even to anyone as a human being. ayat penghinaan. apa salah aku sampai dia hina cam tu sekali? takkan la pasal lambat 2 - 3 minit masuk kelas tu sampai aku layak untuk dapat ayat cam tu? bukan aku sorang jer ingat peristiwa ni. bebudak kat kelas aku pun kalau jumpa aku, mesti ingat kes ni.

rasanya sepanjang aku bergelar pelajar, tu jer la kenangan yang paling tak best. yang lelain tu, smer best-best sokmo. dari sekolah rendah ke sekolah menengah ke sekolah atas sket dari menengah, smer best. cikgu cikgi pensyarah pun smer best.

Selamat Hari Guru kepada Liza, Ayu, Sattar dan semua para pendidik di Malaysia.

Monday, May 15, 2006

roses

harap tak terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu walau di mana jua berada. teristimewa buat Hajjah Ayang, Kak Dina, Kak Mah, Indah, Lena, Tuty, Ros,Lily, Nor, Sidah, Elin, Lina dan Wati.

Thursday, May 11, 2006

tumpang lalu

bunyi guruh. hujan panas. orang tua-tua kata, kalau berjalan masa hujan panas, amik daun kat tepi-tepi jalan, dan solek kat telinga. dah tu kata "tabik datuk, anak cucu tumpang lalu". aku tak amik daun. cuma ada anting-anting jer kat telinga.

aku: tabik datuk, anak cucu tumpang lalu.

m: hah? datuk mana?

Wednesday, May 10, 2006

bau-bauan dan bunyi-bunyian

musik latar: kepala angin - search

classic literature description: fart is a general salute fired from Fort Anus to mark the arrival of General Shit.

okey. dah tau apa citer yang aku nak merapu hari ni? ada tak orang yang seumur hidup dia tak pernah kentut? tak der kan? semua orang pernah kentut. samada secara terang-terangan atau gelap-gelapan. tak kisah la kentut tu berbau ammonia atau berbau strawberry. mengeluarkan bunyi yang kebabooo atau tak berbunyi langsung.

selalunya, kentut yang dikeluarkan bersama bunyi, tidak akan meninggalkan bau-bauan yang tidak enak. tapi awas dengan kentut yang dikeluarkan secara senyap. nescaya buruk hidung si penghidu. manakala si pengeluar kentut lak akan berasa lega semacam. macam baru lepas menang loteri (entah cemana rasa menang loteri tak tau lak aku).

deskripsi saintifik kentut: konjugasi ammonia dari lubang ke lubang. kawan aku, shin chan (bukan nama sebenar) yang perasan dari venezuela kata, kalau rasa nak kentut, kentut jer. kentut bau ker. kentut bunyi ker. pedulikan orang keliling. kalau kebetulan kentut tu berbau dan berbunyi, maka rezeki orang yang menghidu dan mendengar lah. katanya lagi, kenapa kita perlu malu berkentut sedangkan ianya au naturel? dia yang kata. bukan aku kata.

masyarakat kita, kalau nak mengeluarkan angin yang satu ini, cukup bertatasusila dan bersopan santun. selagi dapat di tahan, maka akan di tahan dari mengeluarkan bunyi. ya, aku kata bunyi. tapi tidak bau. walau sebusuk manapun bau, nama mengaku yang dia adalah si pengeluar bau, tidak sama sekali.

kebiasaannya, lelaki tidak akan segan silu untuk bercakap tentang kentut atau berkentut. lebih-lebih lagi kalau dia dah selesa dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya. selalunya di kalangan kengkawan la kot. lepas tu, diorang akan ketawa terbahak-bahak. tapi aku percaya, tak semua lelaki sedemikan.

dan kebiasaannya juga, perempuan, atau wanita, atau gadis, amat jarang sekali untuk berbuat demikian secara terang-terangan. ini adalah kerana, kaum hawa, adalah kaum yang lemah lembut, bersopan, dan apa-apa jer yang sewaktu dengannya. bercakap mengenai kentut atau berkentut secara terang-terangan adalah sesuatu yang teramatlah kurang sopan dan tak manis adanya. kalau adapun, mungkin di kalangan kengkawan yang rapat-rapat jer.

okay. sekarang ni, aku percaya, sebilangan besar lelaki yang membaca (kalau ada laa..aku ala-ala syok sendiri ada orang baca blog aku nih) entri ini, akan kata tersangatlah kurang sopan dan tak manisnya aku bercakap pasal kentut.

sesungguhnya 2/3 daripada najis besar yang dikumuh adalah terdiri daripada bakteria di dalam usus. hanya 1/3 yang berasal dari makanan. jadi kepada mereka yang mengalami masalah sembelit atau kuat berkentut, amalkan pemakanan yogurt, ataupun susu probiotik anak anda, atau makan buah prune sunsweet. insya allah ok dan kentut mungkin akan berperisa stroberi seperti perisa yogurt dan susu serta berbau manis seperti buah prune di bawah sinaran matahari. adehhh ape aku dok meraban nih.

Monday, May 08, 2006

gawangnya bolos

hari sabtu lepas, aku ikut budak-budak sepejabat gi main futsal. selalu gak diorang ajak. ntah cemana lak hari tu aku tergoda untuk ikut diorang. sampai-sampai jer, takder stretching ke haper, terus main.

berkejar ke sana. berkejar ke sini. orang sepak bola. aku sepak kaki orang. orang hantar ke pintu gol. aku hantar ke luar garisan. masuk separuh masa kedua, diorang suruh aku jadi goalie. hah! elok sangat la. rasanya dalam masa 15 minit aku jadi goalie, 3 gol masuk kat pintu gol yang aku jaga. kemudian diorang suruh tukar lak. orang lain lak jadi goalie. aku main balik.

keputusannya, kumpulan aku kalah 6-4. okay la kan? tapi seronok la main. sepak-sepak kaki orang. orang sepak kaki aku. itu belum lagi dengan jeritan-jeritan yang ntahapehapentah. mesti dak lelaki yang ada kat situ kata "hah..pompuan la ni..main nyer ke mana..jerit jer lebih".

hadehhh..sakit kaki..

Sunday, May 07, 2006

AWAS!!!


poster nasha aziz untuk teater Lantai T. Pinkie yang kononnya tak boleh diletakkan di billboard sepanjang jalan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.

Friday, May 05, 2006

bleaching process?


hari rabu lepas, aku turun keje dengan semangat. semangat sebab, dari hari rabu tu, sampai hari jumaat, bos-bos takder kat opis. jadinya, kita bole main bola. hari-hari kita main bola.

macam biasa aku sampai opis sebelum kol 8 pagi. dalam borak-borak dengan Win, CEO aku pun lalu. dia masuk kat tempat aku tu, terus tanya, "eh, u tak pegi course ker ari ni?". aku pun jawab, "tak". dia pun suruh aku call HR exec. aku sambungkan talian. dia cakap-cakap sekejap dengan HRE, lepas tu, "hah, u pegi sekali course tu".

maka aku dengan muka masam (lebih masam dari asamboi), dengan muncung panjang (gamaknyer kalah muncung itik) pun pegi la Patent Registration & Procedures Course yang diadakan pada 3 - 5 Mei 2006 oleh SIRIM Berhad tu.

yang hadir course tu, mostly are researchers. jadi aku tengah fikir-fikir, ape ke hei nyer aku, seorang pencatit masa merangkap pencatit nota, disuruh pegi kursus tu. nasib la ada beberapa orang yang bukan teknikal pun ada gak kat situ, so am not the only one.

hari pertama, walaupun ngantuk, kira aku beri perhatian jugak la. ape yang dicakap tu quite interesting jugak la.

masuk hari kedua, aku escape sekejap sebelah pagi. sampai-sampai jer, diorang baru lepas tea break. aku pun dok kat kerusi. tup-tup Mr. Ong (fasilitator) datang dekat aku, "hi, good morning. so, how do you find the course?". dan aku yang baru sampai, beg masih lagi di tangan, dengan separa yakin menjawab, "oh, so far, okay". bila Mr. Ong tu pegi ke depan jer, aku dah gelak-gelak. ada beberapa orang yang menyaksikan adegan tu pun gelak. ni, samada Mr. Ong tu betul-betul tanya aku, atau dia sindir aku? aku rasa dia sindir aku la tu. eheh, sabar jer la.


pagi tadi yang merupakan hari terakhir, setengah hari je. penyampaian sijil dan cenderahati. juga sesi bergambar.

Tuesday, May 02, 2006

dolu dolu

masa kecik-kecik dulu korang ada tak tabiat yang pelik-pelik? maksudnya, suka gentel bucu bantal ker, gentel pusat ker. ada sesetengah orang lak, tabiat pelik-pelik tu, terbawak-bawak sampai ke dah besar panjang tahap mak bapak budak.

aku ada sorang anak sedara, Edos, umur 11 tahun. dia masa kecik dulu suka betul gentel bucu bantal kat muncung mulut (bahagian atas bibir) dia. kalau tak der bucu bantal, dia guna ujung jari. tak cukup dengan jari dia, dia boleh selamba amik tangan kita yang duduk sebelah dia, tarik tangan kita, then letak kat muncung dia. sampai sekarang dia masih ada tabiat tu.

pernah kene kecacingan masa kecik-kecik dulu? sekarang ni senang la ada zentel segala kan. dulu masa aku kecik (dalam darjah 6 kot), selalu gak la ikut mak aku ni pegi rumah sedara, aku panggil Nek Mok. ada sekali tu, masa pegi rumah nek mok ni, malam la. mak aku pun tanya, dia tengah buat apa. rupanya dia tengah suluh montot cucu dia, katanya ada cacing (kerawit ker) kecik-kecik kaler putih keluar. cacing ni cuma keluar malam time bebudak tido jer. kawan aku, Naz kata, nenek dia letak minyak kelapa (eh naz?) kat montot, nanti cacing tu keluar. tak penah lak mak aku buat kat aku. ker mak aku buat time aku tido, aku tak sedar ye tak? erkkkk tak sesweii la makkk..

aku dulu masa kecik-kecik, seingat aku, takder la nak bertabiat sangat. tapi time tu kengkawan aku smer lelaki. main pun, mainan lelaki. tu yang aku lasak semacam. cuma tinggal lagi, dulu masa kecik, aku lambat tinggal puting errrr maksud aku, masa darjah satu, aku masih menyusu botol. tapi bukan air susu pun kat dalam botol tu. air oren ker, sirap ker. cuma tinggal lagi, aku nak jugak minum dari botol susu. tanak guna gelas ker hape. puas dah mak, bapak dengan kakak aku suruh aku berenti nyusu botol. tapi aku masih gak menyusu. balik-balik sekolah jer, perkara pertama yang aku buat, letak beg sekolah, terus aku baring, bapak aku akan bagi botol yang berisi air oren atau sirap atau sarsi ker.

jadi satu hari tu, macam biasa balik sekolah, aku terus baring dalam bilik. tunggu-tunggu bapak aku bagi botol, tak jugak ada. sudahnya aku ngamuk. kakak aku suh amik sendiri botol susu tu. aku pun pegi la amik. belum sempat aku nak letak kat mulut, aku terus tikam botol tu kat tingkap sambil meraung tahap histeria.

citernya, kakak aku upah jiran sebelah rumah amik cacing, letak kat puting botol susu tu. boleh???? sejak itu la aku stop minum guna botol susu. dan aku cukup GELI kat menatang nama cacing dan apa-apa jer spesis yang menggelianggeliut nih.

Monday, May 01, 2006

AIM 13

dimulakan dengan lagu Rentak Disko dari VE. persembahan yang biasa-biasa je. aku suka cara afdlin (& bob) buat intro musicians. rasanya kalau afdlin sorang jadi pengacara pun okay. bob? hmmmm

secara keseluruhannya, agak hambar. mungkin masa yang terlalu lama. atau mungkin persembahan dari artis-artis yang tak meninggalkan kesan, kecuali persembahan jamal dan m. nasir. celoteh penyampai-penyampai anugerah yang asyik2 tanya 'u pekabar?'.

aku harap-harap gak adibah noor menang. at least sangkut satu. yang pasti, ini memang tahun jac. dan siti menang vokal lagi. memang patut pun. sian minah ni nak buat ucapan pun terpaksa kaverina dah. nak cakap buat yang tersayang, karang kene perli lagi. sudahnya cakap semua yang disayangi. hahaha. soheh she's in cloud nine.

persembahan penutupan dari spider. tak memberi kesan. baik letak persembahan jamal dengan m. nasir sebagai penutup. aku tunggu-tunggu gak amy search nyanyi. rupanya dia jadi penyampai anugerah je. aisehh

kesimpulannya, siti dan dayang dah gemuk. perut dah muncit. ahaiii..