Monday, September 11, 2006

rolerkoster

dulu. masa pegi Genting, ako teringin sangat nak pegi theme park kat situ. aku jeling-jeling je diorang yang terjerit terlolong kat situ. abang aku perasan, dia suruh la aku pegi main. ape ke hei nyer aku nak main sensorang kan? time tu pegi dengan family. dengan mak, mak sedara, pak sedara, kakak no. 2 dengan abang aku dan isteri dia. jadinya keinginan aku tu cam tak tercapai je.

pas tu, cam teringin jer nak main yang dekat Sunway Pyramid tu. masa tu pun cam takder jer orang nak ajak aku main kat situ. dah tu aku teringin lak nak main yang dekat Times Square tu. tapi kengkawan cam tak berminat je nak pegi situ. tapi walau cemanapun aku nak jugak main mainan tu. cam best je aku tengok.

dua minggu lepas, tak jauh dari rumah aku ni, ada la diorang wat funfair. tiap kali ulang alik nak ke tempat keje, aku mesti cakap kat diri aku, aku nak gak pegi funfair ni. aku nak jugak main ferris wheel tu ker. member-member aku pun cam teruja je nak pegi jugak.

kitorang pun rancang nak pegi ari jumaat malam sabtu lepas. tapi tak jadi pasal ari ujan. pas tu nak pegi ari sabtu malam ahad, tapi ada la kawan tu nak tengok anugerah era lak. dan akhirnya, semalam, aku, rain, sinchan, raf dengan jali pun pegi la kat funfair tu. sampai-sampai je, aku dah teruja semacam. siap nak tangkap gambar lagi. tapi rain lupa bawak kamera lak. ok takper. yang pasti, aku nak main semua-semua tu.

mula-mula tu kitorang pun pegi la main A-Force (entah betul ker nama aku tak pasti lak). masa dah mula tu, ya allah ya tuhanku. rasa cam melayang jer nyawa. bila benda tu berada makin tinggi, dah tu angin cam kuat je, aku rasa badan aku cam melayang je. masa tu aku dah tak leh nak jerit lagi dah. aku pejam mata sambil mengucap. aku dah rasa cam nak mati jek. takut karang kalau mati tak sempat mengucap lak.

bila dah habis main tu, aku rasa cam terhoyong hayang je. rambut pun dah kusut masai. rasa cam nak muntah angin pun iye. sinchan, raf dengan jali okay je. rain pun cam dua kali lima dengan aku la. kitorang relaks jap.

lepas sepuluh minit tu, kitorang main lak raft canyon. rain mulanya tanak dah. sebab dah mual nak muntah. aku pun, sebenarnya. tapi nak jugak main menda alah tu. rasanya baru 15 saat benda tu bergerak, aku dah muntah. rain yang duduk sebelah tengok aku muntah, pun muntah sekali. masa tu rasa cam alahaii tak rock nyerrrrr.

bila dah muntah-muntah cam tu, kitorang pun balik jer la. sian kat sinchan, raf dengan jali sebab dapat main 2 games je terus balik. tapi lagi sian (dan kelakar) kat aku dengan rain sebab muntah-muntah antap. aku manusia yang paling teruja masa sampai dan aku la manusia yang paling serabai (baca: ceridak mampah) masa nak balik.

sampai kat rumah masa mandi-mandi tu, sambung balik muntah. ni muntah tahap keluar hempedu gamaknya. sampai hari ni pun perut aku masih rasa cam tak sedap je. kat pejabat hari ni, cam kene gelak jer dengan kengkawan. hahahahaha padan muka aku. dah aku nak sangat kan? cam serik pun ada. tapi bukan serik nak main lagi. tapi serik bab muntah-muntah tu la. sakit wooo.

6 comments:

fatgirlslim said...

ehehehehe,,ko serupa dgn dale aku, ajak naik rollercoaster takut muntah,,sudahnye aku naik sesorang dia tukang amik gambar dr bawah,...lagi kelakar,, ada hati nk ajak aku wat buggy jump ... muntah ijauu aku...kalo dah naik rollercoaster pun nk muntah,,lupa kan aje..

doff said...

hahaha. itu la pasal. nak main tu aku tak serik. yg buat serik part muntah tu la. wehh jangan ko. aku pun sebenarnyer tingin nak wat bungy jump tuh (masih gak ada ati nak buat bungy jump kan?)

rain rendezvous said...

Yang ku heran.. urg lain muntah juak nak.. tp sik lah kurasa muntah masa benda ya berpusin.. wakakakaka... curse pake cdak sagge kali.. ser-vogue2 kita, harus muntah masa funfair!!

doff said...

huaaakakaka.aok eh.sikku paham.tapi pakei ku nyenang ati nak.nei kita nangga mun ada orang lain munt masa benda yg tengah berpusin nak? mesti ada juak bah.we're not the only person.trust me *muka ala2 pecayak

acu said...

ko tuh baru naik rolerkoster kat fun fair. aku pernah gi Six Flags masa kat US dulu. ada satu rolekoster nih namanya Goliath. Time tuh, tuh la rolerkoster yg terlaju dan ter ter lagi. Teruja nak cuba. Naik tuh jer... menjerit sampai ilang sora. Poning2 sampai tak larat nak naik lain dah. Tuh baru satu jer naik. Terus surrender tak mo naik yg lain dah. Tobat!!!

doff said...

wahhh cam best jer. yg tu kalo ako dgn rain main mesti tahap pensan2 3 hari 3 malam gamaknye.