Friday, December 28, 2007

salam kenal 2008

dan
tahun
2007
aku
diakhiri
dengan
kungg
kunggg
khohkk
khohhh
argghhhhhh
bencinya
batuk

selamat
tahun
baru
2008

Monday, December 17, 2007

Message of the Day


Life is short
Break the rules
Forgive quickly
Kiss slowly
Love truly
Laugh uncontrollably
and never regret anything that made you Smile

Friday, December 07, 2007

escapism 2

okay, hari tu aku cakap aku akan berpergian kan? takder maknenyer pergi bercuti ke paris, new york, milan, london segala. tak jugak gi kursus BTN macam yang korang sangka tu. itu kursus BTN makcik sudah pergi sepuluh tahun lepas la deyyy. itu hari aku dan mereka yang terpilih (ada yang dari ibu pejabat dan ramai yang dari anak-anak syarikat) pegi menjalani latihan askar wataniah selama 2 minggu (12 - 26 November 2007). iyerrrrr aku dah jadik askar la pulak sekarang ni. korang ader??? ecehhh

bukan kitorang saje-saje nak gi pun. ni kira KENA pegi atas arahan bos. kalau tak pegi, tak tau la apa jadik. so, how was it? hmmm nak kata tak best langsung, tak jugak. best la jugak. tapi kalau ada pilihan, aku memang takkan pegi la.

kebetulan masa kitorang pegi tu adalah acara kem tahunan askar wataniah, jadi bukan kitorang jer yang ada masa tu. sekali dengan askar wataniah (sukarelawan) yang lain. cuma kumpulan dari syarikat kitorang tu dia letak dalam satu group la. sebab kitorang pun diberi latihan asas jer dalam dua minggu tu.


ni masa mula-mula sampai. muka pun masih putih lagi. tengah tunggu nak amik baju dengan kasut.



ni hari kelima (pembukaan). hari sebelum tu kitorang belajar kawad. aku setakat kawad tu kira ada la basic sebab dulu masuk kesatria kan. bila tiba jer part kawad senjata, huh, lebam-lebam jer lengan. sesuka hati kitorang jer la. berlatih pun sehari. esok dah pembukaan. patutnya kitorang pakai baju celoreng tu. tapi sebab baju celoreng tu tak siap alter lagi. so kene pakai baju ni. ni namanya baju 4A. haa baju pun ada nombor tau. ni tengah melepak sementara tunggu pegawai-pegawai tinggi tentera sampai. group kitorang jer tak dok diam. asik klik sana klik sini bergambar. dalam hati askar-askar wataniah yang lain tu mesti cakap "ek ellehhh ntah apa-apa la diorang ni asik bergambar jer".



ni masa dalam kelas. selalunya dalam kelas (waktu malam) kitorang pakai kasual jer sebenarnya. tapi takder lak gambar berpakaian kasual masa dalam kelas. ni lepas pembukaan, masuk kelas jap.


pada hari kesembilan kitorang akan bermalam di hutan selama 2 malam. so ini diorang bagi taklimat tentang masa nak gi utan tu la. camtu la rupanya khemah kitorang nanti. kat kiri kanan tu kene buat kubu. masa kat dalam utan diorang akan bunyikan tembakan setiap satu atau dua jam. tiap kali dengar bunyi tembakan tu, kitorang kene bergolek masuk kubu tu. kiranya kalau musuh serang la, kene masuk kubu tu buat stand two kalau ada musuh kat depan, apa lagik, tembak la labu.




ni hari keberapa aku tak ingat. jalan kaki sepanjang 5km. dengan bawak beg, pouches, senapang lagi. hellooo senapang M16 okay (ko ada bawak senapang M16? hahaha). berat senapang tu 2.95kg (tanpa kelopak). tau kelopak tu ape? bukan kelopak lubang hidung nyeh. kelopak tu, tempat letak peluru tu.


ha ni berlatih bukak dan pasang balik bahagian-bahagian senapang. sorang-sorang kene buat. kawan aku si lenis tu buat cepat giler. ciss!!



ni kitorang nak dibawak bermain ke pantai. haha bermain? ni pun dah hari kelapan. hari sebelum tu pun ada gak gi. seminggu dok dalam kem, korang tau tak apa rasanya bila disuruh kuar dari kem tu??? HEAVEN. nak-nak plak gi pantai. ni la hari yang aku rasa hepi sangat-sangat.


korang tengok minah ni. bukannya reti berenang pun. ombak punya la besar. dia nyer sakan jumpa pantai sampai terloncat-loncat jer. ishhh anak sapaaa la ni.

ni hari yang sebelum tu. masa ni kaler kulit pun dah bertukar.

ni hari nak gi hutan. sebelum tu kene buat camouflage dulu nyeh.


amacam? ganas tak ganas? hahahhaha korang jawab la sendiri.


ni dah sampai kat hutan (kebun kelapa sawit sebenarnya). tapi ni bukan tempat kitorang bermalam. tengah tunggu diorang menjengah pangkalan tempat kitorang tinggal.


haa ni la tempat kitorang bermalam. tak jauh dari air terjun. sebelum nak pasang khemah, kene la bersihkan dulu tempat ni. pastu pasang khemah. dah siap khemah, buat kubu lak. masa kat sini, kitorang kene buat macam betul-betul la. malam ada sentri. aku dengan lenis nyer giliran kol 10.30 sampai 12.30 tengah malam pastu kol 4.30 pagi sampai kol 6.30 pagi. mula tu bulan terang, kira terang la gak dalam utan tu. masa dah kol 2:00 pagi tu, memang gelap giler-giler sampai tak nampak apa-apa pun. memang gelap gelita. pastu tu dengan bunyi-bunyian dalam hutan lagi kan. kol 4 pagi hujan turun mencurah-curah. khemah aku dengan lenis runtuh. berhimpit-himpit jer kitorang duduk kat tengah-tengah khemah tu sementara tunggu pagi.


ni hari kedua kat hutan. nak pergi wat serang hendap. sebelum nak gerak tu, baca doa dulu. kene ada kat tempat serang hendap tu dari kol 6 petang sampai 6 pagi. ni ujan baru teduh jap. masa dalam perjalanan nak ke tempat serang hendap tu, hujan turun lagi.


ni dah dekat kol 7:00 malam. ni la tempat serang hendap kitorang. tunggu musuh lalu, kalau ada, kita serangggg. alkisahnya masa serang hendap ni, hujan lebat giler. aku dah menggeletar satu badan. masa kol 9 malam dagu aku dah terketar-ketar. kitorang smer dalam kesejukan. belum lagi dengan binatang merayap kat badan ko. dengan agas lagi. ya allah memang seksa sungguh masa ni. dan aku tak dapat bayang kitorang kene tunggu sampai kol 6 pagi esok. dengan ujan tak berenti tu aku dah set kat kepala. kalau kol 10 malam masih lebat cam ni, aku nak balik kat khemah jer.

tapi ada gak hikmah ujan lebat malam tu. instead of buat serangan esok pagi. diorang buat awal. awal tak awal pun kire dah dekat nak tengah malam gak la. masa diorang (askar betul konon nyamar jadi musuh) ni lalu depan kitorang, patutnya kitorang dah ready nak tembak. sekali agaknya semua dah mamai, sejuk, pastu tak sure ye ker musuh, ker pegawai-pegawai tu datang nak check kitorang okay tak okay kan. sekali jalan dah sampai ujung tak jugak kitorang menembak, last-last musuh yang bagi isyarat suruh tembak. masa tu baru la kitorang menembak. hahaha musuh yang suruh tembak nko. kalau betul-betul, smer kitorang dah mati kene tembak musuh. yang aku frust tu, agaknya sebab basah dan banyak kene tanah ke, senapang kitorang banyak yang jammed. so ramai yang tak leh tembak. aku cuma sempat tembak empat peluru je pastu terus jammed senapang aku. tembak pakai peluru kapur la. lagipun muncung dihala ke atas. peluru-peluru kapur pun kalau jarak dekat camtu, kene orang, leh seksa gak.

dah abis smer serang hendap tu, kitorang dibawak balik ke tempat khemah. pagi esok tu balik ke kem. balik tu pulak sehari pastu ada ujian bertulis lak. iyerrr ada ujian gak. tapi alhamdulillah dari 25 orang tu semua lulus kecuali 2 orang jer gagal.

ni dah kire lepas dari azab. tengah wat preparation untuk majlis penutup pada malamnya. malam tu sekali dengan penyampaian sijil untuk kitorang la.


kitorang wat barbeku ari tu. best jer wat barbeku tepi pantai.


okay, sebab ada sorang minah kebetulan sambut harijadi masa tu. sebenarnya hari penutupan tu. tapi budak-budak ni plan konon-konon nak wat kejutan the next day. diorang wat collection beli kek comel. errrr harijadi ke berapa? kira la berapa lilin besar dengan lilin kecik kat atas kek tu kendian dicampur dengan dua puluh dan ditolah sepuluh. hahaha.


last day. semua tak sabar nak balik esok. tapi aku, lenis dengan masni balik petang tu gak.

okay, korang tau tak naper kalau nak jadi tentera, kene mempunyai berat dan ketinggian tertentu? takper, aku bagi jawapan kat soalan tu. sebab, pada ketinggian dan berat yang tertentu tu, bila pakai seragam tentera, akan nampak lawa, cun, segak, macho, wah bergaya mencelah-celah. tapi kalau ketinggian ko tak berapa nak cukup and in my case, memang tak cukup langsung, huk alohhhh buruknya pakai uniform tentera.

itu jer la serba sedikit citernya pemergian aku selama dua minggu tu. nak tulis panjang-panjang, aku bukan reti sangat pun. pas tu satu minggu lagi tu kitorang cuti nak rest, recharge and rejuvenate. oh ya, aku dah ada kad tentera y'all . kad tu laku selama 5 tahun. lepas tu, kalau nak renew, boleh renew. tapi aku rasa, pas 5 tahun nanti, takyah la aku nak renew segala.

gambar-gambar yang berpakaian seragam tu aku tak upload lagi kat fotopages. tapi kalau gambar-gambar yang tak pakai seragam, ada la kat situ kalo korang nak nengok.

Monday, December 03, 2007

phewww

hmmm rasa cam tak tau nak mula dari mana. baru tiga minggu tak mengetuk papan kekunci ni dah rasa blurr semacam jer.

banyak perkara berlaku dalam dua minggu lepas. nanti-nanti la aku citer kalau aku rajin menaip.

sebelum lupa, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kengkawan yang antar mesej ucap selamat hari jadi itu hari. pada yang tepon tapi tak berjawab atau dijawab oleh sexyteri (voicemail) aku tu, mintak maaf banyak-banyak. makcik sibuk melampau itu masa.

hmmm itu jer la untuk hari ni. ciao bebeh.

Friday, November 09, 2007

escapism

aku akan pergi berjuang untuk bangsa dan negara pertiwi terchenta. pergi dengan hati yang tak rela. erkkkk

tapi memang betul pun. aku (dan mungkin yang lelain jugak) dengan hati yang tak ikhlas dan tak rela kena pegi gak. pegi mana? uhukkkk nanti insya allah panjang umur murah rezeki balik dari berpergian aku akan bitau aku pegi mana.

untuk menyedapkan hati, aku anggap pemergian ini sebagai escapism bagi aku. tapi setakat ni, hati aku belum sedap lagi. masih rasa macam terpaksa. memang dipaksa pun. indirectly forced to do it.

doakan keselamatan aku yer. kalau rindu kat aku, dengar lah lagu si baju hijau atau lagu perwira. ehekkk

Tuesday, November 06, 2007

kaedahnya

"kalau menang duit (judi) tu, jangan beli makanan. beli baju ke, jam ke, pegi melancong ke, bayar kad kredit ke"

"a'ah. beli baju, kang kurap. beli jam, gatal-gatal tangan. pegi melancong, kapal terbang terhempas ke. namapun duit tak berkat kan"

"simpan la dulu duit tu dalam bank islam. hehe"

"ohh okay. kalau macam tu, ko beli babi then sembelih babi tu. kendian basuhkan dengan air tanah tujuh kali. ko masak kari ke, masak merah ke, then ko makan la"

"ishh ko ni."

Monday, November 05, 2007

.. ..

apalah sangat yang aku tahu. akan setinggi mana tahap kesabaran seorang isteri. sejauh mana pengorbanan yang telah dibuat. kepercayaan yang telah dikhianati. menjeruk rasa dan memaafkan setiap kesalahan si suami. mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumahtangga demi anak-anak. setakat mana kesabaran seorang isteri harus diuji bila kesalahan yang sama berlaku lagi. dan lagi. ahhh apalah sangat yang boleh aku bantu.

Wednesday, October 31, 2007

kamu, wanita-wanita cantik sekelian

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

notakaki: dapat artikel ni dari email.

Monday, October 29, 2007

terima kasih

kepada kawan-kawan yang menjemput aku untuk sama-sama menyertai wayn, facebook, jhoos dan apa-apa saja yang berkaitan, terima kasih. cuma, setakat ni, aku belum berminat lagi nak ikut serta.

dulu, aku bukak akaun friendster sebab aku nak komen blog rain. friendster aku cuma dibukak bila aku nak komen entri kat blog dia jer. selain dari tu, kalau friendster tu boleh membiakkan kulat, maka banyaklah kulat yang telah dibiak.

aku bukak akaun myspace. pun sebab aku nak komen blog naz. rupanya dia cuma buat satu entri 'balik kampung' kat blog tu pas tu terus takder satu haper pun. buang karan aku jer register myspace. aku layan la jugak myspace tu sekejap. ada la dalam beberapa bulan. tu pun pasal gian menulis blog. pastu bila aku dah bukak akaun kat blogspot ni, terus myspace aku tu aku tak bukak lagi.

tengok la esok-esok kot aku beralih minat ker, aku join la yer.

Friday, October 26, 2007

beraya bersama buaya

Lokasi: Ladang Buaya Jong
Tarikh: 21 Oktober 2007
Hari: Raya ke-9
Tujuan: Membawa rakan pelancong (pelancong kerr??) ehehe ;)

telur-telur buaya ni ada la sebesar penumbuk aku

baby buaya

takder ekor

ni buaya putih. ermm terlebih pakai krim fair and lovely kot

selain dari buaya, ada gak binatang-binatang lain. tak dapat nak amik gambar burung merak sebab asik lari je

bukaaan, bukan burung murai. ini namanya burung kasuari, papua mari ooo.

ada tengok citer baik punya cilok tak? tengok ikan ni, aku ingat kat citer tu lak. arapaima gigas. besar siot.

it's makan time bebeh

main laga-laga gigi lak

trivia (1) cuba teka yang mana sorang adalah pelancong? ehekk
trivia (2) apa yang kelakar kat gambar ni? ngehh


hehe itu jer la citer bergambar kita ari ni yer. malas la makcik nak tulis panjang-panjang. kang meraban tak tentu pasal lak.nak tengok lagi banyak gambar buaya, klik sini

Friday, October 05, 2007

selamat menambah kolesterol

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Hati-hati bila memandu

Monday, October 01, 2007

sharing is loving 2

sukacita dimaklumkan bahawa acu a.k.a janesach telah selamat melahirkan bayi perempuan (berat 3.5kg) pada 28 September 2007 jam 2:55 petang.

sekian, terima kasih.

notakaki: mak dengan anak sama tarikh lahir tu :D

Monday, September 24, 2007

lagi keji dari binatang

sedangkan binatang pun sayangkan anak-anaknya. kalau yang buat jadah tu binatang, kita tau la itu binatang. ada otak. takder akal fikiran. takleh nak fikir.

tapi kalau manusia, ada otak, ada akal, boleh fikir, tapi sanggup buat jadah macam tu sekali. rasanya adil tak kalau nak disamakan macam binatang?

al-fatihah untuk arwah nurin.

Monday, September 10, 2007

Ramadhan datang lagi


dengan kesempatan yang ada ni, aku nak mintak maaf dan ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada silap dan salah, terlanjur kata-kata yang menyakitkan hati samada di dalam sedar atau tanpa disedari.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Friday, September 07, 2007

Monday, September 03, 2007

Friday, August 24, 2007

50 tahun dah!

stingarden, awal 80an

malam-malam bapak (arwah) akan pam lampu (minyak tanah). maka teranglah rumah kami. air paip takder di rumah. satu kampung akan ikut giliran (satu rumah, satu jam) untuk isi air. caranya, sambung getah paip kat kepala paip (yang diletak kat satu kawasan lapang sket). nasib baik la paip utama ni tak jauh dari rumah aku. kalau jalan kaki, ada la dalam seminit setengah kot. kalau tetiba takder air kuar dari getah paip tu, bapak akan berlari pergi ke paip utama. bapak ikat getah paip guna tali supaya tak terlepas. kemudian sayup-sayup akan kedengaran suara bapak dari jauh tanya “dah ada air ke belum?” dan kakak aku akan jawab “dahhhh”.

tak lama kemudian baru ada kemudahan generator. bapak dah tak perlu lagi pam lampu (minyak tanah). kitorang guna lampu kalimantang. generator ni cuma akan dihidupkan jam enam petang. kadang-kadang, semua rumah akan gelap. minyak generator habis. kena tunggu la diorang isi minyak generator baru terang balik rumah.

kat rumah aku takder tv. kalau nak tengok tv, mak akan bawak aku dengan kakak ke rumah Kak Ba’ah. rumah kak ba’ah ada tv. tv hitam putih sudah semestinya. kadang-kadang aku akan tertidur dan mak akan panggil bapak dukung aku balik rumah.

satu hari masa aku balik dari sekolah, aku tengok ada sorang cina kat rumah aku. pas tu ada gak beberapa orang budak (anak-anak jiran) berkerumun kat umah. aku saspen. masuk-masuk je, rupanya bapak beli tv. fu-yoh!!! syok giler aku. rumah aku ada tv wooo. tv tu kalau nak tengok kena la sambungkan wayar penyepit kat bateri (kereta). seminggu sekali bapak gi kedai cina untuk caj bateri tu. nanti dah lama sket, selang dua tiga hari la pegi caj bateri. last-last bapak beli bateri lagi satu. buat ganti masa bateri yang lagi satu dihantar untuk caj kat kedai cina. dengan tv hitam putih itu la aku tengok citer kartun (segala macam), citer jepun ninja alihsuara ape tajuk ntah tak ingat, citer toriton, remington steel, manimal, 21 jump street (lain-lain citer aku tak ingat ah). malam-malam mak dengan bapak tengok rancangan gusti. bising. aku dengan kakak takleh tido. bunyi tv tak la kuat mana. tapi suara mak aku melatah tiap kali ahlil-ahlil gusti tu kene hempas bercampur dengan suara bapak aku yang “hah! hentam perut dia! huh!! hempas! apa laaaaa blablablablabla” marah betul aku kalau diorang dah tengok rancangan gusti tu.

masa pegi sekolah, bapak hantar aku dengan basikal. bapak cuma ada basikal tua tu je. tapi bapak cuma hantar masa aku darjah satu. masuk darjah dua aku dah pegi sekolah sendiri (dengan kakak aku sekali lah). sekali sekala kalau hujan lebat atau banjir, bapak akan hantar dan jemput dengan basikal tua dia. perjalanan nak ke sekolah aku tu, jauh la jugak. malam-malam nak gi mengaji, ramai-ramai bawak lampu suluh. seronok jer.

bapak pencen masa aku darjah lima kalau tak silap. sejak jadi suami rumahtangga sepenuh masa, bapak lah yang masak untuk kitorang. mak amik upah menjahit baju. bapak aku memang terer masak. dia masak lagi sedap dari mak aku masak (erkkk ampun mak). paling aku suka, kalau kat sekolah tu aku rasa cam teringin nak makan sesuatu kan, bila aku balik rumah, ader jer lauk yang aku teringin nak makan tu kat atas meja makan. macam bapak aku tau-tau jer aku nak makan makanan tu. lagi satu, bapak aku ni kan, kalau dia tengok aku dengan kakak suka makan satu-satu makanan tu kan, hari-hari la dia tahan masak makanan yang kitorang suka tu. sampai la kitorang jemu, baru dia masak lain pulak.

dulu, tiap kali bulan puasa, masa berbuka tu aku mesti nak makan kek batik. petang-petang, bapak aku akan beli la kek batik tu untuk aku buka puasa. tapi sejak dia dah tak ada, aku dah jarang sangat makan kek batik tu lagi masa berbuka. Cuma kadang-kadang kalau aku cam teringin, aku beli la jugak kat pasar ramadhan.

kalau hujung minggu, masa bapak nak ke pasar, aku akan mintak tolong bapak beli majalah Dewan Pelajar, Bambino (dan beberapa majalah yang aku tak ingat dah nama). kadang-kadang, aku mintak duit untuk beli buku cerita.

*****

pejam celik pejam celik dah pun tahun 2007. kalau dikenang-kenang zaman kecik tu, aku rasa cam baru semalam jer berlalu. zaman dok setinggan. zaman takder letrik dan bekalan air paip di rumah. zaman pegi sekolah berjalan kaki dengan kawan-kawan. huha sana huha sini. walaupun hidup tak mewah, tapi bahgia. tak risau apa pun.

sekarang ni, memang banyak pun perubahan dan pembangunan yang boleh kita lihat. cuma di sebalik perubahan dan pembangunan tu, aku rasa sedih dan terkilan sangat sebab masih ada lagi rakyat Malaysia yang hidup daif sangat. anak-anak tak dapat bersekolah disebabkan kedaifan yang melampau. jalan-jalan yang masih lagi bertanah kuning dan berlopak. di bandar-bandar megah mewah dengan lampu neon bergemerlapan tapi ada lagi kawasan-kawasan yang masih bertemankan limpahan cahaya api pelita. mandi lak pegi sungai yang airnya kuning giler (takyah citer la pasal hygienic ker tak hygienic). kene tadah air hujan untuk minuman.

ape citer???

*****

selamat menyambut hari kemerdekaan.

Tuesday, August 21, 2007

mazhai

dia suka hujan. tidak. dia gila hujan. bukan. dia cinta hujan. ya. dia cinta hujan. setiap kali hujan turun, dia akan lupa diri.

kedengaran bunyi guruh dan hujan turun dengan lebatnya. kebetulan keretapi berhenti selama dua jam. dia amik kesempatan untuk bermain hujan. dia depangkan tangan. dia berpusing. tanpa menghiraukan pandangan mata-mata yang memerhati. dia menyanyi. menari. beberapa saat kemudian kelihatan beberapa orang wanita ikut sama menari dan menyanyi. dan di situlah dia bertemu dengan sesorang yang kemudiannya menjadi kekasih hati.

hah! korang jangan ingat aku nak tulis cerpen atau cerkon plak. takder gaya terus aku nak menulis cerpen atau cerkon. citer kat atas tu, adalah petikan beberapa minit terawal dari filem tamil yang aku tengok kat tv2 mlm ahad lepas kol 12 tengah malam. entah apa kes plak mata aku tak ngantuk malam tu. boleh terlayan lak citer tamil (tapi kadang-kadang aku layan gak citer tamil) tengah-tengah malam.

mulanya tu aku ingat citer tamil lama. yer la dia nyer introduction tu, korang bayangkan la kalau nak main citer p ramlee dia tunjuk gambar cathay tu kan. haa camtu laa. dah tu, tiba-tiba lak skrin tv tu jadi separuh. tapi bila dah mula citer tu, aku tengok hero dengan heroin boleh tahan cun. heroin tinggi langsing. hero tak gendut , mata tak merah. aku pun layan jer la.

tapi aku tak tengok habis. mau nyer tidak. asal hero dengan heroin berjumpa je, hari hujan. bila hujan je, menyanyi menari. menyanyi menari je, mau gak makan 10 jam. penat la makcik nak menunggu kan. makcik tido jer lah lepas tu. lagipun citer tamil/hindustan ni tak tengok ending pun takper. mesti happy ending punyalah.

satu la aku tabik kat perfileman India ni. diorang leh produce citer pasal korapsi kepolisian dan politik macam tu jer. tapi kalau kat sini, eheh eheh eheh.

oh ya, mazhai tu sebenarnya tajuk citer tamil yang kat atas tu. maksudnya hujan. jadi, korang faham la tiap kali hero dengan heroin bertemu mesti hujan turun kan. dah nama citer pun hujan.

aku pun suka hujan gak. tapi tak la sampai aku menari menyanyi kat tengah pasar kalau hujan turun. kang tak pasal-pasal dapat sijil kurang siuman lak. hiks

Friday, August 10, 2007

kayangan

aku cam teringin nak tengok citer haru biru dan kayangan. tadi masa baca suratkhabar, dapat tau rupanya watak hero (yang kren lagi ganteng itu) dalam citer kayangan, guna suara ashraf sinclair. ashraf sinclair! helloooooooooo dah takder pelakon lelaki berbakat lain lagi ker diorang nak guna suara? terus potong wap aku nak tengok citer kayangan tu.

Tuesday, August 07, 2007

chocolate, anyone?

"ko jangan heran lak tengok coklat apa dia bagi. dia tu main beli jer".

dia bagi amaran kat aku awal-awal. suami dia attend conference di Mukah. dia suh bawakan ole-ole untuk aku. ole-ole tu pulak suami dia kirimkan dengan sinchan yang kebetulan hadir sama conference tu. sinchan bagi kat aku coklat tu bila dia masuk keja. kebetulan masa dia bagi tu, aku puasa. jadi, aku terus simpan dalam laci.

sejak tu ako tak ingat pun coklat tu rupanya masih dalam laci aku. sampai la ari ni, masa aku tengah kemas-kemas laci. aku tengok ada coklat. wah rezeki depan mata. dah la aku tengah lapar. pas baca ingredients coklat tu, ngappp, satu persatu masuk mulut. masa nak buang kotak coklat tu, entah camner aku baru nak carik tarikh luput.

EXP DATE: 02-05-2007

erkkkk

Monday, August 06, 2007

gothic 2

alamak! dah kol 7:55 pagi. soheh la lambat masuk opis ni. ahhh tak per. lambat pun dalam 6 atau 7 minit. aku pun kuar rumah bawak keter ala F1. sampai satu traffic light, aku terus pecut. aku potong kereta Perdana V6 kaler itam. errrr macam familar jer kereta tu. tak kira. aku terus pecut. sampai satu lagi traffic light. Perdana V6 kaler itam tu plak potong aku. cehhh tak puas ati la tu. iskkk kantoi datang lewat satu hal. pas tu potong tak bagi salam lak. mesti itu pakcik Perdana V6 muka ada masam. sampai-sampai je kat opis, aku tanya akak penyambut tetamu "muka dia ok tak?". "masam", jawab akak penyambut tetamu.

errr itu pakcik Perdana V6 dalam ini pelem adalah CEO aku. haha great huh? jangan la dia baca blog aku ni plak. errr dilla, mun kitak kebetulan pandei terjumpa blog tok, tetak jak lah nak? lalalala.

Tuesday, July 31, 2007

apa nak jadi?

baca suratkhabar buat aku risau. sungguh. baca orang kena kena bom. kena kerat sebelas. korap (bukan kurap yer) sana. korap sini. polis, cikgu, ustaz merogol. buli. murid cekik cikgu. cikgu tumbuk murid. pelajar buang anak. pasal politik ako tanak komen la. macam-macam. dasyat sungguh dunia sekarang ni.

aku bersyukur sangat sebab zaman aku sekolah dulu, takder pun citer macam ni. dulu zaman (ishhh awat ako rasa cam dah kertu jer neh?) sekolah, nakal cemana pun murid, takder la sampai tahap cekik-cekik, tumbuk-tumbuk. abis kuat pun pukul dengan rotan jer. itu pun takder la mak bapak repot polis, kuar suratkhabar segala.

nak salahkan cikgu sebab kurang sabar dalam meladeni (pehhhhh sungguh cikgu bahasa aku bangga ako pakai perkataan ni) murid-murid? nak salahkan mak bapak sebab manjakan sangat anak-anak?

walaupun aku lom ada anak lagi, tapi citer-citer camni sungguh, buat aku risau. dengan anak-anak sedara yang ramai masih bersekolah, takut wooo dengar citer camni. rasa cam dunia dah tak selamat. nyawa macam dah takder harga.

Thursday, July 26, 2007

back to square one

gaji naik. rega barang pun naik.

Friday, July 20, 2007

ganas la konon

aku amik lesen memandu pada tahun 1997. masa buat ujian di atas jalanraya, aku dapat pegawai (JPJ) yang mulutnya macam murai tercabut ekor (walaupun aku tak pernah tengok lagi cemana rupanya murai tercabut ekor). dari mula dia duduk di sebelah aku sampai la dia keluar dari kereta, mulut dia tak berhenti-henti membebel. aku? aku nervous nak mampus. dari lima jalan, aku hanya hafal 3 jalan. lagi dua jalan aku tak berapa hafal. dan pegawai tu suruh aku pandu ke jalan yang aku tak hafal tu.

aku main redah jer la. sikit-sikit aku tekan brek. sikit-sikit aku tekan brek. pegawai tu pulak mengamuk setiap kali aku tekan brek. aku dah la nervous tak tau jalan. mana lagi nervous nak bawak keter masa jalan tengah sesak. mana lagi sakit ati dengar suara dia yang macam speaker Sony tak berhenti-henti kat sebelah aku. dalam hati aku sumpah seranah pegawai tu. tapi aku kontrol gak la. apa-apapun jangan laa ada air jernih keluar dari mata aku nih. mata aku nih bukan leh pakai sangat pun.

sampai kat satu bulatan, aku bawak kereta perlahan-lahan. aku tengok ada dua buah kereta laju kat belakang. pegawai tu tengking aku suh bawak kereta laju sket. aku terkejut. terus kereta yang aku bawak tu mati kat tengah-tengah bulatan. huh apa lagi. bunyi guruh di langit jer suara dia maki aku. aku senyap jer. hidupkan enjin dan terus pandu sampai la ke tempat ujian tu balik. sampai-sampai jer kat situ. kereta berhenti. pegawai tu keluar. cikgu memandu pun pegi kat aku.

"kamek sumpah. mun ada pisok di tangan mek tadik, dah terburei perutnya". translasi: saya sumpah. kalau ada pisau kat tangan tadi, dah terburai perut dia. hahaha ganas tak ganas?

itu la ayat yang aku tak pernah lupa sampai sekarang. cikgu tu senyap jer. pandang muka aku. pastu dia tanya aku, masa kene marah-marah dengan pegawai tu tadi, aku ada menjawab ke tidak? aku kata, takder. lebih kurang setengah jam menunggu. keputusan keluar.

aku lulus. and the rest of it, as they say: history.

kereta pertama aku, kancil 850cc warna ermmm ala-ala silver pun iyer, kadang cam very light purple pun iyer. nombor 4004. huh, kalo cina, mati idup balik pun diorang takkan amik nombor ni. aku beli tahun 1999, setahun selepas aku keje kat tempat sekarang ni. mula-mula dapat keter, aku pegi keja awal, sebelum jalan sesak. balik keja lak lewat sikit, masa jalan dah tak berapa sesak. cuci (sendiri cuci) keter pun seminggu sekali (yerr aku tau ada orang hari-hari basuh keter). lapan bulan kemudian, kalo nak cuci keter, anta kedai jer. haha.

aku bukannya reti pun pasal keter ni. tau isi minyak, pam angin. itu jer. lebih dari tu, mintak maaf mintak ampun la. ada sekali tu aku pergi la ke area yang agak jauh dari tempat aku. masa nak balik tu, hujan lebat. tengah drive tu aku rasa cam kereta aku ni lain macam jer. aku hentam jer la terus drive. pastu makin teruk lak bunyinya. kelekak-kelekuk-gegege pastu kereta aku pun cam senget sebelah jer. aku dah mula panik. ishh ni mesti tayar aku pancit ni. yang aku heran tu kan, aku tak pulak berenti. aku masih gak drive sampai rumah. makin dekat dengan rumah aku, makin teruk sangat bunyi dah. aku bawak perlahan jer. sampai-sampai jer kat umah. aku kuar keter. aku tengok kat tayar depan belah kiri tu berasap. punya la panik aku. takut keter tuh meletup. kat rumah bukan ada orang pun. ada mak aku jer. apa laa mak aku tau pasal tayar kereta. aku terus telefon budak-budak kat opis suruh diorang datang rumah aku. sampai-sampai jer diorang (2 orang) geleng kepala. sebab aku tak berhenti bila tayar aku tu pancit kan, sampai rim kereta tu pun kemek. dapat la jugak aku ceramah percuma tentang kereta pagi tu. eheh.

kereta kedua aku, myvi kaler ijau. 31 haribulan ni, genap la setahun. masa ulangtahun kereta ni, sapa-sapa yang ada kereta tu, paham-paham jer la. adehhh.

walaupun dah sepuluh tahun memandu, pengetahuan aku tentang kereta pun masih macam masa aku reti memandu dulu gak la. sebenarnya bukan semua wanita macam aku. ada jugak yang terer bab-bab kereta ni. orang-orang yang macam aku ni sebenarnya adalah golongan yang tak nak amik tau. dan jangan ingat semua lelaki tau pasal kereta. ada gak yang cuma tau isi minyak jer. hahahhaa sapa kah??

Thursday, July 19, 2007

seven wonders

Chichen Itza, Mexico

Christ Redeemer, Brazil

The Great Wall, China


Machu Picchu, Peru


Petra, Jordan

The Roman Colloseum, Italy

The Taj Mahal, India

perghhh!! kalo la yang kat Brazil tu kena panah petir, erkkkk.

Thursday, July 05, 2007

CCM - Sabah [20 - 25 Jun 2007]

keterujaan aku untuk mengapdet blog bertukar menjadi kegeraman dan ke-fed-up-an. bayangkan. aku upload gambar-gambar pemandangan yang indah-indah semasa cuti itu hari. banyak. aku buat pulak karangan bergambar. dengan idea yang mencurah-curah tanpa gangguan. seronok.

tup-tup. pc hang!! lama. aku restart. aku bukak balik post aku kot masih ada. tapi yillek!!! wohh rasa cam nak bakar jer pc nih. ggrrrrrrrr

jadi sekarang ni aku dah malas. cuma aku tetap jugak nak tunjuk satu gambar ni la. eheh.

Puncak Gunung Kinabalu: 22 Jun 2007 @ 7:30 pagi (lebih kurang la)


best woooo. penat memang penat. but it was worth it. wish you were there, Rain. mesti ko terpana antap. kalo nak tengok pemandangan yang cantik-cantik, pegi sini. kalo nak tengok jantan-jantan kekar (errkkkk) dan minah-minah cun serta sorang minah inferiority complex (adehhh), klik sini.

Monday, June 18, 2007

isnin biru

ya, ini blog aku. aku boleh tulis apa saja yang aku suka atau tak suka di sini. seperti kebanyakan blogger, ini juga merupakan eskapism bagi aku. aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. kau suka, kau baca. kau tak suka, kau takyah baca. kebanyakan yang aku tulis adalah berkisar tentang diri aku sendiri. kebanyakannya, di ulang. tapi tak semua. jadi jangan anggap tiap tulisan aku adalah berkenaan dengan diri aku. mungkin juga terjadi pada orang-orang terdekat. dan aku garapkan di sini. untuk mengingatkan diri aku. sepanjang berblog, aku cuba sedaya upaya untuk tidak menulis tentang perkara yang aku anggap terlalu peribadi. aku cuba. jika ada sekalipun, rezeki engkau lah.

hmmm rasa cam malas lak nak menulis. okaylah. aku akan berpergi-pergian / berfoya-foya menikmati alam semulajadi ciptaan Tuhan. korang jaga diri bebaik yach. daaa

Wednesday, June 13, 2007

lelaki

kau
yang
bernama
lelaki

andai
kau
tiada
punya
apa
selain
satu
batang
dua
bijik

usahlah
kau
bermimpi
untuk
berbini
dua
tiga
empat

Monday, June 11, 2007

timbang tu rosak

21 Mei 2007

48.5 kg

ohh okay. kena turun 1 kilo jer.

9 Jun 2007

50 kg

woh! rosak agaknya timbang ni.

11 Jun 2007

52 kg

eh! aku rasa sah la timbang tu rosak.

Wednesday, May 30, 2007

pening lalat


it's mating season. ramai sungguh orang buat majlis nikah kawen masa ni. termasuk sabtu yang akan datang ni, tiga minggu berturut-turut aku gi kenduri kawen. aku kalo diikutkan sejarah, dari dulu memang tak suka sangat gi kenduri kendara ni. pegi pun sebab kawan-kawan dekat atau saudara mara dekat. kalau tak, haram aku nak gi. tu yang mak aku selalu bising.

dah tu kan, masa kenduri cenggini la soalan seperti "ha, ko bila lagi?" keluar. ishhh kalau la aku tau jawapan kepada soalan tu. sungguh. aku tak tau jawapannya. i wish i know. but i don't. seronok tengok orang kawen ni. nak-nak plak kalau buat majlis grand. eh if you have the money, if you can afford it, why not? after all it's a once in a life time event. tapi kalau nan ado tu, buat la yang wajib jer. kalau ko tanya aku, jawapan aku senang jer. ukur baju badan sendiri. kalau aku ukur baju ikut badan angelina jolie, ada lak orang tuh makan hati ayam berulam jantung pisang. haha.

ngomong-ngomong, aku nak tanya. pernah tak korang rasa cam sesuatu tapi korang tak tau nak describe perasaan sesuatu tu? wahhhh seswatuh sungguh kan?

macam banyak benda yang aku nak tulis. tapi tak tercurah menjadi perkataan dan ayat-ayat. dan aku rasa cam bosan dan letih. sangat.

selamat hari gawai. gayu guru gerai nyamai lantang senang.
selamat pengantin baru zel & suami. semoga berkekalan ke akhir hayat.
selamat bercuti panjang.

Friday, May 25, 2007

kembali dengan pertumbuhan yang tak berapa nak sekata

am back. back to my normal mono life. mana aku hilang dua minggu? mendengar ahlilahlilpolitikus bercakap dan bertelagah adalah sesuatu yang menarik dan juga ngesak ati most of the time. haha. well let's not talk bout it. mati aku mun ada salah kelakar pech lobs kelak.

sibuk manjang sampai tak sempat nak check email, nak balas sms, nak baca blog apatah lagi. kalau sempat pun, curi-curi masa lima minit. jadi kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat dan kekasih-kekasih gelapku (mati lahhhh ada kekasih gelap tek konoknya) yang menghantar email dan sms yang tak sempat dibalas, maaf ye (perasan lah diriknya femes gilak ada peminat). aku pun rindu korang gak.

hmmm takder apalah yang aku nak update pun. cuma malam tu pegi makan malam sempena majlis menyambut hari jadi ke-71 orang penting di negeri aku dan sempat bergambar dengan dayang nurfaizah (thanx to makcik ros & makcik sophia yang beriya-iya dan aku tumpang duak kaki lah). haha. pastu makcik dua orang ni asyik soseh soseh jer tengok dagu salwa abdul rahman tu panjang. haha. sempat juak molah ketupat.

okay lah. selamat berhujung minggu. marilah kita beramai-ramai menonton lanun-lanun pulau karibian dan waris jari hantu.

nota kaki: ngesak ati - nyakit hati; mun - kalau; kelakar - cakap; tek konoknya - kononnya; diriknya - diri sendiri; gilak - sangat; duak - dua; juak molah - juga buat.

Tuesday, May 08, 2007

Gunung Gading National Park

Pelancong dari Venezuela, Filipina dan Taiwan

dah setengah jam berjalan

pekerja kat situ kata ni bukan musim bunga (occay laaahhh bukan musim bunga rafflesia). tak banyak pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan biasa dan bunyi-bunyian hutan.

cuba korang teka ni gambar apa

ko ado bertenggek kat dahan kayu cenggitu?? nan adooo

cis! cis! cis! kena gigit belut..err lintah..eeiuuuu

sampai puncak. lebih kurang 3,500 kaki. penat siottt

berkelah di puncak gunung. ingatkan ada pemandangan yang menarik dari puncak. tapi memang kiri-kanan-depan-belakang-atas-bawah hutan.

nak balik dah.

untuk cerita melampau-lampau extravaganza, sila ke rumah ini orang. untuk menengok-nengok gambar sambil membuat ketupat sila klik-klik gwe

Thursday, May 03, 2007

konferens+soping+foyafoya

aku cam malas nak mengetuk papan kunci nih. jadi korang tengok gambar jer la ek. kalau nak tengok laaa ;)

hari pertama konferens

pertunjukan fesyen dari pereka Simon Seow (aku pun tak penah dengar nama dia ni) masa lunch


hari kedua konferens

pertunjukan belly dancing masa lunch

minah ni gelek seksi siotttt

baru balik dr bersoping kat ikea

beg bagak (besar) ni leh muat 2 orang yang bersaiz aku (aku yang dulu laaa)
the sengals: acu, gf, nurnana, yan

ko tak geram tengok budak nih??

sib baik anak orang. kalau keropok, dah lama aku geget, aku kunyah, aku telan. burrpp alhamdulillahh

nak balik dah. haha muka takut excess luggage!!