Friday, July 20, 2007

ganas la konon

aku amik lesen memandu pada tahun 1997. masa buat ujian di atas jalanraya, aku dapat pegawai (JPJ) yang mulutnya macam murai tercabut ekor (walaupun aku tak pernah tengok lagi cemana rupanya murai tercabut ekor). dari mula dia duduk di sebelah aku sampai la dia keluar dari kereta, mulut dia tak berhenti-henti membebel. aku? aku nervous nak mampus. dari lima jalan, aku hanya hafal 3 jalan. lagi dua jalan aku tak berapa hafal. dan pegawai tu suruh aku pandu ke jalan yang aku tak hafal tu.

aku main redah jer la. sikit-sikit aku tekan brek. sikit-sikit aku tekan brek. pegawai tu pulak mengamuk setiap kali aku tekan brek. aku dah la nervous tak tau jalan. mana lagi nervous nak bawak keter masa jalan tengah sesak. mana lagi sakit ati dengar suara dia yang macam speaker Sony tak berhenti-henti kat sebelah aku. dalam hati aku sumpah seranah pegawai tu. tapi aku kontrol gak la. apa-apapun jangan laa ada air jernih keluar dari mata aku nih. mata aku nih bukan leh pakai sangat pun.

sampai kat satu bulatan, aku bawak kereta perlahan-lahan. aku tengok ada dua buah kereta laju kat belakang. pegawai tu tengking aku suh bawak kereta laju sket. aku terkejut. terus kereta yang aku bawak tu mati kat tengah-tengah bulatan. huh apa lagi. bunyi guruh di langit jer suara dia maki aku. aku senyap jer. hidupkan enjin dan terus pandu sampai la ke tempat ujian tu balik. sampai-sampai jer kat situ. kereta berhenti. pegawai tu keluar. cikgu memandu pun pegi kat aku.

"kamek sumpah. mun ada pisok di tangan mek tadik, dah terburei perutnya". translasi: saya sumpah. kalau ada pisau kat tangan tadi, dah terburai perut dia. hahaha ganas tak ganas?

itu la ayat yang aku tak pernah lupa sampai sekarang. cikgu tu senyap jer. pandang muka aku. pastu dia tanya aku, masa kene marah-marah dengan pegawai tu tadi, aku ada menjawab ke tidak? aku kata, takder. lebih kurang setengah jam menunggu. keputusan keluar.

aku lulus. and the rest of it, as they say: history.

kereta pertama aku, kancil 850cc warna ermmm ala-ala silver pun iyer, kadang cam very light purple pun iyer. nombor 4004. huh, kalo cina, mati idup balik pun diorang takkan amik nombor ni. aku beli tahun 1999, setahun selepas aku keje kat tempat sekarang ni. mula-mula dapat keter, aku pegi keja awal, sebelum jalan sesak. balik keja lak lewat sikit, masa jalan dah tak berapa sesak. cuci (sendiri cuci) keter pun seminggu sekali (yerr aku tau ada orang hari-hari basuh keter). lapan bulan kemudian, kalo nak cuci keter, anta kedai jer. haha.

aku bukannya reti pun pasal keter ni. tau isi minyak, pam angin. itu jer. lebih dari tu, mintak maaf mintak ampun la. ada sekali tu aku pergi la ke area yang agak jauh dari tempat aku. masa nak balik tu, hujan lebat. tengah drive tu aku rasa cam kereta aku ni lain macam jer. aku hentam jer la terus drive. pastu makin teruk lak bunyinya. kelekak-kelekuk-gegege pastu kereta aku pun cam senget sebelah jer. aku dah mula panik. ishh ni mesti tayar aku pancit ni. yang aku heran tu kan, aku tak pulak berenti. aku masih gak drive sampai rumah. makin dekat dengan rumah aku, makin teruk sangat bunyi dah. aku bawak perlahan jer. sampai-sampai jer kat umah. aku kuar keter. aku tengok kat tayar depan belah kiri tu berasap. punya la panik aku. takut keter tuh meletup. kat rumah bukan ada orang pun. ada mak aku jer. apa laa mak aku tau pasal tayar kereta. aku terus telefon budak-budak kat opis suruh diorang datang rumah aku. sampai-sampai jer diorang (2 orang) geleng kepala. sebab aku tak berhenti bila tayar aku tu pancit kan, sampai rim kereta tu pun kemek. dapat la jugak aku ceramah percuma tentang kereta pagi tu. eheh.

kereta kedua aku, myvi kaler ijau. 31 haribulan ni, genap la setahun. masa ulangtahun kereta ni, sapa-sapa yang ada kereta tu, paham-paham jer la. adehhh.

walaupun dah sepuluh tahun memandu, pengetahuan aku tentang kereta pun masih macam masa aku reti memandu dulu gak la. sebenarnya bukan semua wanita macam aku. ada jugak yang terer bab-bab kereta ni. orang-orang yang macam aku ni sebenarnya adalah golongan yang tak nak amik tau. dan jangan ingat semua lelaki tau pasal kereta. ada gak yang cuma tau isi minyak jer. hahahhaa sapa kah??

3 comments:

Anonymous said...

Doff, kira ok gaks la tuh. Ako nih lesen dah 5 tahun, dan maknanya dah 5 tahun le ako x bawak keta. Ahakss....keta pun baru satu je ako beli tue pun bagi abah ako guna. Nak harap ako? Baik le abah ako pandu sendiri. Kikikikikiki.............

Anonymous said...

siapakah lelaki yang hanya tahu mengisi minyak ittewwww... keji sungguh!!

doff said...

garb,
ko memang. ;p

rain,
aok eh. sapa kah? ;D