okay, hari tu aku cakap aku akan berpergian kan? takder maknenyer pergi bercuti ke paris, new york, milan, london segala. tak jugak gi kursus BTN macam yang korang sangka tu. itu kursus BTN makcik sudah pergi sepuluh tahun lepas la deyyy. itu hari aku dan mereka yang terpilih (ada yang dari ibu pejabat dan ramai yang dari anak-anak syarikat) pegi menjalani latihan askar wataniah selama 2 minggu (12 - 26 November 2007). iyerrrrr aku dah jadik askar la pulak sekarang ni. korang ader??? ecehhh
bukan kitorang saje-saje nak gi pun. ni kira KENA pegi atas arahan bos. kalau tak pegi, tak tau la apa jadik. so, how was it? hmmm nak kata tak best langsung, tak jugak. best la jugak. tapi kalau ada pilihan, aku memang takkan pegi la.
kebetulan masa kitorang pegi tu adalah acara kem tahunan askar wataniah, jadi bukan kitorang jer yang ada masa tu. sekali dengan askar wataniah (sukarelawan) yang lain. cuma kumpulan dari syarikat kitorang tu dia letak dalam satu group la. sebab kitorang pun diberi latihan asas jer dalam dua minggu tu.
ni masa mula-mula sampai. muka pun masih putih lagi. tengah tunggu nak amik baju dengan kasut.
ni hari kelima (pembukaan). hari sebelum tu kitorang belajar kawad. aku setakat kawad tu kira ada la basic sebab dulu masuk kesatria kan. bila tiba jer part kawad senjata, huh, lebam-lebam jer lengan. sesuka hati kitorang jer la. berlatih pun sehari. esok dah pembukaan. patutnya kitorang pakai baju celoreng tu. tapi sebab baju celoreng tu tak siap alter lagi. so kene pakai baju ni. ni namanya baju 4A. haa baju pun ada nombor tau. ni tengah melepak sementara tunggu pegawai-pegawai tinggi tentera sampai. group kitorang jer tak dok diam. asik klik sana klik sini bergambar. dalam hati askar-askar wataniah yang lain tu mesti cakap "ek ellehhh ntah apa-apa la diorang ni asik bergambar jer".
ni masa dalam kelas. selalunya dalam kelas (waktu malam) kitorang pakai kasual jer sebenarnya. tapi takder lak gambar berpakaian kasual masa dalam kelas. ni lepas pembukaan, masuk kelas jap.
pada hari kesembilan kitorang akan bermalam di hutan selama 2 malam. so ini diorang bagi taklimat tentang masa nak gi utan tu la. camtu la rupanya khemah kitorang nanti. kat kiri kanan tu kene buat kubu. masa kat dalam utan diorang akan bunyikan tembakan setiap satu atau dua jam. tiap kali dengar bunyi tembakan tu, kitorang kene bergolek masuk kubu tu. kiranya kalau musuh serang la, kene masuk kubu tu buat stand two kalau ada musuh kat depan, apa lagik, tembak la labu.ni hari keberapa aku tak ingat. jalan kaki sepanjang 5km. dengan bawak beg, pouches, senapang lagi. hellooo senapang M16 okay (ko ada bawak senapang M16? hahaha). berat senapang tu 2.95kg (tanpa kelopak). tau kelopak tu ape? bukan kelopak lubang hidung nyeh. kelopak tu, tempat letak peluru tu.
ha ni berlatih bukak dan pasang balik bahagian-bahagian senapang. sorang-sorang kene buat. kawan aku si lenis tu buat cepat giler. ciss!!
ni kitorang nak dibawak bermain ke pantai. haha bermain? ni pun dah hari kelapan. hari sebelum tu pun ada gak gi. seminggu dok dalam kem, korang tau tak apa rasanya bila disuruh kuar dari kem tu??? HEAVEN. nak-nak plak gi pantai. ni la hari yang aku rasa hepi sangat-sangat. korang tengok minah ni. bukannya reti berenang pun. ombak punya la besar. dia nyer sakan jumpa pantai sampai terloncat-loncat jer. ishhh anak sapaaa la ni.
ni hari yang sebelum tu. masa ni kaler kulit pun dah bertukar.
ni hari nak gi hutan. sebelum tu kene buat camouflage dulu nyeh.
amacam? ganas tak ganas? hahahhaha korang jawab la sendiri.
ni dah sampai kat hutan (kebun kelapa sawit sebenarnya). tapi ni bukan tempat kitorang bermalam. tengah tunggu diorang menjengah pangkalan tempat kitorang tinggal. haa ni la tempat kitorang bermalam. tak jauh dari air terjun. sebelum nak pasang khemah, kene la bersihkan dulu tempat ni. pastu pasang khemah. dah siap khemah, buat kubu lak. masa kat sini, kitorang kene buat macam betul-betul la. malam ada sentri. aku dengan lenis nyer giliran kol 10.30 sampai 12.30 tengah malam pastu kol 4.30 pagi sampai kol 6.30 pagi. mula tu bulan terang, kira terang la gak dalam utan tu. masa dah kol 2:00 pagi tu, memang gelap giler-giler sampai tak nampak apa-apa pun. memang gelap gelita. pastu tu dengan bunyi-bunyian dalam hutan lagi kan. kol 4 pagi hujan turun mencurah-curah. khemah aku dengan lenis runtuh. berhimpit-himpit jer kitorang duduk kat tengah-tengah khemah tu sementara tunggu pagi. ni hari kedua kat hutan. nak pergi wat serang hendap. sebelum nak gerak tu, baca doa dulu. kene ada kat tempat serang hendap tu dari kol 6 petang sampai 6 pagi. ni ujan baru teduh jap. masa dalam perjalanan nak ke tempat serang hendap tu, hujan turun lagi.
ni dah dekat kol 7:00 malam. ni la tempat serang hendap kitorang. tunggu musuh lalu, kalau ada, kita serangggg. alkisahnya masa serang hendap ni, hujan lebat giler. aku dah menggeletar satu badan. masa kol 9 malam dagu aku dah terketar-ketar. kitorang smer dalam kesejukan. belum lagi dengan binatang merayap kat badan ko. dengan agas lagi. ya allah memang seksa sungguh masa ni. dan aku tak dapat bayang kitorang kene tunggu sampai kol 6 pagi esok. dengan ujan tak berenti tu aku dah set kat kepala. kalau kol 10 malam masih lebat cam ni, aku nak balik kat khemah jer.
tapi ada gak hikmah ujan lebat malam tu. instead of buat serangan esok pagi. diorang buat awal. awal tak awal pun kire dah dekat nak tengah malam gak la. masa diorang (askar betul konon nyamar jadi musuh) ni lalu depan kitorang, patutnya kitorang dah ready nak tembak. sekali agaknya semua dah mamai, sejuk, pastu tak sure ye ker musuh, ker pegawai-pegawai tu datang nak check kitorang okay tak okay kan. sekali jalan dah sampai ujung tak jugak kitorang menembak, last-last musuh yang bagi isyarat suruh tembak. masa tu baru la kitorang menembak. hahaha musuh yang suruh tembak nko. kalau betul-betul, smer kitorang dah mati kene tembak musuh. yang aku frust tu, agaknya sebab basah dan banyak kene tanah ke, senapang kitorang banyak yang jammed. so ramai yang tak leh tembak. aku cuma sempat tembak empat peluru je pastu terus jammed senapang aku. tembak pakai peluru kapur la. lagipun muncung dihala ke atas. peluru-peluru kapur pun kalau jarak dekat camtu, kene orang, leh seksa gak.
dah abis smer serang hendap tu, kitorang dibawak balik ke tempat khemah. pagi esok tu balik ke kem. balik tu pulak sehari pastu ada ujian bertulis lak. iyerrr ada ujian gak. tapi alhamdulillah dari 25 orang tu semua lulus kecuali 2 orang jer gagal.
ni dah kire lepas dari azab. tengah wat preparation untuk majlis penutup pada malamnya. malam tu sekali dengan penyampaian sijil untuk kitorang la.
kitorang wat barbeku ari tu. best jer wat barbeku tepi pantai.okay, sebab ada sorang minah kebetulan sambut harijadi masa tu. sebenarnya hari penutupan tu. tapi budak-budak ni plan konon-konon nak wat kejutan the next day. diorang wat collection beli kek comel. errrr harijadi ke berapa? kira la berapa lilin besar dengan lilin kecik kat atas kek tu kendian dicampur dengan dua puluh dan ditolah sepuluh. hahaha.
last day. semua tak sabar nak balik esok. tapi aku, lenis dengan masni balik petang tu gak.
okay, korang tau tak naper kalau nak jadi tentera, kene mempunyai berat dan ketinggian tertentu? takper, aku bagi jawapan kat soalan tu. sebab, pada ketinggian dan berat yang tertentu tu, bila pakai seragam tentera, akan nampak lawa, cun, segak, macho, wah bergaya mencelah-celah. tapi kalau ketinggian ko tak berapa nak cukup and in my case, memang tak cukup langsung, huk alohhhh buruknya pakai uniform tentera.
itu jer la serba sedikit citernya pemergian aku selama dua minggu tu. nak tulis panjang-panjang, aku bukan reti sangat pun. pas tu satu minggu lagi tu kitorang cuti nak rest, recharge and rejuvenate. oh ya, aku dah ada kad tentera y'all . kad tu laku selama 5 tahun. lepas tu, kalau nak renew, boleh renew. tapi aku rasa, pas 5 tahun nanti, takyah la aku nak renew segala.
gambar-gambar yang berpakaian seragam tu aku tak upload lagi kat fotopages. tapi kalau gambar-gambar yang tak pakai seragam, ada la kat situ kalo korang nak nengok.
6 comments:
"tapi kalau ketinggian ko tak berapa nak cukup and in my case, memang tak cukup langsung, huk alohhhh buruknya pakai uniform tentera"
haha betol betol
hahahhha...
nak masuk utan pun nak mekap2..
hahaha..
eh apsal ko mcm nmpk muda giler
benci aku...
bukan ke umur dh bertmbh lagik??
hehehe..
(ni mmg kes dengki..:) )
Ako x tau nak comment mende tapi satu je le DOFF yg ako nak type..........Ahakss...ahakss...ahaks......ako raser mcm lawaks le tgk ko. Hehhehehe...kekekeke.....
xsen,
aok, tetak jak sia
nana,
itu namanya mekap penyamaran di hutan yang oiii kononnya nak bagi muka kitorang sama cam pokok2 kat utan nun
wehhh ailebiu la bebeh..nampak muda giler??? hahahhahaha tq tq..yo yo oo jek ko neh
ina,
ek ellehhh gelak laaa gelak.gelak dengki la tuh pasal xdpt tembak pakai senapang M16 :p
muahhahahahhahaha,,,tak dpt byaangkan camner rupa ko dlm utan masa nk tembak2 th,,,,,muahhahahahha,,,fuyoooooooo askar wataniah...caya lahh babe,,ko hebatt!!!:)
amboiiiiii sedap gelakkkkkk. tembak kang!!! :p
Post a Comment