Monday, March 12, 2007

iklan

korang jenis yang mengadap tv? aku malam-malam kalau boring, aku ngadap gak la tv. kalau tak, terperuk dalam bilik. dalam bilik, boleh baca buku, majalah, komik, boleh golek-golek, berangan. hah kan best dok dalam bilik.

ehh aku bukan nak citer pasal apa aku buat kat dalam bilik. lagipun who the hell wants to know about me in my room. haha.

aku sebenarnya nak citer pasal iklan kat tv tu. iklan ni main peranan penting gak. nak-nak plak bagi golongan kanak-kanak dan nenek-nenek. golongan dewasa, ada la jugak kot. aku, contohnya. tengok iklan aiskrim spiro, esok tu terhegeh-hegeh la aku carik aiskrim tu kat kedai. itu belum lagi aku citer keinginan mak aku bila dia tengok iklan. cam bebudak jer.

hmmm korang tau tak iklan apa yang aku sangat dan paling bencik+menyampah+hakptuihhhh+rasa-nak-terajang-tv tiap kali kuar kat tv? iklan Lasindah Cafe (m. rajoli & wan chik daud)!!!!

sungguh. aku rasa macam nak bom jer tv tu kalau kuar iklan tu. dah la remote tv aku rosak. takleh aku nak tukar cenel kalau iklan tu kuar. ggrrrrrrrrrrrrrrr.

7 comments:

nurnana said...

" Kuat la pulok!!!! "

Hahahahahha...
iklan tu jadik bahan kami adik beradik..
mmg menyampah tapi lasindah cafe tu best ko...
X letih badan!

doff said...

ooo ko minum eh? aku tak minum kopi, nescafe atau apa-apa jer yang berkaitan dengannya tapi kalau pegi umah orang, orang hidang, aku minum jugak sikit untuk jaga hati tuan rumah.

areyoung said...

Sama la kita!!!

Paling aku menci masa last skali m rajoli sebut 'kuat la pullokk!' sblm naik motor(siap ada tulih nama dia lagik kat moto tu. isk!)

Eeiii!

doff said...

a'ah itu la pasal. cam buang tebiat je. bwekkkk

acu said...

Ehem Doff...
Kalau tak keberatan... aku nak tau apa lagi yg ko buat kat bilik ko tuh!!

eheheheheehehe

doff said...

ini adalah entri pasal iklan yer puan acu. terima kasih.

nurnana said...

hahahha
sengal la ko acu!