Thursday, June 15, 2006

reminiscence

dulu masa kecik, tiap kali orang tengok aku, diorang akan cakap aku ni anak bapak. tengok aku, macam tengok bapak aku. kiranya aku ni versi perempuan bapak aku la.

masa tu kitorang dok stingarden. kehidupan tak la senang. tak jugak susah. bapak aku keje kat jabatan tanah dan ukur sementara mak aku amik upah menjahit. aku dengan kakak aku, cam biasa jer la, gi sekolah. sekolah tak jauh pun. jalan kaki jer. kalau ari ujan, bapak aku akan hantar pegi sekolah dengan basikal tua dia. takder motosikal apatah lagi kereta. tapi masa darjah tiga aku memang dah pegi sekolah dengan kengkawan jer.

keje bapak aku ni, selalu gi traveling. time dia tak ada, selalunya aku akan ambil peluang ikut bebudak lain main kat sungai ataupun main basikal. kalau time bapak aku ada, memang tak merasa la. dia tak bagi aku dengan kakak aku main air ker, main basikal ker. takut jatuh katanya. ada sekali tu, tengah syok aku main kat tepi sungai dengan kengkawan, ada la jiran aku ni bagitau yang bapak aku dah balik. aku pun apa lagi, sembunyi la bawah jambatan. putih jer bijik mata aku tengok tapak kasut bapak aku lalu kat jambatan tuh. bila dia dah lepas jer, aku pun cepat-cepat naik dan terus balik rumah. nasib la tak basah kuyup. kalau tak memang habis la kene marah. sudahnya sampai sekarang aku tak reti berenang. naik basikal pun tak reti. kalau yang roda empat atau basikal yang tak bergerak tu, aku reti laa.

aku ingat lagi. kadang tu kan, kalau masa kat sekolah aku cam teringin jer nak sesuatu makanan, bila balik rumah, mesti dah ada benda yang aku ingin tu kat meja makan. selalu cam tu. macam bapak aku tau-tau jer ape aku nak makan. dia terer masak. sedap lak tu. rasanya bapak aku masak lagi sedap dari mak aku masak. dah tu kalau makanan yang dia masak tu habis, esok mesti ada lagi masakan yang sama, lusa pun ada gak. sebab dia suka tengok kitorang makan habis. lagi satu, kalau bulan puasa, aku suka makan kek batik. setiap petang masa nak berbuka sepanjang bulan puasa tu, bapak aku akan beli kek batik tu. setiap kali nak raya, dia la yang sibuk beli daun untuk buatkan ketupat. aku dengan kakak aku tukang letak beras dalam karung ketupat. itu memang kebiasaan tiap kali nak raya.

lagi satu, bapak aku ni, memang jenis pembersih. aku kalau lepas sapu lantai, aku ingat dah bersih dah. tapi lepas tu, bila bapak aku jalan, mesti dia berenti dan kutip sesuatu kat lantai. selalunya benang la, kadang jarum pun ada. ye la kan mak aku menjahit. bapak aku pun jenis yang tepati masa. kalau janji dengan dia kol sepuluh, sebelum kol sepuluh dia dah ada kat tempat tu.

bapak aku ni, kire jenis yang ala-ala serius gak la. aku jarang nampak bapak aku gelak. ada tak adapun time tengok citer p. ramlee. hah, dia paling suka rancangan gusti. malam-malam lepas habis buat kerja sekolah semua, aku dengan kakak aku akan terus gi tidur. nanti tengah malam mesti terjaga. dengar la bunyi bapak aku dok marah-marah tengok rancangan gusti. dah tu bunyi mak aku melatah. orang dalam tv yang kene hempas, mak aku yang mengaduh. dah la bunyi tv tu kuat. (ye, diorang tengok gusti kat tv la..sebab kadang aku pun join tengok..tapi jap jer..dah tu gi tido balik).

aku kalau sakit atau demam, memang payah nak makan ubat. bapak aku, dia akan bawak ubat, dengan air, dia bagi kat aku, tunggu kat depan aku sampai aku telan ubat tu, baru dia pegi.

masa aku dah sekolah menengah, kalau ada bebudak lelaki telefon aku kat rumah dan kebetulan bapak aku yang angkat telefon, habis la budak tu kene interview. lepas tu, kalau lebih dari lima minit aku masih lagi bergayut, dia mula la ulang alik kat depan aku tu. takut nyer pasal, aku pun cepat-cepat la letak gagang telefon.

takder mak bapak yang tak sayangkan anak. aku tau bapak aku sayangkan aku. sayang kakak aku. mungkin dia jenis yang tak reti nak tunjuk dia sayang anak-anak. tapi aku tau dia sayangkan kitorang. sayang dia buat dia jadi over protective terhadap aku dan kakak aku.

masa kakak aku kawen, masa tu dia umur 21 tahun kalau tak silap. kebiasaannya lepas balik keje, kakak aku dengan suami dia terus balik rumah. jadi satu hari tu, diorang lewat balik. alaa orang baru kawen kan. ape salahnya balik keje nak gi jenjalan ker. makan-makan kat luar ker. habis bapak aku kat rumah punya la risau. macam kucing berak kapur jer (walaupun aku tak tau cemana la rupanya kucing berak kapur). kejap masuk rumah. kejap ke luar rumah. padahal baru kol 7:30 malam. tak cukup tunggu depan rumah, dia tunggu kat depan jalan (masa ni kitorang dah pindah dari stingarden). akhirnya lebih kurang kol 8:30 malam, kakak aku dengan suami dia pun balik. dia tanya la naper balik lewat. abang ipar aku jawab diorang gi makan dulu baru balik. dah tu bapak aku senyap jer la. aku gelak-gelak jer.

lepas aku SPM, kitorang dah tak duduk kat stingarden lagi. masa tu duduk rumah teres. ada dua bilik. sebab kakak aku dah kawen, kakak aku dengan suami dia dok la satu bilik. satu bilik lagi kongsi aku dengan mak bapak aku. aku dengan mak tido satu katil besar, bapak aku tido kat katil kecik. malam-malam bukan dapat tido pun. kejap bapak aku bising sebab kata mak aku berdengkur kuat sangat. senyap sekejap. hah bapak aku lak lawan balik dengkur mak aku. dua-dua pun sama berdengkur. dengkur bapak aku tu, biasa la, bunyi dengkur biasa tu. emak aku nyer dengkur ada special sikit la (aku boleh demonstrate dengkur mak aku). sudahnya aku yang tekanan perasaan takleh tido. sabar jer lah.

bila aku masuk ITM, aku dok asrama. masa ni jugak la bapak aku mula sakit-sakit. sebelum ni pun dia memang selalu sakit. tapi on and off la. tak teruk sangat. masih boleh berjalan. tapi sakit kali ni agak serius. dah puas berubat cara moden, cara kampung, masih cam tu jugak. kitorang nak masukkan dia ke hospital, dia tak nak. sampai la satu hari tu sebab dia dah uzur sangat kitorang paksa jugak dia masuk hospital. masa diorang angkat bapak aku guna stretcher (betul ker nama) lalu kat sebelah aku, aku tengok air mata bapak aku mengalir sambil pandang aku. itu la kali pertama aku tengok bapak aku mengalirkan air mata. aku tak sampai hati tengok dan toleh ke tempat lain. aku cuma ziarah dia kat hospital hari sabtu dan ahad. mak yang jaga sepanjang bapak kat hospital. kakak aku lak masa tu tengah dalam pantang sebab melahirkan anak no. 2.

hari tu aku aku balik rumah petang sebab esoknya cuti maulidur rasul. sampai-sampai kat rumah, aku tengok rumah aku ada ramai orang. aku masuk rumah. kakak aku yang sulung terus peluk aku dan beritahu bapak aku dah meninggal kat hospital. aku senyap. aku jalan terus masuk bilik. masa aku nak letak beg kat lantai, aku pandang katil bapak aku. kosong. bau ubat gosok dia aku masih boleh hidu. aku masih boleh tengok dia kat atas katil tu. masa tu baru mengalir air mata aku.

bapak aku meninggal kat hospital. tak ada sorang pun keluarga yang ada di sisi masa dia meninggal. aku kat ITM. kakak aku di rumah dalam pantang. mak yang selalu ada kat sisi dia pun masa tu tak ada. bapak teringin nak makan ketupat. jadi mak aku pun balik rumah. buat ketupat. masa nak hantar ketupat tu kat hospital, pihak hospital telefon bagitau bapak dah tak ada. aku sedih bila ingat tak der sape pun kat situ masa dia hembuskan nafas terakhir. aku ralat sebab aku tak sempat pun nak mintak ampun kat dia.

lambat-lambat, aku sedar bukan saja rupa kitorang yang hampir sama malah aku banyak mewarisi perangai arwah.

sejak dia takder kitorang dah tak buat ketupat lagi tiap kali time raya. entah. aku pun tak tau kenapa. agaknya sebab dulu tu dia yang tukang beli daun untuk buat ketupat. dan kek batik dah tak menjadi kuih pilihan tiap kali time berbuka puasa. oh ya dan aku menjadi manusia yang paling mudah mengalirkan air mata. sensitif tak bertempat. tengok citer nestan nangis. tengok citer korea nangis. orang tinggikan suara sket, dah merah mata. tersangatlah tak rock nyer.

semoga roh allahyarham berada di tempat orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

4 comments:

Rain Rendezvous said...

Sesungguhnya kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lamanya...
harus kau imagine kau ala2 ning dlm video clip awan yg terpilu nak.. hehehe

aja aja (^^,)

doff said...

ishh..kau..nyuroh ku sik nyaman nyawa jak..tauk koh kawan koh tok ongek nak..

acu said...

mmm... kdg2 bila dah tak ada depan mata baru kita akan rasa kehilangan, kan?

Mcm aku...adess... aku sian ngan apak aku...susah nak cerita kenapa. Yang pasti, aku faham perasaan dia. Aku tau, hati dia banyak terguris sbb kami adik beradik. Dlm masa yg lain menjauhkan diri, aku cuba layan dia sebaik mungkin. Peduli la kalau akak aku kata, aku seorg saja yg akan menangisi pemergian abah aku tapi aku tau, apa yg berlaku skrg ni pun, bukan kehendak abah aku. Mungkin dia pernah buat silap dulu. Siapa yg tak pernah, kan? Biar la kita diakan yg baik2 aja utk dia... Apa2 pun, dia tetap abah aku, kan?

doff said...

hmm tu la kan. dah tak der baru nak nyesal tp dah takleh nak wat ape dah. sementara masih ada tu, buat la apa2 yg sepatutnya.