Tuesday, June 13, 2006

jom makan

balik kerja. lepas mandi dan buat apa-apa yang patut. aku ke dapur. aku masak nasi. aku keluarkan ayam dan sayur dari peti ais. aku rendam ayam. aku hiris bawang putih, bawang merah, serai, cili dan halia. aku keluarkan santan peket, kari dan serbuk kunyit. aku nak masak kari ayam. sayur? hmm aku nak rebus jer. aku panaskan ikan terubuk panggang (yang ni aku beli jer).

dah siap semua. ahhh laparrrr. nak makan terus lah. aku letak semua atas meja makan. aku ambil pinggan dan senduk nasi. aku bukak periuk nasi. ohhh okayyy. tak boleh makan lagi. aku lupa nak tekan butang ON kat periuk nasi tadi.

6 comments:

acu said...

erk....awat hang tak beli jer nasi putih tuh? kan senang!! heheh... weh.. org sekarang mana makan nasik.. org skrg makan bola, tido bola, mandi bola laa.... ole ole ole oleeeeeee

doff said...

melampau arrr beli nasik. lgpun dah alang-alang aku masak nasik tu. wehh ko tengok korea main smlm? aiseymenn aku terpana laaa plak kat pemain no. 9 yang menjaringkan gol kedua yang cantik itu erkk

fatgirlslim said...

sedappnye ikan terubuk.....meliurr akuuu...

doff said...

hehe..itu la pasal..tapi sekarang bukan musim bertelur laa..

acu said...

aku tak suka tgk pemain korea... bukan spesis kegemaran aku! aku suka yg spesis bercakap lidah terbelit... cam Shevchenko (Ukrain), Raul Gonzales & Casillas (Spain), Fizan (Pekan)... hahahahah...

ikan terubuk??? erk.. ko tau 'mamat' tuh punya ikan terubuk, setahun jadi pekasam dalam peti ais!! hahha.. pastu ada hati nak borong lagi lak tuh!! ekekekek

doff said...

hahaha..elok sgt la tu..org tengok bolasepak..kiter lak tengok muka org main bola..wehh nurul..ko lak tengok yg camner..

wehh..tapi aku musyqil laa..itu kelab Pekan mana mari weyyy??..hahaha

cakap kat mamat tu..baik sedekahkan jer..ader gak pahala..tak paham ako..