Thursday, June 29, 2006

jom shopping sampai pensan

hah! korang. apa lagi? pegi la. apa boleh buat laaa aku ni jauh. iskkk.

Wednesday, June 28, 2006

Juwita Citra Terindah

Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak klise
Bagai habis bahasa bermutu

Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu Taj Mahal didirikan oh oh..
Barangkali kita perlu
Melihat disebalik materi
Kau wanita aku lelaki
Ayuhlah kita mengikat janji

Kau juwita menolak segala dusta
Citra terindah
Cerita yang sakti

Kuserahkan nasibku pada cinta murni
Jugaku rasakan bukti
Patahkanku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi
Ooo..Ooo..pujaan
Ooo..Ooo..juwita
Kau segala-galanya
(Sempurnakanlah cintaku)

Kau juwita menghidupkan jiwa yang lara
Menggoncang kalbu yang lama membeku

Friday, June 23, 2006

pelangi-pelangi

ni gambar pelangi yang di ambil oleh sorang kawan (Acu), masa balik kerja petang semalam. cantik. kalau nampak penuh mesti lagi nampak cantik kan?

thanks bebeh.

Thursday, June 22, 2006

Melayu

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak
dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu (setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Wednesday, June 21, 2006

asap

lampu hijau menyala. bas itu meluncur dengan laju. meninggalkan kepulan asap hitam yang berapungan di udara. lelaki di atas motosikal itu mengangkat tangan kiri dan diletakkan ke hidung. untuk mengelak kepulan asap hitam yang dikeluarkan dari ekzos bas dari masuk ke rongga hidung barangkali. beberapa saat kemudian. tangan yang di hidung dialihkan ke handle motosikal. kepulan asap kecil kelihatan. datangnya dari sepuntung rokok di antara jari telunjuk dan jari tengah lelaki yang baru sebentar tadi menutup hidung agar tidak tersedut kepulan asap hitam yang dikeluarkan dari ekzos bas.

Tuesday, June 20, 2006

pelangi

selalunya, kalau orang-orang tua bagi pantang larang, mesti ada sebab. misalnya, anak dara tak boleh nyanyi kat dapur. nanti dapat laki tua. hmmm agaknya dulu sebelum ct nohalija nyanyi atas pentas, mesti dia selalu nyanyi kat dapur masa tolong mak dia buat karipap. errkkk. sebenarnya diorang tanak kita leka nyanyi takut nanti hangus apa yang dimasak.

masa nak pegi kerja pagi tadi, aku nampak pelangi. tapi sekerat jer pelangi tu. dulu masa kecik kalau tunjuk pelangi dengan jari, mak atau kakak suruh gigit jari yang tunjuk tu. kalau tak, nanti jari tu jadi pendek. kalau fikir-fikir, apa kaitannya tunjuk pelangi, jari yang tunjuk tu akan jadi pendek pulak.

Monday, June 19, 2006

hero

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di mana jua berada.

Friday, June 16, 2006

berita utama

PUTRAJAYA: Harga runcit gula di pasaran negara ini tidak akan dinaikkan, sekurang-kurangnya sehingga 2008. [Berita Harian, 16 Jun 2006].

mengikut laporan yang diberikan, antara negeri yang kekurangan gula ketika ini termasuk di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sarawak tak der dalam senarai?. di beberapa mall di Kuching, satu rumah / keluarga cuma dibenarkan membeli 2kg gula. ada tempat pulak, kene beli barang RM50 ke atas, baru boleh beli gula. gila tak?

kalau kat rumah aku, 1kg gula boleh guna sampai 2 bulan. sebab mak aku jer yang minum letak gula.

Thursday, June 15, 2006

reminiscence

dulu masa kecik, tiap kali orang tengok aku, diorang akan cakap aku ni anak bapak. tengok aku, macam tengok bapak aku. kiranya aku ni versi perempuan bapak aku la.

masa tu kitorang dok stingarden. kehidupan tak la senang. tak jugak susah. bapak aku keje kat jabatan tanah dan ukur sementara mak aku amik upah menjahit. aku dengan kakak aku, cam biasa jer la, gi sekolah. sekolah tak jauh pun. jalan kaki jer. kalau ari ujan, bapak aku akan hantar pegi sekolah dengan basikal tua dia. takder motosikal apatah lagi kereta. tapi masa darjah tiga aku memang dah pegi sekolah dengan kengkawan jer.

keje bapak aku ni, selalu gi traveling. time dia tak ada, selalunya aku akan ambil peluang ikut bebudak lain main kat sungai ataupun main basikal. kalau time bapak aku ada, memang tak merasa la. dia tak bagi aku dengan kakak aku main air ker, main basikal ker. takut jatuh katanya. ada sekali tu, tengah syok aku main kat tepi sungai dengan kengkawan, ada la jiran aku ni bagitau yang bapak aku dah balik. aku pun apa lagi, sembunyi la bawah jambatan. putih jer bijik mata aku tengok tapak kasut bapak aku lalu kat jambatan tuh. bila dia dah lepas jer, aku pun cepat-cepat naik dan terus balik rumah. nasib la tak basah kuyup. kalau tak memang habis la kene marah. sudahnya sampai sekarang aku tak reti berenang. naik basikal pun tak reti. kalau yang roda empat atau basikal yang tak bergerak tu, aku reti laa.

aku ingat lagi. kadang tu kan, kalau masa kat sekolah aku cam teringin jer nak sesuatu makanan, bila balik rumah, mesti dah ada benda yang aku ingin tu kat meja makan. selalu cam tu. macam bapak aku tau-tau jer ape aku nak makan. dia terer masak. sedap lak tu. rasanya bapak aku masak lagi sedap dari mak aku masak. dah tu kalau makanan yang dia masak tu habis, esok mesti ada lagi masakan yang sama, lusa pun ada gak. sebab dia suka tengok kitorang makan habis. lagi satu, kalau bulan puasa, aku suka makan kek batik. setiap petang masa nak berbuka sepanjang bulan puasa tu, bapak aku akan beli kek batik tu. setiap kali nak raya, dia la yang sibuk beli daun untuk buatkan ketupat. aku dengan kakak aku tukang letak beras dalam karung ketupat. itu memang kebiasaan tiap kali nak raya.

lagi satu, bapak aku ni, memang jenis pembersih. aku kalau lepas sapu lantai, aku ingat dah bersih dah. tapi lepas tu, bila bapak aku jalan, mesti dia berenti dan kutip sesuatu kat lantai. selalunya benang la, kadang jarum pun ada. ye la kan mak aku menjahit. bapak aku pun jenis yang tepati masa. kalau janji dengan dia kol sepuluh, sebelum kol sepuluh dia dah ada kat tempat tu.

bapak aku ni, kire jenis yang ala-ala serius gak la. aku jarang nampak bapak aku gelak. ada tak adapun time tengok citer p. ramlee. hah, dia paling suka rancangan gusti. malam-malam lepas habis buat kerja sekolah semua, aku dengan kakak aku akan terus gi tidur. nanti tengah malam mesti terjaga. dengar la bunyi bapak aku dok marah-marah tengok rancangan gusti. dah tu bunyi mak aku melatah. orang dalam tv yang kene hempas, mak aku yang mengaduh. dah la bunyi tv tu kuat. (ye, diorang tengok gusti kat tv la..sebab kadang aku pun join tengok..tapi jap jer..dah tu gi tido balik).

aku kalau sakit atau demam, memang payah nak makan ubat. bapak aku, dia akan bawak ubat, dengan air, dia bagi kat aku, tunggu kat depan aku sampai aku telan ubat tu, baru dia pegi.

masa aku dah sekolah menengah, kalau ada bebudak lelaki telefon aku kat rumah dan kebetulan bapak aku yang angkat telefon, habis la budak tu kene interview. lepas tu, kalau lebih dari lima minit aku masih lagi bergayut, dia mula la ulang alik kat depan aku tu. takut nyer pasal, aku pun cepat-cepat la letak gagang telefon.

takder mak bapak yang tak sayangkan anak. aku tau bapak aku sayangkan aku. sayang kakak aku. mungkin dia jenis yang tak reti nak tunjuk dia sayang anak-anak. tapi aku tau dia sayangkan kitorang. sayang dia buat dia jadi over protective terhadap aku dan kakak aku.

masa kakak aku kawen, masa tu dia umur 21 tahun kalau tak silap. kebiasaannya lepas balik keje, kakak aku dengan suami dia terus balik rumah. jadi satu hari tu, diorang lewat balik. alaa orang baru kawen kan. ape salahnya balik keje nak gi jenjalan ker. makan-makan kat luar ker. habis bapak aku kat rumah punya la risau. macam kucing berak kapur jer (walaupun aku tak tau cemana la rupanya kucing berak kapur). kejap masuk rumah. kejap ke luar rumah. padahal baru kol 7:30 malam. tak cukup tunggu depan rumah, dia tunggu kat depan jalan (masa ni kitorang dah pindah dari stingarden). akhirnya lebih kurang kol 8:30 malam, kakak aku dengan suami dia pun balik. dia tanya la naper balik lewat. abang ipar aku jawab diorang gi makan dulu baru balik. dah tu bapak aku senyap jer la. aku gelak-gelak jer.

lepas aku SPM, kitorang dah tak duduk kat stingarden lagi. masa tu duduk rumah teres. ada dua bilik. sebab kakak aku dah kawen, kakak aku dengan suami dia dok la satu bilik. satu bilik lagi kongsi aku dengan mak bapak aku. aku dengan mak tido satu katil besar, bapak aku tido kat katil kecik. malam-malam bukan dapat tido pun. kejap bapak aku bising sebab kata mak aku berdengkur kuat sangat. senyap sekejap. hah bapak aku lak lawan balik dengkur mak aku. dua-dua pun sama berdengkur. dengkur bapak aku tu, biasa la, bunyi dengkur biasa tu. emak aku nyer dengkur ada special sikit la (aku boleh demonstrate dengkur mak aku). sudahnya aku yang tekanan perasaan takleh tido. sabar jer lah.

bila aku masuk ITM, aku dok asrama. masa ni jugak la bapak aku mula sakit-sakit. sebelum ni pun dia memang selalu sakit. tapi on and off la. tak teruk sangat. masih boleh berjalan. tapi sakit kali ni agak serius. dah puas berubat cara moden, cara kampung, masih cam tu jugak. kitorang nak masukkan dia ke hospital, dia tak nak. sampai la satu hari tu sebab dia dah uzur sangat kitorang paksa jugak dia masuk hospital. masa diorang angkat bapak aku guna stretcher (betul ker nama) lalu kat sebelah aku, aku tengok air mata bapak aku mengalir sambil pandang aku. itu la kali pertama aku tengok bapak aku mengalirkan air mata. aku tak sampai hati tengok dan toleh ke tempat lain. aku cuma ziarah dia kat hospital hari sabtu dan ahad. mak yang jaga sepanjang bapak kat hospital. kakak aku lak masa tu tengah dalam pantang sebab melahirkan anak no. 2.

hari tu aku aku balik rumah petang sebab esoknya cuti maulidur rasul. sampai-sampai kat rumah, aku tengok rumah aku ada ramai orang. aku masuk rumah. kakak aku yang sulung terus peluk aku dan beritahu bapak aku dah meninggal kat hospital. aku senyap. aku jalan terus masuk bilik. masa aku nak letak beg kat lantai, aku pandang katil bapak aku. kosong. bau ubat gosok dia aku masih boleh hidu. aku masih boleh tengok dia kat atas katil tu. masa tu baru mengalir air mata aku.

bapak aku meninggal kat hospital. tak ada sorang pun keluarga yang ada di sisi masa dia meninggal. aku kat ITM. kakak aku di rumah dalam pantang. mak yang selalu ada kat sisi dia pun masa tu tak ada. bapak teringin nak makan ketupat. jadi mak aku pun balik rumah. buat ketupat. masa nak hantar ketupat tu kat hospital, pihak hospital telefon bagitau bapak dah tak ada. aku sedih bila ingat tak der sape pun kat situ masa dia hembuskan nafas terakhir. aku ralat sebab aku tak sempat pun nak mintak ampun kat dia.

lambat-lambat, aku sedar bukan saja rupa kitorang yang hampir sama malah aku banyak mewarisi perangai arwah.

sejak dia takder kitorang dah tak buat ketupat lagi tiap kali time raya. entah. aku pun tak tau kenapa. agaknya sebab dulu tu dia yang tukang beli daun untuk buat ketupat. dan kek batik dah tak menjadi kuih pilihan tiap kali time berbuka puasa. oh ya dan aku menjadi manusia yang paling mudah mengalirkan air mata. sensitif tak bertempat. tengok citer nestan nangis. tengok citer korea nangis. orang tinggikan suara sket, dah merah mata. tersangatlah tak rock nyer.

semoga roh allahyarham berada di tempat orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Tuesday, June 13, 2006

jom makan

balik kerja. lepas mandi dan buat apa-apa yang patut. aku ke dapur. aku masak nasi. aku keluarkan ayam dan sayur dari peti ais. aku rendam ayam. aku hiris bawang putih, bawang merah, serai, cili dan halia. aku keluarkan santan peket, kari dan serbuk kunyit. aku nak masak kari ayam. sayur? hmm aku nak rebus jer. aku panaskan ikan terubuk panggang (yang ni aku beli jer).

dah siap semua. ahhh laparrrr. nak makan terus lah. aku letak semua atas meja makan. aku ambil pinggan dan senduk nasi. aku bukak periuk nasi. ohhh okayyy. tak boleh makan lagi. aku lupa nak tekan butang ON kat periuk nasi tadi.

Friday, June 09, 2006

gigi cantik

sinchan berada di indonesia dah seminggu. dia hantar sms kat aku. katanya dah terpesona dengan keeksotikan gadis-gadis manokwari.

"ko nak anak ko gg cantik? genetik gg diorang cantik-cantik. body pun taf2 tp pendek ckit tp x der hal ko pun x tinggi mana kan. cuma rambut jer disaster kecuali kalau ko memang suka extreme". sinchan via sms.

"hahaha weh aku suka gg cantik. bdn taf tu bonus. rendah + rambut disaster? SOHEH x dpt jd model lah anak2 aku nanti. tp fotomodel dpt la. muka exotic + gg cantik. kulit diorang mesti gelap/tan. kalo amik gene aku, ada cerah (konon) ckit la. boleh la ko bawak sorg balik jd abg ipar ko. carik yg hensem + $ ckit kalo byk bagus lg. anak aku nanti kalo p/puan aku rebonding jer rambut + pakai tudung. kalo laki, tpaksa aku botakkan kepala diorg. miahaha kononn. mcm betul jek. kalo p/puan kat sana lawa2, ape la sgt kalo stakat cam aku ni. mesti dia ckp 'lho kamu dream on aja deh'. hahahaha daa". aku via sms.

Wednesday, June 07, 2006

malas

semalam.

alarm di telefon bimbit berbunyi. oh sudah jam 6 pagi. aku capai telefon bimbit. tekan butang untuk mematikan bunyi kicauan burung. aku sambung tidur. 30 minit kemudian, berbunyi lagi alarm yang kedua. aku capai lagi telefon bimbit dan tekan butang yang sama. bunyi kicauan burung berhenti lagi.

aku bangkit dari katil dan malas-malas menuju ke bilik mandi pada jam 7:40 pagi setelah berkira-kira untuk kerja-ke-cuti-ke-kerja-cuti-ke. dah siap-siap mandi pakai baju segala, malas-malas aku turun kerja. sampai pejabat, malas-malas aku punch card. 8:35 pagi. aisehh punch card merah.

tak sampai 5 minit aku duduk kat tempat aku, SRO datang dekat aku. kene buat powerpoint presentation + edit MMKN paper + edit executive summary. semua kene siap sebelum jam 3 petang. tup tap tup tap tup tap. semua dah siap dalam jangkamasa yang ditetapkan dalam malas-malas ngantuk-ngantuk tu.

dah tu dapat pulak vsms dari sorang kawan ni. katanya tak berapa sihat. nak amik mc. dalam tak berapa sihat tu, dia ponteng kerja 2 hari. dah tu gi tengok wayang. chehhhhhhhhhhhhh.

Tuesday, June 06, 2006

mishar

lokasi: sebuah pejabat swasta
masa: 10:30 pagi
watak: Encik A, Encik C, Puan B, , Cik D, Cik E

"ko kene faham konsep dia. amik contoh. ko nak pegi satu tempat. ko ada banyak pilihan macamana ko nak pegi tempat tu. nak guna teksi ker. bas ker. lrt ker. yang ini pun macam tu jugak la. tapi kene ada persetujuan dari kedua belah pihak. benda ni elok. untuk perempuan yang dah janda, perempuan yang dah berumur tapi belum kawen." Encik A.

"lelaki yang dah kawen pun ada chance la ye". Puan B.

"ye la. daripada laki ko buat maksiat." Encik A.

"ko dah ada semua kan? rumah, kereta, kerjaya. maknanya sekarang ni ko dah banyak option. bukan setakat laki bujang jer. yang dah kawen pun boleh. karang aku tak heran kalo ko asyik jengok bilik ***** jer". Encik C.

semua gelak.

"kalau sorang suami tu kawen dengan cara ni, dia cuma bagi nafkah batin jer la kat bini baru dia tu kan.?" Puan B.

"suami cuma bagi nafkah batin jer. sebab tu kedua belah pihak kene faham konsep dan kene dua-dua pihak setuju". Encik A.

kemudiannya..

"kalau diorang ada anak, cemana? isteri tu sorang ker tanggung?" Cik D.

"ntah". Cik E.

Monday, June 05, 2006

mereka yang jauh di mata dekat di hati

ayu: macam garang. tapi baik ati.

acu: taik lalat mahal wooo.

not: perempuan kabaret nih. mane ntah ilang.

lina: 20 tahun lepas dia keding, 20 tahun akan datang pun menten keding.

nurul: aayyy keep on smiling. senyum manis jek.

nina: ha'ah memang bolat pun mata dia.

ava: kalau jadi pelakon, sesuai sangat-sangat kalau bagi watak penggoda.

agent: jantan kabaret yang terhangat di pasaran (yo lah tu) hek hek hek.

die: kasanova (?) tang suara la kot.

ezral: pada kehidupan lampau, dia adalah sorang wanita yang selalu mau dipujuk erkkk ampuuunnn