Thursday, May 18, 2006

gothic

kadang-kadang, bila kita rasa geram atau marah, kita akan cakap sesuatu untuk melepaskan geram atau marah kita. tapi kita tak maksudkan pun apa yang kita cakap tu.

misalannya, aku cukup menyampah tiap kali keluar iklan kotex (yang mana perempuan-perempuannya menari terkinja-kinja memberitahu satu dunia yang mereka datang bulan lagi). tiap kali itu jugak la aku akan rasa macam nak tampar jer muka-muka diorang tuh. kenyataannya, kalau lah aku terjumpa model-model iklan tu, yang pasti, aku tak akan tampar diorang. paling-paling pun, aku akan tanya, berapa upah diorang jadik model iklan tak bijak (baca: buduh) tu?

pagi tadi, tidak seperti hari-hari biasa, aku turun keje dengan bersemangat (selalunya aku turun keje dengan semangat yang hilang). pakai serba hitam dari hujung rambut sampai hujung kaki. tema ala-ala gothic. bila sampai dekat pagar (pintu?) masuk kawasan pejabat aku, seperti hari-hari biasa, pakcik guard akan berdiri dekat pondok pengawal sambil mengangkat tangan dan senyum kepada aku (dan juga staf-staf yang lain). pagi ini, pakcik pengawal itu tidak terkecuali dari melakukan rutin hariannya. berdiri di pondok pengawal sambil mengangkat tangan dan senyum. dan aku, seperti hari-hari yang biasa jugak, mengangkat tangan dan senyum balik kat pakcik tu sambil kereta aku akan terus meluncur ke tempat letak kereta. tetapi pagi tadi, bukan saja tidak seperti hari-hari biasa bagi aku, malah merupakan bukan hari-hari biasa bagi pakcik pengawal itu juga. selepas senyumnya berbalas, jari telunjuknya menunjuk ke bawah, sambil mulutnya seperti berkata sesuatu. dan aku, sambil kereta terus berjalan, memandang ke arah yang ditunjuk oleh pakcik itu dan tiba-tiba..

seluruh bulu roma aku menegak. tangan aku terlepas dari stereng kereta. kereta bergerak melencong ke kiri. aku pusing ke kanan, dan aku lepas lagi stereng kereta. nyaris terlanggar pondok pengawal. cepat-cepat aku pegang stereng dan menuju ke tempat kereta. memandu di dalam keadaan geli geleman. aku keluar kereta, menuju ke pejabat. bulu roma masih menegak. setelah punch card, aku terus ke tempat aku. sambil gosok-gosok tangan, gosok-gosok kaki. aku geli. geli sangat-sangat.

ya, pagi tadi, aku rasa macam nak bunuh pakcik pengawal tu sebab benda yang dia tunjukkan suruh aku tengok tu adalah seekor ular sawa yang berdarah di kepala sebesar betis dan sepanjang lebih kurang 4 kaki landing betul-betul kat pondok pengawal tu. aku tengok dengan dekat dan jelas.

memang la terlalu kecil sebab untuk aku rasa macam nak bunuh pakcik tu. tapi masalahnya, ular adalah antara salah satu haiwan yang aku PALING PALING PALING (ulang sampai kabur) GELI kat muka bumi ni.

masa aku sedang menaip ni pun, reroma aku menegak. tapi perasaan nak membunuh dah tak der dah. yang pastinya, hari ini memang bukan hari-hari biasa aku.

2 comments:

Nurul Hayati said...

ehheheh,,,kalo mimpi ular ko geli tak,,?mak aku ckp kalo kita mimpi kena patuk ular maknanye kita nak di pinang org...ehhehehehhe,,

doff said...

mimpi ular aku tak geli.aku takut je.mimpi gigi patah pun aku takut.mesti bila bangun tido tu.aku check gigi aku.giler ko.rongak??.