Monday, May 29, 2006

futsal - bowling - prelude AF4 - myteam vs Malaysia

futsal

pejabat aku tengah anjurkan karnival sukan. hari sabtu lepas ada futsal match. ada empat team. team lihai, boss, jit, heng. aku team heng. untuk futsal match ni, team aku dapat tempat paling last. eheh. sebab team wanita tak dapat satu mata pun (orang tendang bola, aku buat tendang jurus angin tu la pasal kalah kot). aku terer part lari-lari, kejar-kejar dan menendang bola ke luar garisan je.

bowling

hari ahad, bowling match. team aku di tempat pertama. okay la kan. takder la kata pasal aku terer main bowling. bersih la jugak longkang kat tepi lane tu kene sapu dengan bola aku. tapi pasal markah keseluruhan di ambil (campur lelaki & wanita), sebab tu la team aku boleh menang.nak harapkan aku? eheh.

prelude AF4

mesti semua dah tahu sape yang dapat masuk dan sape yang tak dapat kan? aku cuma tak berkenan bila si salima (yang pakai tudung tu, betul ker nama?) tu masuk rancangan cam ni. ye la, kan dah pakai tudung tu. karang masuk af nak kene menari pegang-pegang, angkat-angkat, jinjing-jinjing, kangkangkangkang. teramat la tak sesuai.

secara keseluruhan, peserta wanita, suara okay la banding dengan peserta-peserta wanita dari af-af yang terdahulu. cuma peserta lelaki jer... (tak tau cemana dan habiskan ayat ni). setakat ni, kalau dari segi vokal, haziq, farhan dan velvet boleh la. yo yo ooo jer (macam la aku mengundi).

mintak-mintak ada la student yang dapat lagu hips don't lie. yeehaaaaaaa

myteam vs Malaysia

1 - 2. okay la tu. nama pun amatur. budak-budak lagi. lawan lak pro. depan beribu-ribu-ribu penonton. mesti gabra siot. nak tendang bola pun geletar.

nota kaki: aku hanyalah pembaca blog tegar dan bukannya blogger tegar. aku rasa macam nak mengarang, aku mengarang. kalau tengok cam rumah aku ni bersawang, maknanya, aku tengah malas dan takder ape sangat yang aku nak citer.

No comments: