Wednesday, May 10, 2006

bau-bauan dan bunyi-bunyian

musik latar: kepala angin - search

classic literature description: fart is a general salute fired from Fort Anus to mark the arrival of General Shit.

okey. dah tau apa citer yang aku nak merapu hari ni? ada tak orang yang seumur hidup dia tak pernah kentut? tak der kan? semua orang pernah kentut. samada secara terang-terangan atau gelap-gelapan. tak kisah la kentut tu berbau ammonia atau berbau strawberry. mengeluarkan bunyi yang kebabooo atau tak berbunyi langsung.

selalunya, kentut yang dikeluarkan bersama bunyi, tidak akan meninggalkan bau-bauan yang tidak enak. tapi awas dengan kentut yang dikeluarkan secara senyap. nescaya buruk hidung si penghidu. manakala si pengeluar kentut lak akan berasa lega semacam. macam baru lepas menang loteri (entah cemana rasa menang loteri tak tau lak aku).

deskripsi saintifik kentut: konjugasi ammonia dari lubang ke lubang. kawan aku, shin chan (bukan nama sebenar) yang perasan dari venezuela kata, kalau rasa nak kentut, kentut jer. kentut bau ker. kentut bunyi ker. pedulikan orang keliling. kalau kebetulan kentut tu berbau dan berbunyi, maka rezeki orang yang menghidu dan mendengar lah. katanya lagi, kenapa kita perlu malu berkentut sedangkan ianya au naturel? dia yang kata. bukan aku kata.

masyarakat kita, kalau nak mengeluarkan angin yang satu ini, cukup bertatasusila dan bersopan santun. selagi dapat di tahan, maka akan di tahan dari mengeluarkan bunyi. ya, aku kata bunyi. tapi tidak bau. walau sebusuk manapun bau, nama mengaku yang dia adalah si pengeluar bau, tidak sama sekali.

kebiasaannya, lelaki tidak akan segan silu untuk bercakap tentang kentut atau berkentut. lebih-lebih lagi kalau dia dah selesa dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya. selalunya di kalangan kengkawan la kot. lepas tu, diorang akan ketawa terbahak-bahak. tapi aku percaya, tak semua lelaki sedemikan.

dan kebiasaannya juga, perempuan, atau wanita, atau gadis, amat jarang sekali untuk berbuat demikian secara terang-terangan. ini adalah kerana, kaum hawa, adalah kaum yang lemah lembut, bersopan, dan apa-apa jer yang sewaktu dengannya. bercakap mengenai kentut atau berkentut secara terang-terangan adalah sesuatu yang teramatlah kurang sopan dan tak manis adanya. kalau adapun, mungkin di kalangan kengkawan yang rapat-rapat jer.

okay. sekarang ni, aku percaya, sebilangan besar lelaki yang membaca (kalau ada laa..aku ala-ala syok sendiri ada orang baca blog aku nih) entri ini, akan kata tersangatlah kurang sopan dan tak manisnya aku bercakap pasal kentut.

sesungguhnya 2/3 daripada najis besar yang dikumuh adalah terdiri daripada bakteria di dalam usus. hanya 1/3 yang berasal dari makanan. jadi kepada mereka yang mengalami masalah sembelit atau kuat berkentut, amalkan pemakanan yogurt, ataupun susu probiotik anak anda, atau makan buah prune sunsweet. insya allah ok dan kentut mungkin akan berperisa stroberi seperti perisa yogurt dan susu serta berbau manis seperti buah prune di bawah sinaran matahari. adehhh ape aku dok meraban nih.

2 comments:

Nurul Hayati said...

kentut tuh nikmat beb...:)...visit my blog nuruelhayati@blogspot.com

doff said...

eheh..tu la pasal weyyy..