Tuesday, January 16, 2007

romen kimia ku

beauty lies in the eyes of the beholder. ekk? yer la kan. mungkin bagi kau, jehan miskin itu kacak. rosham nor itu kacak. itu kata kau. dan bagi aku pulak, m nasir itu kacak. will smith itu kacak. johnny depp itu kacak. afdlin shauki itu comel. itu kata aku. (sekadar menyebut beberapa nama).

di dalam novel english, hero akan digambarkan sebagai seorang lelaki yang maskulin, kacak, tinggi dan entah apa-apa lagi. tidak pernah sekalipun aku baca novel english yang menggambarkan heronya kacak-saling-tak-tumpah-seperti-pelakon-popular-brad pitt (sebab novel english jadi contohnya pun brad pitt lah kalau novel cina aku letaklah andy lau ker edison chen ker).

bila aku baca novel english, baik yang bergenre cinta, action, suspen, thriller atau apa-apa jualah, dan bila heronya digambarkan sebagai maskulin, kacak, tinggi, berkulit keperangan blablabla, makanya pandai-pandai aku lah nak berimaginasi rupa bentuk hero tersebut. titik.

membaca novel melayu (ya, yang kulit bukunya adalah perempuan berdiri di pantai sambil menjinjit selipar atau berlatarbelakangkan suasana senja atau perempuan duduk di kerusi dengan muka yang teramat kecewa dan entah-apa-apa-lagi), heronya digambarkan sebagai kacak (sudah semestinya. nama pun hero. mana ada hero hodoh beb. ko tengok/baca kat majalah-majalah. kalau ada orang kawin, salah sorang pasangan tu plak tak berapa nak kacak/cantik. penulis tetap akan tulis sama-cantik-sama-padan), tinggi, berkulit putih kemerah-merahan, badan sasa blablabla. okay. itu boleh tahan lagi.

yang tak tahan tu, "..iras-iras muka pelakon dan pengacara terkenal iaitu Fahrin Ahmad..". cittt. aku PHANTANG kalau baca novel, penulis dia describe hero citer tu macam si polan si polan. tulis tall dark handsome udah ler. takyah la cakap macam si anu si ane plak. mungkin pada penulis tu fahrin ahmad hensem. takder la aku kata fahrin tu tak hensem. tapi taknak la potong wap aku tengah syok baca. pandai-pandai aku la nak imejin hero tu macam sapa-sapa pun. ada sekali tu, aku baca novel ni, dia describe hero dia hensem macam pelakon hollywood, BRANDON FRASER!!! (yang berlakon george of the jungle tu!!!). aku terus tutup buku tu, tanak baca lagi dah. potong!!!!

nasib laa novel-novel tu novel pinjam. ehehehehe.

9 comments:

doff said...

bwahahahaha yes memmmm

Anonymous said...

ko tau dak doff, setiap kali aku baca buku2 novel yg gitu2 tuh, si fizan sure ngutuk kata aku baca buku seks...

ades... mana tak nya, novel2 english aku cover dia gambo lanun sasa, highwayman yg misteri, setan hensem etc etc.... dan dia kata lagi, aku nak baca buku tuh bukan sbb jalan citer yg best, sbb cover dia gambo lelaki seksi... muekekekekeke

ahaks... aku jawab la... "yer la..dont judge a book by its cover... byk ilmu yg saya dapat utk awak ni".. muekekek.... tuh je!!

doff said...

haha. genre novel yg ko baca tu, aku baca zaman dolu-dolu masa kat itm.

bila dh keja, aku bertukar genre plak. grisham, brown, baldacci etc. haha.

oit kiranya fizan pun dpt manfaat la dari pembacaan ko tu ekk ;)

Nurul Hayati said...

ehehhehe,, aku pun suka gak baca novel omputih nih sbb ada lucah2 sket,,sonokkk beb,, stim2 sket...muahahhahaha

doff said...

eheh rasa cam nak hempok jer pala ko dgn buku romen.

Anonymous said...

ala Doff.... dari buku2 camni la berimejinasi bak kata ko. Tok sah la ko ketuk pala dia ngan buku tuh. Tak der maknan pun. Dia tak baca buku tuh pun dia dah bernafsu!!

tuan tanah said...

Sirius... saya tak kenal Fahrin Ahmad. Bila tengok vcd AF3, ada Fahrin Ahmad sebagai tetamu kejutan untuk Marsha (betul ke saya eja nama ni?) saya tertanya2 : "Who the hell?"

doff said...

haha logik la kalau TT tak kenal fahrin.

tahun lepas kalau tak silap atau tahun sebelumnya, kalau tengok cerita-cerita melayu di hampir semua stesen tivi berbayar di malaya, gerenti ada muka si fahrin ni w/pun lakonan tahap gitu-gitu jer la. mungkin aset dia sasa kot. sebab bukan ramai pun pelakon kat malaya ni yang berbadan sasa macam pelakon-pelakon dari venezuela atau korea. erkkk

doff said...

pembetulan: stesen-stesen tivi TAK berbayar.