Thursday, December 14, 2006

tak tau nak letak tajuk ape daa

tetiba lak cam sibuk. jumaat sampai isnin lepas aku ikut brainstorming/team building course di east valley camp yang dianjurkan oleh HQ. ramai gak yang pegi. dari pejabat aku jer dah ada dekat 30 orang. campur HQ dan anak-anak syarikat lain, ada la dekat 200 orang. balik dari kursus tu pulak sibuk dengan BOD Meeting. dapat Bonus yeayyyy!!!

pasal kursus team building tu. it was fun. buat lake crossing, buat rakit dan berakit, pegi waterfall and aktiviti self reflection? ahahahah aku takleh nak connect langsung.

kalo korang biasa pegi kursus-kursus cam ni, mesti ada aktiviti hmmm ape eh? alaa yang perkara-perkara negatif dan positif tentang diri anda. yang bagi komen negatif positif ni pulak, adalah rakan-rakan yang kenal. ni ada perkara-perkara negatif dan positif pasal aku yang di komen oleh kengkawan aku. bahagian yang negatif tu, kengkawan yang sama kerja dengan aku yang komen. yang dah kenal aku selama 8 tahun. bahagian positif tu pulak, ada campur komen dengan kawan-kawan dari tempat lain la. meh tengok apa diorang komen pasal aku.

Positif
Peramah, baik, ceria
Ok, bila marah, dapat di tahan
Peramah
Cooperative, friendly, understanding, concern and caring
Senang bergaul
Peramah dan rajin
Happy go lucky
Nice girl
Baik hati
Suka berkenalan
Cute
Rajin dan dapat memberi pertolongan dari segi kerja
Senang Bergaul
Cute, suka senyum
Baik hati, suka menolong
Tak banyak kira, ok la tu
Seorang yang periang dan sporting
Seorang yang peramah
Manis
Fashionable dan pandai menghargai diri. Apa brand *****?

Negatif
Penakut, cepat marah
*Congek
Cepat panik
Cakap kasar
Mudah tersentuh
Kadang-kadang suka membebel
Macam yang tanda *
Tiada keyakinan

yang positif tu aku tanak komen la. yang negatif tu, aku ngaku gak la. ehehehe. hmmm cam malas lak nak komen. apa-apa pun, sesapa yang kenal aku dah lama, tau la aku cemana. ehehehe.

okay lah. kalo rasa cam rajin, korang gi tengok gambar kat fotopages tu jer la ekk (punya la amik masa nak download gambar kat fotopages tuh. server lembab cam kekura jek).

*congek = cengeng

6 comments:

Anonymous said...

pandai menghargai diri? fashionable?
bab ni aku tak faham...

confuse... confuse....

muekekekekekeke

doff said...

ko tak paham?? aku lagi tak paham. itu belum lagi aku tuliskan yang bertanda ***** tu. lagi la aku tak paham apa koneksen nya.

Anonymous said...

ada agi stau neg ko,iaitu bershopping!pantang sale...ehehhehe

doff said...

yan,
makin ku x paham. hahaha

gf,
oit itu bukan -tif aku sorang. itu dah hukum alam. ker?? haha

tuan tanah said...

hmmm... congek tu bahasa mana ye?

doff said...

bahasa melayu sarawak ;p