Thursday, November 09, 2006

ambal

semalam, 5:10 petang, perjalanan dari pejabat ke rumah.

bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar, kari, bawang besar...

tiba di selekoh, berhenti. tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. clear. kereta meluncur terus sampai ke rumah.

pap!! bawang besar dan kari!

tau apa itu ambal? bukan, bukan alas atau lapik kaki tu. tapi ambal ni sejenis makanan laut. kalo dalam bahasa omputihnyer bamboo clams. aku tak pasti kalau ambal ni terdapat di tanah semenanjung (kalau ada pun, mungkin kat kawasan-kawasan persisiran pantai) tapi kalau datang ke Kuching (Sarawak), ambal adalah salah satu hidangan kemestian (especially for outsiders) jika ke restoran makanan laut.

semalam aku beli la ambal ni satu kilo (harga RM14. range price between RM18 - RM12/kg). segar lagi. masa nak balik pejabat tu, aku dah ura-ura nak buat ambal kari untuk berbuka petang nanti. aku ingat-ingat, serbuk kari dah habis. kalau nak buat ambal masak kari, kena ada bawang besar dan rumah aku memang jarang ada bawang besar. jadinya, awal-awal lagi aku dah ingatkan diri aku untuk singgah ke kedai yang tak jauh dari rumah untuk beli bawang besar dan serbuk kari.

akan tetapi, memandangkan aku ni adalah seorang yang tersangatlah pelupa orangnya, aku terus balik rumah padahal kedai tu kat sebelah selekoh tu jer. masa nak keluarkan ambal dari kereta baru aku teringat yang aku sepatutnya singgah kat kedai dulu. sudahnya aku patah balik ke kedai (nasib la dekat).

dah siap tukar baju kerja dan buat apa2 yang patut, aku terus ke dapur. buang kulit ambal. sediakan bahan-bahan untuk memasak. selepas 15 minit lebih kurang. wallaaaaaaaaaaaaa jadik laa ambal masak kari aku dan aku pun makan dengan seleranya.

aku nak amik gambar ambal ni untuk diposkan kat entri ni sekali camera aku bateri kong lak. masa aku tengah google tadik, jumpa la gambar nih.


ni la ambal atau bamboo clams. aku dapat (tak mintak kebenaran pun. kire cam curik jer) gambar ni dari http://fh2o.blogspot.com/2006/09/catching-bamboo-clamsworms-bako.html kalo nak tengok dan tau lagi lanjut, klik la kat situ.

4 comments:

doff said...

heheh don't worry. friday plan is ON.

Anonymous said...

erk... plan korang ni pasal nak gi makan ambal ker?? lain macam jee... hehehehe

oit... apasal masa aku ke sana ko tak bagi aku makan ambal?????????

Nurul Hayati said...

amball???kalo kat cni dipanggil siput buluh..mmg sedap..kat uptown ada satu kedai cina nih jual siput nih,,,,siput nih kalo mkn dgn nasi panas sedap sgt..normally mmg kedai cina aje yg jual siput nih jarang nk jumpa kat kedai melayu...

doff said...

acu,
ala yang malam new year aku bawak korang gi seafood tuh kan ada.tapi sebab lambat sampai, makanan lain smer dah habis dan korang pun dah kenyang melampau, ambal pun dah tak larat nak makan. yang last dish tak habis makan tuh.

girl,
ooo siput buluh eh? sedap kalau fresh tu rasa manis je.