Wednesday, April 26, 2006

huk alohhh

semalam zul dibawak ke hospital. enam kali kene nab. mulanya ingat asma. tapi doktor kata sebab bronchitis teruk. kene masuk wad. pagi tadi aku call kakak aku. dia kata zul dah boleh senyum-senyum. tak tau lagi bila leh keluar hospital.

Monday, April 24, 2006

aku yang bertuah

semalam (malam isnin, 23 April 2006), aku tersangatlah bertuah. kenapa? nanti aku citer. sebelum tu..

Jumaat, 21 April 2006


balik keje petang jumaat lepas, aku dengar bunyik riuh je kat umah aku. aku tengok keter kakak aku kat depan umah. ohh patut la pun. kakak aku no. 2 datang anak beranak. mak aku ingin nak makan ketupat. abis dia datang dengan daun ketupat, dok menganyam ketupat dengan mak aku. anak-anak dia bawak empat orang. tak lama kemudian, kakak aku yang no. 3 plak datang. dengan anak-anak dia yang seramai enam orang. (ahah..aku kaya anak sedara..itu baru dua orang kakak).

tau jer la kalau dah bebudak berkumpul. satu perumahan tu boleh dengar suara diorang. bukan kecik-kecik nyer suara. sampai aku pun dah jadi separa pekak sekejap. berdengung je telinga. lepas maghrib, semua balik. serta merta rumah aku jadi senyap sunyi sepi macam tak berpenghuni. malam tu aku tak masak. mak suruh beli ayam KFC je. eheh

Sabtu, 22 April 2006

pagi-pagi lagi mak aku dah kejutkan. dia nak ajak gi pasar. kol 9:30 tu aku ajak la dia gi pasar. pasal susah nak parking, aku tunggu dalam keter, dia gi la carik barang-barang yang dia nak. dah dapat semua, balik umah. lepas masak dan makan tengahari tu, aku relax sekejap.

kol 2 petang, keluar dengan sarol dan zaki. zaki kononnya nak survey handphone baru. handphone yang dia ada sekarang, dah tahap harus ditukar. kitorang pun survey la handphone yang dia berkenan. sampai la satu kedai tu, dia offer murah sangat bandingkan dengan kedai lain. aku dengan sarol pun ape lagi. hasut si zaki suruh beli terus. hasut punya hasut punya hasut, dia beli gak moto razr tu. yesssssssss. tapi dia beli sebab memang dia nak beli laa. mamat ni tak makan hasut.

lepas tu gi nonton citer Ultra Violet. keluar panggung, semua ngadu ngantuk. padahal malam masih siang. dah tu gi makan kat McD. pas tu balik tido.

Ahad, 23 April 2006

cuaca panas sangat. aku dah tahap-tahap migrain dah. rasa malas nak keluar. lagipun malam karang kene attend dinner function. satu hari tu aku habiskan dengan kuak lentang je. eheh

kol 6:30 petang aku siap-siap berkemas. kol 7:25 aku dah sampai kat hotel. aku tunggu kat rosnah & the gang kat lobby. orang yang lalu lalang kat situ pun dah pandang aku semacam. aku kontrol vogue jer laa (konon). minah-minah ni sampai kol baper ntah. nasib la masa masuk dewan, diorang tak start lagipun.

aturcara majlis: lucky draw, miss fair & lovely, karaoke session. kat meja yang aku dengan rosnah duduk tu, ada 2 orang peserta miss fair & lovely. acara dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis. dia cakap apa ntah aku pun tak tau. lepas tu, acara makan-makan. tak berapa sedap laa erkkkkkkkk.

kemudian cabutan bertuah. aku cakap kat rosnah, "aku ni tak pernah bertuah. kompom aku tak dapat". mc tu pun announce nombor 12345678 (no. betul aku tak ingat). tetiba jer bebudak kat meja aku bersorak. ehhh haa ye laa nombor aku. pergghhhh. aku dapat laa. first call lak tu. dan aku pun melangkah dengan vogue nyer menuju ke stage untuk mengambil hadiah bertuah aku.

acara miss fair & lovely dimulakan. para peserta dipanggil naik ke pentas untuk memperkenalkan diri. ada 3 sesi semuanya. sesi pertama, pengenalan diri. sesi kedua, Q&A. sesi ketiga, catwalk. aku dengar sampai soalan kedua untuk peserta kedua je. part yang lain tu aku keluar dewan. pemenang miss fair & lovely, sorang amoi. nama apa ntah. hahahahhaha. oit rosnah, ko tauk?

sesi karaoke dimulakan. ada yang nyanyi sedap. ada yang nyanyi tak sedap langsung. kalau kudsia ada, sure dia nangis merah idung habis tisu sekotak. muahahhahaha sedap aku gelak. eiii jahatt gelakkan orang.

jam 10:30 malam aku, rosnah & the gang balik. kesian ada orang tu balik dengan tangan kosong. nang sik bertuah kau Nah. dan aku, ya, aku memang bertuah malam itu. aku menang cabutan bertuah. panggilan pertama lagi. dan hadiah aku: satu peket NESCAFE 3 in 1. huaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Wednesday, April 19, 2006

sapa yang paling kamu percaya?

survey dibuat pasal sapa yang paling dipercayai dari segi pekerjaan.

bagi aku la, doktor bole la kot. tapi kalau yang paling TAK di percayai, my most definite answer would be POLITICIANS!!!

Tuesday, April 18, 2006

Gubra

pertama sekali aku nak ucapkan syabas kat LPF sebab tak memotongcincangkan citer ni. tapi kan, kalo mak aku jadi salah sorang ahli LPF ni, soheh banyak gak yang kene cut! cut! cut!

eh aku suka la citer ni. macam aku suka sepet. lawak je. adibah noor, she's superb. kalau la aku ada orang gaji cam kak yam, parents macam mak dan bapak (lakonan ida nerina & harith) Orked, soheh la aku gila. hahahahah sporting je.

lakonan bersahaja dari semua pelakon kecuali watak pompuan skandal tu. tapi tak per la. keluar dua scene je. tak mencacatkan cerita pun. cuma fizikal sharifah amani yang kecik dan muka budak-budak (memang budak lagi pun) tu, aku rasa cam, hmm rasa cam entah. sebab dia melakonkan watak orked yang supposedly dewasa, berkerjaya and that she's married. tapi aku masih nampak orked yang tingkatan lima masa citer sepet dulu. but i like her acting compared to her sister, aleya though. natural jer.

memandangkan dalam gubra ni ada dua citer. satu citer bilal yang berjiran dengan pelacur. satu lagi citer orked dan suaminya yang mengong dan adik ex-bf (jason) yang teteknya berbulu. aku rasa citer bilal tu lebih menyerlah dari citer orked. hubungan di antara orked dan alan (lakonan alan the model) tak begitu ditekankan.

secara keseluruhannya, aku suka citer ni. or should i say, i like yasmin's films. be it sepet or gubra or even her adverts during festive season.

Monday, April 17, 2006

lelaki separa botak itu

dulu. masa kemunculan pertama dia nyanyi lagu Intifada masa konsert prelude AF3, aku adalah antara mereka-mereka yang minat kat budak separa botak ni. bila dia tak terpilih untuk AF3, aku rasa frust la jugak. fikir-fikir balik, aku rasa bagus gak dia tak terpilih. karang kalau jadi artis, mesti rosak budak ni.

bila kononnya ada kejutan masa konsert pertama, dah soheh dia dengan marsha tu akan masuk balik. tup-tup dia nyanyi salah lirik lagu hattan tu. chehhhhhhhh aku rasa cam nak ketuk-ketuk jer pala botak dia. tapi memandangkan itu cuma formaliti sedangkan dah sah-sah dia akan diserap balik, jadinya takder la kejutan sangat.

tiap kali diorang (bebudak af) ni dapat lagu baru, aku la yang dok berdebar semacam. dan jantung aku makin tak betul tiap kali malam konsert. boleh ker dia nyanyi? lupa lirik lagi ker? tempo lari ke? masa dia buat silap, time tu aku rasa cam nak jadik jin jer. bole aku naik stage tu tanpa orang nampak dan ketuk pala dia.

nak dijadikan cerita, dia muncul juara. maka bermulalah satu fenomena. sana sini mawi. pendek kata, semua orang kenal nama mawi (errr my mum is excluded). fenomena kemunculan mawi ni menimbulkan bermacam reaksi. ada suka. ada tak suka.

tetiba je semua nak dia jadi duta produk. kamera la. kerusi urut la. mee la. minuman la. pisau cukur la (yg ni aku tak tau secara rasmi ker tak..tapi memang ada gambar mawi kat pisau cukur tu..aku tengok kat kedai belakang rumah aku masa nak beli mee maggi erkkk). sampai tudung pun tudung mawi. entah bila masa lak mawi tu pakai tudung. kalau songkok tu logik la jugak.

para ibu plak berangan nak jadikan mawi menantu. anak-anak dara pun berangan nak dapat boipren / laki cam mawi. padahal dah soheh budak tu dah bertunang. alahai tunang mawi.

seperti mana kencangnya berita mawi disukai ramai. sekencang itu jugak la orang-orang yang tak minat dia. kalau mereka-mereka yang minat ada alasan tersendiri untuk minat kat mawi. mereka-mereka yang tak minat ni pun ada alasan tersendiri.

mawi over exposed? aku tak salahkan mawi. mungkin salah akhbar. tapi tak boleh nak salahkan akhbar gak. pasal permintaan ramai nak mawi. bila keluar citer mawi. semua laku. yang minat mawi beli sebab nak tau citer mawi. yang tak minat mawi pun beli pasal nak cari idea untuk mengutuk mawi. habis orang-orang akhbar ni pun habis-habisan keluarkan citer mawi. betul tak betul, wallahualam.

mawi tak berhak menang? aku rasa itu memang rezeki mawi. dapat kereta sampai 3 bijik. itu memang rezeki dia. menang award itu ini, ini itu. memang rezeki mawi. dapat kontrak jadi duta produk, jadi pakcik kayo dalam sekelip mata, itu semua rezeki mawi. aku tak akan pertikaikan. sebab aku percaya, rezeki, tuhan yang bagi.

suara mawi tak sedap? hmmm mungkin kalau betul dia ada niat nak belajar dan memperbaiki diri, insya allah, aku rasa boleh diperbaiki. part sumbang lupa lirik segala, aku dapat terima kalau sekali dua. tapi kalau berkali-kali, kali-berkali, berkali-kali? kalau mawi tu tahap anak-anak buah aku, aku geget jer. but he’s improved. just give him some time. he has a lot to learn. mungkin suara tak sehebat anuar zain, tapi okay la jugak banding dengan sesetengah penyanyi yang sedia ada.

aku peminat keras mawi ke? stakat ni aku tak beli lagi album atau majalah-majalah yg ada muka mawi atau makan mamee slurrpp atau beli camera canon atau pakai kerusi urut atau bercukur menggunakan pisau cukur yang ada gambar mawi. pendek kata, aku tak pernah beli apa-apa merchandise dia. undi sms pun aku tak penah. aku takat-takat tengok dia nyanyi kat tv jer. itupun kalau kebetulan aku bukak tv. atau dengar lagu yg duet dgn m nasir tu kat radio. itupun pasal aku fanatik m nasir.

aku anti mawi lah ye? oh tak. aku pun bukan anti mawi. aku neutral. yes, that’s the word. aku neutral jer sekarang. ya, aku kata sekarang. sebab dulu aku penah gak minat gitu-gitu kat dia. belum sampai minat tahap dewa. tapi memang aku minat gila kat Dewa 19.

tapi, kalau suruh pilih, nak mawi jadi penyanyi ker, bilal ker: aku pilih mawi jadi Bilal.

dan kalau suruh pilih: Ajai atau Mawi nyanyi? aku 10x lebih rela dengar mawi nyanyi.

Sunday, April 16, 2006

susuk

ahad yang lepas-lepas, aku tengok rancangan nona kat tv3. ada satu slot pasal susuk ayat. tak cukup dengan susuk berlian emas segala, sekarang ada susuk ayat plak dah. kalau susuk berlian emas tu dah memang soheh salah di sisi agama Islam. susuk doa ni plak kononnya, di ulang, kononnya tak salah. sebab? sebab bomoh (?) yang buat susuk tu guna ayat-ayat al-quran (ikut kata bomoh tu).

maka ditunjukkan la klip di mana sorang pompuan (gambar blur tapi nampak cam muda lagi la) pegi jumpa bomoh ni yang pandai buat susuk ayat. pompuan ni kata dia nak pakai susuk ayat ni untuk tambahkan keyakinan diri dan supaya nampak elok dipandang. perghhh sekarang ni kalau kurang keyakinan diri gi jumpa bomoh susuk la kita ye.

kendian ditunjukkan tokmoh ni bertenggek atas tempurung kelapa sambil pusing-pusing. lepas tu tokmoh kene check dulu samada pompuan tu ada terkena ilmu hitam ke tak. kalau terkena ilmu hitam, tokmoh tu kene buangkan dulu penyakit tu. dah tu tokmoh tu pun usap/sapu (guna tangan) muka pompuan (ya, mereka bukan muhrim) tu sambil mulut terkumat kamit baca doa (ayat-ayat quran?)

dah tu tunjuk tokmoh dalam tandas sambil tangan gaul bunga-bunga dalam baldi untuk proses mandi bunga. sesambil tu tokmoh tu masih lagi baca doa (ya, dalam tandas). selesai tu, pompuan tu pun mandi bunga.

kesimpulannya, sesetengah orang atau kebanyakan orang tapi tak semua orang, sanggup buat apa saja untuk kelihatan cantik, menarik dan da bomb walau dengan apa cara sekalipun, samada dengan cara yang betul atau salah.

Friday, April 07, 2006

Republik Cinta

album baru m nasir dah keluar eh?. aku gi la carik. tempat yang aku gi carik tu, tak ada lagi album tu. sudahnya, aku beli album Republik Cinta. aku dengar trek pertama, sampai habis. ahh.. Dewa. lirik-lirik dia simple banget. dan lagu-lagu dia tetap sedap di dengar (telinga aku laa, telinga org lain aku tak tau lak). aku suka hampir kesemua lagu-lagu dalam album ni. and my favourite: flower in the desert dan sedang ingin bercinta.

tak der la aku ni nak mengagung-agungkan sangat produk-produk luar Malaysia ni. tapi kalau memang benda tu bagus, kenapa tidak? aku perasan, lagu-lagu Indonesia ni kan, lirik dia, simple jer. musik plak, ada yg catchy, ada yang easy listening. sebab tu agaknya lagu-lagu diorang dapat diterima semua.

aku pernah terbaca satu artikel. aku tak ingat dah artikel apa. ker aku tengok rancangan terjah Nas Melodi tuh?? tak kisah laa. tapi bila ditanya kenapa musik dari Indonesia diminati dan diterima di Malaysia. orang (orang yg involved dlm bidang seni di Indonesia) tu jawab, musik-musik dari Indonesia digemari karena diorang tidak mengikut-ikut musik dari luar, misalnya dari barat, diorang hanya menjadi diri diorang sendiri (ni ikut pemahaman aku, kot salah, tak dapek la den nak menolong eh).

Thursday, April 06, 2006

sakit

sakit kepala. sakit mata. sakit idong. sakit ati. kepala sakit. mata sakit. idong sakit. ati sakit. argghh..tak sukanya demammm..

Tuesday, April 04, 2006

alasan

minggu depan, cuti panjang. tiga hari je keje. ramai bebudak kat opis aku amik cuti. 10, 12 – 13 April 2006. HOD aku, tanak sign leave form kalau kat column reason tu, ditulis personal matter(s). letak la ape-ape sebab pun, asal jangan letak personal matter(s).

aku pun amik cuti 10 haribulan tu. aku bagi alasan, nak balik kampong, kenduri arwah ayah aku pada hari maulidur rasul tuh (memang betul pun). dalam banyak-banyak alasan kat leave form yang berlambak tu, aku paling suka alasan yang ini: rest, recharge and rejuvenate.

Monday, April 03, 2006

meriah

hujung minggu, kalau tak keluar, aku tak pernah rasa sunyi. walau tanpa tv dan radio, kawasan berdekatan dengan rumah aku tu, tetap akan meriah. jiran di sebelah kiri, pagi-pagi suka mainkan lagu (kaset/cd) dengan nyaring. kadang lagu mawi. kadang lagu toni braxton. kadang lagu peter pan. jiran di belakang rumah pula, gemar berkaraoke. pagi-pagi atau petang-petang, akan kedengaran bunyi tuan rumah berkaraoke. kadang lagu p. ramlee. kadang lagu saloma. kadang lagu peter pan. kadang lagu radja.

rumah aku? kadang bunyi periuk belanga keletang keleting keleting keletang. tanda anak dara masuk dapur.