semalam last minute wat decision nak gi nonton. nak nontonnya cita kol 9 malam. sampai kat cineplexnya kol 8.30 malam. semalam lak hari menonton sedunia. apekeheinyer?
"citer pe?"
"kl drift jer la yek. citer lain semua dah penoh"
"seat apa?"
"D. hehe. takper kan?"
takkan aku nk cakap apa lak. tiket dah beli pun. tengok jer la. kan?
sib baik la citer ni tak macam citer bapak dia. walaupun ramai yang kata tiru citer dari Jepang tu kan. tapi tersangatlah meyakinkan dari segi drift nya lah. dari segi lakonan lak, dak syamsul tu memang takleh berlakon lah. masih kaku. pastu pengucapan dialog dia kan, macam kat citer gerak khas tuh. hah camtu la. sebijik-sebijik je. skema tul. pelakon yang lain tu ok jer. pastu aku rasa cam potong je setiap kali dengar suara fasha. tapi takleh salahkan dia pun. dah diberi suara cam tu kan. dan aku nyampah tengok rambut palsu hetty sharlene. macam siyalll. erkkk. aku rasa tak elok la bawak budak-budak tengok citer ni.
penyelamat citer ni (bagi aku la), selain dari teknik drift la kan, adalah tidak lain dan tidak bukan, tadaaaaaaaaa
foto aku amik dari www.budiey.com sensasi selebriti
perghhhhhhhhhhhhh NASIB BAIK, aku ulang sekali lagi, NASIB BAIK la ada aaron aziz ni. leher yang mantap. eh, maksud aku, lakonan yang mantap (walaupun ada masa agak janggal bila part dia cakap lu gua lu gua tu). rasa cam nak geget jer lelabah kat leher dia. erkkk maksud aku kalau ada yang nak carik pengganti rosham nor, ni lah orangnya. bukan setakat rupa yang menawan kalbu, potongan badan yang sesuai amat dan lakonan yang meyakinkan juga sudah semestinya leher yang sedap ermmm maksud aku, leher ayam kalau wat sup, sedap woo. korang makan tak leher ayam? tak? takper kalau tak pandai. setakat rugi dunia jer.
kesimpulannya, leh jual la ini pelem.
3 comments:
Oiiitt Doff, ko tgk filem tuh. Kah kah kah.....x sangka aku.
sokong la industri film tempatan...
garb,
apa yang lawaknya? :p
azizul,
sama-sama la kita menyokong. hiphiphureii :)
Post a Comment