Thursday, April 03, 2008

hidup kena ada sasaran

aku nak citer pasal menembak lak petang ni. wahhhhh dua entri satu hari. soheh takder keje langsung arini kan? haha

almaklum la aku baru balik dari latihan menembak minggu lepas kan. jadi semangat menembak tu masih kuat. walaupun dari puluhan peluru (hidup) yang keluar dari M16 aku tu, cuma 7 butir jer yang kene sasaran (takpun peluru sesat orang yang menembak sebelah aku masa tu yang terkena target board aku) erkkk

nak tau, ni la target board masa menembak ari tu. dia ada markah. kalau kat bahagian dalam tengah-tengah tu, markah dia besar. kalau dah tahap-tahap kat bahagian luar tepi-tepi tu, kecik la markahnya.

menembak plak, memula sejauh 25 meter. masa ni la kalau nak kumpul mata. sebab dekat kan. dekat-dekat pun, kalau dah baru nak pegang senjata, takder nye kene. kalau kene pun sebab terlanjur hantu. macam 7 butir peluru aku yang terkena target board tu. kes terlanjur hantu la tuh.

tembak yang kedua lak, sejauh 100 meter. ni pun okay lagi. masih leh kumpul markah lagi. pastu menembak sejauh 300 meter. masa ni aku dah surrender la. mata aku dah tak nampak pun target. almaklum la rabun. ehekkk. jadi aku tembak sesukahati jari aku memetik picu senapang tu jer la. takyah nak aim nak tenang segala. makcik tembakkkkkkkkk jer seolah-olah kat depan aku tu ada bos mengong yang paksa staff dia ikut latihan askar wataniah. bwahahaha

balik menembak muka pun dah hangus. aku sekarang dah tak macam catherine zeta jones lagi dah (muntah ijo la ko) tapi dah macam beyonce lak (ko muntah lagikk).

sekarang aku nak cakap pasal pelaburan pulak. contohnya, ko beli henpon nokia 6500 classic sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan untuk suami ko. itu pelaburan. faedah dari pelaburan ko tu, ko dapat tiket tengok konsert nuar zeng dok kat meja no. 3 dari depan. hah!!! (tapi apa la sangat rega tiket konsert banding dengan rega henpon tuh. patut mintak satu lagik hadiah ulangtahun la weh!!). tapi pastu orang tu jawab dapat peluk cium dok atas peha nuar zeng is priceless!!! cisss dasar pempuan gatal. haha

ehhh tak der kesinambungan ker menembak dengan melabur? eh? hantam sajalah labuuu. okay dah, aku malas nak menaip lagi dah.

3 comments:

acu said...

ada nada2 cemburu tuh!!!
hahahaha...
ker ko nak Nokia 6500 Classic tuh???

garb_ina said...

oiit geng, ako nak gaks tiket nuar zeng tuh. Doff, agak2 ko ler, ko nk x sponserrrr ako nyer tiket? Erkzzz

doff said...

acu,
apa barang la cemburu cemburu nih ;p

garb,
soalan ko tuh, hmm xyah ako jawab la yek :D