Tuesday, April 29, 2008
Monday, April 14, 2008
hujung minggu yang best
baru habis Laskar Pelangi pada hari sabtu dan disambung dengan Sang Pemimpi (masih dalam proses pembacaan).
hmmm cemana nak cakap eh? betapa aku ketawa mengekek dengan dialog lucu yang bersahaja, sedih sebak tatkala membaca kehidupan seorang anak yang bernama Lintang, dan teruja dengan setiap baris ayat pertama sehingga yang terakhir di dalam novel pertama, Laskar Pelangi.
rasa macam tak sabar-sabar nak habiskan semua buku dan pada masa yang sama, rasa macam sayang nak habiskan membaca. ermm paham? tak paham? takper. tak penting.
KALAUlah aku boleh menulis sebaik itu. KALAUlah. hehe
lagi satu, kalau macam susah korang nak carik kat MPH ker, Kinokuniya ker, Popular ker atau kedai-kedai buku yang lain, leh order jer kat sini
Thursday, April 10, 2008
not bad, kudos
"seat apa?"
"D. hehe. takper kan?"
sib baik la citer ni tak macam citer bapak dia. walaupun ramai yang kata tiru citer dari Jepang tu kan. tapi tersangatlah meyakinkan dari segi drift nya lah. dari segi lakonan lak, dak syamsul tu memang takleh berlakon lah. masih kaku. pastu pengucapan dialog dia kan, macam kat citer gerak khas tuh. hah camtu la. sebijik-sebijik je. skema tul. pelakon yang lain tu ok jer. pastu aku rasa cam potong je setiap kali dengar suara fasha. tapi takleh salahkan dia pun. dah diberi suara cam tu kan. dan aku nyampah tengok rambut palsu hetty sharlene. macam siyalll. erkkk. aku rasa tak elok la bawak budak-budak tengok citer ni.
penyelamat citer ni (bagi aku la), selain dari teknik drift la kan, adalah tidak lain dan tidak bukan, tadaaaaaaaaa
foto aku amik dari www.budiey.com sensasi selebriti
perghhhhhhhhhhhhh NASIB BAIK, aku ulang sekali lagi, NASIB BAIK la ada aaron aziz ni. leher yang mantap. eh, maksud aku, lakonan yang mantap (walaupun ada masa agak janggal bila part dia cakap lu gua lu gua tu). rasa cam nak geget jer lelabah kat leher dia. erkkk maksud aku kalau ada yang nak carik pengganti rosham nor, ni lah orangnya. bukan setakat rupa yang menawan kalbu, potongan badan yang sesuai amat dan lakonan yang meyakinkan juga sudah semestinya leher yang sedap ermmm maksud aku, leher ayam kalau wat sup, sedap woo. korang makan tak leher ayam? tak? takper kalau tak pandai. setakat rugi dunia jer.
kesimpulannya, leh jual la ini pelem.
Thursday, April 03, 2008
hidup kena ada sasaran
almaklum la aku baru balik dari latihan menembak minggu lepas kan. jadi semangat menembak tu masih kuat. walaupun dari puluhan peluru (hidup) yang keluar dari M16 aku tu, cuma 7 butir jer yang kene sasaran (takpun peluru sesat orang yang menembak sebelah aku masa tu yang terkena target board aku) erkkk
nak tau, ni la target board masa menembak ari tu. dia ada markah. kalau kat bahagian dalam tengah-tengah tu, markah dia besar. kalau dah tahap-tahap kat bahagian luar tepi-tepi tu, kecik la markahnya.
menembak plak, memula sejauh 25 meter. masa ni la kalau nak kumpul mata. sebab dekat kan. dekat-dekat pun, kalau dah baru nak pegang senjata, takder nye kene. kalau kene pun sebab terlanjur hantu. macam 7 butir peluru aku yang terkena target board tu. kes terlanjur hantu la tuh.
tembak yang kedua lak, sejauh 100 meter. ni pun okay lagi. masih leh kumpul markah lagi. pastu menembak sejauh 300 meter. masa ni aku dah surrender la. mata aku dah tak nampak pun target. almaklum la rabun. ehekkk. jadi aku tembak sesukahati jari aku memetik picu senapang tu jer la. takyah nak aim nak tenang segala. makcik tembakkkkkkkkk jer seolah-olah kat depan aku tu ada bos mengong yang paksa staff dia ikut latihan askar wataniah. bwahahaha
balik menembak muka pun dah hangus. aku sekarang dah tak macam catherine zeta jones lagi dah (muntah ijo la ko) tapi dah macam beyonce lak (ko muntah lagikk).
ehhh tak der kesinambungan ker menembak dengan melabur? eh? hantam sajalah labuuu. okay dah, aku malas nak menaip lagi dah.
pulok doh
"..blog awak kebelakangan ni makin ntah apa-apa jek.."
erkkk sejak kebelakangan ni? bukan dari mula kewujudan blog ni ker dah memang ntah apa-apa? haha
dalam hujung taun lepas pun ada gak satu emel.
"..aren't u tired talking bout urself all the time? how bout current issues? ur luv life?.."
uikkk dah blog aku, aku cakap la pasal aku. takkan aku nak cakap pasal britney spears yang ngidap sakit meroyan tu plak? yer dak? lagi satu, mana ada orang kat planet bumi ni yang nak tau pasal kesah chenta aku??? haha
apa-apa hal pun, mekasih la sebab susah payah emel kat aku dan terima kasih la sebab sudi baca blog aku yang ntah apa-apa ni. nanti la time aku rajin-rajin dan rasa cam nak citer hal semasa, aku citer la. time aku rajin nak berkongsi kesah chenta rumi dan juli, aku kongsi la. wokeh?? peace ;)