Monday, April 16, 2007

macam satu masalah besar pulak

seumur hidup aku yang dah masuk waktu asar ni, tak pernah pun aku pegi temuduga keja gomen. mana nak gi temuduga. isi borang (dulu mana ada online) pun tak penah. sekarang ni dah senang. ada online kalau nak apply. dulu abis belajar, setelah empat bulan menanam anggur, aku dapat keja kat pusat matrikulasi. itu pun secara tak sengaja pegi temuduga. aku sebenarnya temankan kawan aku. tup-tup orang tu suh aku temuduga sekali. dah tu aku plak yang dapat keja tu.

setahun lebih keja. aku bosan. aku try lak mintak keja kat tempat lain. tak banyak la permohonan yang aku buat pun. ada la satu dua tempat. masa tu aku dapat temuduga kat celcom. tak lama lepas tu, dapat temuduga kat tempat aku keja sekarang ni. masa tu aku dapat tawaran dedua temuduga tu. kat celcom aku dapat. kat tempat sekarang pun aku dapat. tapi aku pilih tempat sekarang ni la. sebuah organisasi swasta.

aku keje kat tempat sekarang sejak January 1998. sepanjang tu, aku cuma penah pegi satu temuduga jer. itu pun tempat keja tu amik data aku dari rekod lama. sebenarnya aku dapat gak kat tempat tu. cuma masa tu diorang takleh bagi gaji kat aku macam apa yang aku dah dapat kat tempat yang aku keja sekarang.

hujung tahun lepas, bila kebanyakan kakitangan kat pejabat aku di hantar ke HQ. aku jadi risau. bukan aku tanak keja kat HQ tu. somehow i guess i need new environment. cuma tinggal lagi. big boss kat HQ tu (aku habiskan ayat aku kat situ jer la ekk).

nak dijadikan cerita, dengan pertolongan wadi, aku pun cuba-cuba la isi borang online SPA. pastu, aku pun dah tak ingat apa-apa lagi. sehinggalah tadi, aku dapat surat yang bercopkan SPA Malaysia. pehhh saspen aku. aku bukak. SURAT PANGGILAN TEMUDUGA. hah!!! teruja gilerrr aku. tak sangka lak kena panggil gi temuduga. dah la aku lama tak pegi temuduga. pengalaman pegi temuduga pun tak banyak. pengalaman temuduga kat gomen pun lagi la tak penah langsung. dia suh aku gi temuduga 23 April 2007 jam 8:00 pagi.

sekarang ni, KATALAH aku dapat (hahahahahah lom interview lagi aku dah berangan dapat. konfiden siottt) yer ker aku nak? sebab, kalau aku gi keja gomen, memang la terjamin untuk jangka masa panjang. tapi sekarang ni, aku kena fikir pasal gaji. kalau aku keja gomen, aku akan dapat offer yang kureng. kureng kat sini bukan sikit. tapi lebih dari separuh dari apa yang aku dapat sekarang. abis tu camner??? sapa nak bayar rumah? kereta? jual bulu kaki la jawabnya. erkkk

tapi aku cam nak jugak gi temuduga tu. tapi. tapi. ahhhh. nak gi temuduga pun susah aku ni kan?? pegi jer laa. dapat tak dapat. belakang kira. ye tak?

17 comments:

Anonymous said...

ala... cuba je .. test market!!!

tapi.. org kata, bodoh la org swasta masuk gomen...

org gomen berlumba2 nak masuk swasta!!!

tuh org kata... aku tak kata!

Nurul Hayati said...

ahaks, sama cam aku,dulu aku keje private gaji aku 2 kali ganda dr skang nih, tp masuk gomen sbbnye job secure and ofr the long term period,, ada pencen bagai,, tp seriyesly aku, job satisfaction mmg kureng..aku pun tak sangka aku dpt keje gomen,,ehhe nk wat camner dah rezeki aku,, alhamdullilah

Anonymous said...

ku madah HARUSSSSSSSSSS... HARUSSS kau pegi, teruja ku kau dpt kenak tunggah, urg lain bukan main susah gik kenak tunggah, kau tek sekali isik alu dpat.. aku bangga n kagum!!

pa susah gilak, pegi jak la, dpt sik dpt blakang kira la, mun xpat, xpa, mun dpt pikir gik

dengan ya... aku wish kau all the luck in the world... tinggalkan jaki sorang dengan papa sesuatu nya ya hehehe

doff said...

acu,
tu la pasal. aku nak cuba uji pasaran la nih.

gf,
ko ok lagi yang. komitmen lom banyak. aku kalo xder rumah nk kene bayar, ako ok jer kot. ni rumah jer dah 1k+

uhukkk

doff said...

rain,
hahahaha yalah aku ala teruja juak. aih camnei tokkkkkkk. ala dejavu cita kau nk g intebiu dolok eh. fyi 23hb ya aku ke kl. ada sec. conf. bole sik??

Anonymous said...

yo doff! make it tiz way.bring along yr payslip as proof of yr current salary.ask them if they r able 2 handle yr dramatic swings in yr income and there u r... hopefully, you'll force them to make its best offer.

(but in yr case, in 'gomen', they will say,"kiss my ass"! hahaha...)

doff said...

(((hahaha))) hunde* ah. mukakodiat!!! katanya.

Nurul Hayati said...

doff,
ko patut g inview tuh, rase cam inview gomen,,u dunt be surprised kalo during the inview their using english,,dulu aku agak terperanjat sbb dorang cakap in english,,aku pun belasah gak tp the end of the inview bleh ckp sajer nk test aku..abis semua skill grammar, diction aku semua kuar..ehhehehehhehe,

doff said...

aku x risau pasal diorang temuduga dalam bm ker bi ker (ecewahhh). yg aku risau sket (ker byk? haha) bila diorang tanya aku pasal menteri itu menteri ini. soheh aku tak reti nak jawab ;)

Anonymous said...

ala.. kalau depa tanya pasal menteri... ko konar la....
misalnya... kalau dia tanya pasal menteri alam sekitar, ko jawab la... oooo... yg asyik bagi alasan kerajaan tak tau apa2 pasal penebangan hutan lojing tuh eh???
atau kalau dia tanya pasal menteri pengangkutan: ooo.. pakcik keliang yg tak reti2 nak bersara tuh ker?? yg BM berterabur tuh ker???
haaa... kalau ko jawab soalan depa konar camni, sure depa tak tanya lagi. SERIYES!

ala... bayangkan ko adalah YANG. sure ko tau camna dia menjawab, kan? ekekekek

doff said...

vaahh vaahh vaahh ko dah pandai baca fikiran ako la skrg ni. syabasss betiii

tuan tanah said...

Dah pergi ke temuduga?

Saya dulu... bukan main banyak pergi temuduga, tapi haaaarammmm nak sangkut. Nasib baiklah kompeni sekarang sudi nak ambik. Hehehe.

doff said...

belum. isnin depan.

tapi kemungkinan besar takleh nak pegi sbb kena attend conference lak :(

dah rezeki TT di tempat sekarang. ok apa. bole tengok negeri orang. cam jeles lak ;)

Anonymous said...

apa komen ku polah masa d mukah ariya sik publish pun. lelah lelah jak ku naip.. apa sensored ka? 2 second delay? huh.. kah aku yang butak IT.. testing testing... 123..

doff said...

oitt. sikda pun komen ko ya. mesti ko ada salah tekan.

Nana said...

cam ne smlm?

Anonymous said...

dia silap tekan punat lain la tuh doff....
ekekek... jari meraban gi tepat lain!!!!