Wednesday, December 24, 2008

nak ucap

Selamat Menyambut Hari Natal

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Selamat Bercuti-Cuti Panjang

Semoga kita akan sentiasa hidup aman damai dan harmoni, sehat rohani dan jasmani, dijauhkan dari mala petaka yang tak diingini. dijauhi dari sifat-sifat tamak dengki irihati fitnah syak wasangka dan tuding menuding jari. Semoga menjadi insan/individu yang lebih positif.

AMIN.

Wednesday, December 17, 2008

motif?? 2

Senarai kesyukuran

Cara-cara begitu mudah seperti dibawah:

1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama glemer atau tidak, terpulang}
2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri

Senarai Kesyukuran Doff

1. Saya bersyukur sebab masih boleh bernafas sehingga ke hari ini.
2. Saya bersyukur sebab tidak tinggal di kawasan bukit.
3. Saya bersyukur sebab menjadi rakyat Sarawak yang penduduknya berbilang kaum tapi hidup aman makmur harmoni.
4. Saya bersyukur sebab ada emak yang selalu membebel yang bermakna dia sayangkan saya.
5. Saya bersyukur sebab ada keluarga yang besar.
6. Saya bersyukur sebab mempunyai kengkawan yang baik-baik-baik-baik-baik-baik (ulang sampai kabur) belaka.
7. Saya bersyukur sebab pada umur 26 tahun, saya sudah mempunyai rumah sendiri (ehh masih hutang bank) untuk berlindung dari hujan dan panas.
8. Saya bersyukur mempunyai hidung 'munga-munga' maka senanglah saya bernafas semahu-mahunya.
9. Saya bersyukur kerana mempunyai saiz badan yang kecil jadi orang selalu ingat usia saya muda beberapa tahun dari usia sebenar.
10. Saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang boleh tahan.
11. Saya bersyukur kerana boleh membeli belah dan membayar bil-bil dengan duit titik peluh saya sendiri.
12. Saya bersyukur kerana dilahirkan sempurna dan cukup sifat.
13. Saya bersyukur kerana akhirnya saya telah sempat keluar dari negara malaysia (indon jek huhuu) walaupun pada usia yang dah masuk waktu asar.
14. Saya bersyukur kerana walaupun saya ini tidak punya apa, tapi tatap manjadi idola kepada orang-orang tertentu :D
15. Saya bersyukur kerana walaupun kurus, tetapi muka saya tak pernah cengkung. menten chubby. ecewahh.
16. Saya bersyukur kerana mempunyai ramai kawan, yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

17. Saya bersyukur kerana mempunyai bos (HoD) yang sporting dan saya banyak belajar dari beliau.
18. Saya bersyukur kerana rambut saya tebal dan lebat walaupun pada masa yang sama rambut saya yang gugur boleh dibuat karpet.
19. Saya bersyukur kerana kawan-kawan-teman-teman-sahabat-sahabat saya boleh menerima saya seadanya saya.
20. Saya bersyukur kerana i've a not so bad sense of fashion eventho' i've a really bad sense of direction.
21. Saya bersyukur kerana berat badan saya senang turun dan senang naik.
22. Saya bersyukur kerana boleh makan makanan yang sedap-sedap.
23. Saya bersyukur kerana ada tempat untuk mengadu dan bergusip. erkkk
24. Saya bersyukur kerana negara kita malaysia adalah sebuah negara yang aman kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain.
25. Saya bersyukur kerana saya ada blog untuk saya merapu-sekeper-marang-kepunden.
26. Saya bersyukur yang saya bukan lah jenis yang penakut sangat-sangat jadi saya leh tengok citer seram atau citer-citer yang sewaktu dengannya.
27. Saya bersyukur kerana saya masih boleh bergelak ketawa.
28. Saya bersyukur walaupun tak ler terer sangat masak, tapi anak-anak buah saya suka masakan saya.
29. Saya bersyukur kerana saya seorang yang tersangatlah pandai memujuk hati sendiri.
30. Saya bersyukur kerana walaupun saya seorang yang boleh tahan pemarahnya tapi cepat juga reda marahnya.
31. Saya bersyukur kerana saya seorang yang menepati masa.
32. Saya bersyukur kerana saya suka membaca dan banyak pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan. saya harap saya akan lebih banyak membaca buku-buku yang berbentuk ilmiah di masa akan datang.
33. Saya bersyukur kerana tidak mempunyai penyakit yang teruk (except for migrain and gastric).
34. Saya bersyukur kerana saya menghargai keindahan alam ciptaan tuhan.
35. Saya bersyukur kerana saya membuat keputusan untuk sambung belajar selepas spm (walaupun cuma setakat diploma sahaja).
36. Saya bersyukur kerana selain dari membaca buku, saya juga dapat membaca blog-blog yang best.
37. Saya bersyukur kerana ada streamyx maka dapatlah saya bertenenenenet.
38. Saya bersyukur kerana ada laptop jadi apalah ertinya streamyx kalau takder laptop, abis camner nak bertenenenenenet.
39. Saya bersyukur kerana bila dah ada streamyx, ada laptop, dapat bertenenenenet maka dapatlah saya menonton citer korea online.
40. Saya bersyukur kerana saya mempunyai kesedaran untuk berubah (ke arah yang lebih baik, insya allah).

41. Adalah lebih baik saya berenti setakat ini dulu sebab saya takleh nak pikiaq lagi dah ni. ehekk

mucho graciaz untuk minah ni sebab tag ako.

tag yang lain-lain tuh, kira setel jer la yek. sebab ako dah tak ingat dah. nana, ako tak ingat dah ko nyer tag tuh. nak carik, punya la banyak entri ko yang.

Tuesday, December 16, 2008

motif??

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don’t change your clothes, don’t fix your hair… just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture.
5. Tag 10 people to do this.

enche david teoh, bole la amik berlakon citer seram yek. asyik-asyik auntie ruminah jek. erkkk

ako tak faham motif tag. okay, mungkin untuk membolehkan orang yang membaca blog kenal serba sedikit tentang empunya blog (itu pun kalau kamu tergolong dalam kategori BLOGGER TERKENAL). MUNGKIN. okay.

motif aku jawab tag (walaupun aku tau takder sapa pun nak heran kalau aku jawab ke tak) ni plak: sebab bosan siottt.

rumber nandre sama ini worang.

Monday, December 08, 2008

apekeheinyerrrr

rasa cam hmmm sedih.

cam nak marah pun iyer.

cam nak carik gaduh pun iyer.

dah dua minggu. tak abis-abis lagi The Collectors ni ako baca. baca selai dua, dah tertido. semenjak dua menjak ni, kol 9 - 9.30 malam ako dah pensan. (ehh bukan memang selalu pun macam tu ke?). eheh.

ermmm. lagi 23 hari nak abis tahun 2008. apa dah jadi dengan yang
ini?

Wednesday, December 03, 2008

Maryamah Karpov

finally!!!

masa ke jakarta minggu lepas (22 - 25 November 2008), aku singgah ke beberapa bookstore kat sana nak cari buku Maryamah Karpov, buku terakhir dari tetralogi Laskar Pelangi ni. tapi diorang kata takder lagi buku tu. aku frust. sungguh. siap membebel lagi "ni dah ujung bulan november, takkan tak kuar lagi. kata buku kuar bulan november, blablabla". tak puas ati jer bunyi nyer.

tak dapat Maryamah Karpov, aku try lak carik dvd Laskar Pelangi (walaupun sah-sah aku tau takkan ada sebab pelem tu masih lagi ditayangkan kat sana. dah mengatasi kutipan box office pelem Ayat-Ayat Cinta pun). saje jer nak sakitkan ati sendiri.

rupa-rupanya, buku tu cuma dilancarkan pada 28 November 2008 dan berada di pasaran pada 1 Disember 2008. pehh!! akhirnya. tapi kat Malaysia takder lagi. aku try la order online kat
sini. tapi untuk yang dok kat sanun jer. kene tunggu kat ujana jer la gamaknyer ni. ker kot ada sesape yang nak ke jakarta ujung bulan ni ker, kalau aku boleh kirimkan. ngee :D

weh Garb, best la gi sana. rasa cam nak gi lagi ;)