Thursday, September 04, 2008

rezeki bulan ramadhan

nisa & jimah

kat atas tu gambar anak-anak buah aku. anak kakak aku yang no. 2. aritu aritu lepas spm, jimah dapat offer kat UIA. ada la dalam dua bulan dia kat sana. pastu dapat tawaran belajar ke Jordan. amik kursus bahasa arab kot. dua hari lepas dia dah berangkat ke sana. masa majlis nikah nisa aritu, kitorang pakat-pakat dok sakat dia "haa belajar elok-elok kat sana. ni balik karang sure bawak suami orang sana". hahaha berbulu jer kakak aku dengar.

pembetulan: rupanya jimah baru nak berangkat ke sana jemat (12/9/08) ni. hehe.


fiza & nisa

fiza, bini abang aku. aku tak reti nak panggil kakak sebab dia muda beberapa tahun dari aku. eheh. dia dapat kenaikan pangkat. sebelum ni keje kat kota kinabalu, sabah. sekarang dah pindah balik ke kl. baru-baru ni gak la.



indah & siti

ni kakak no. 3 (atas aku). dia pun dapat kenaikan pangkat gak. kene kat sri aman. arini wat report duty. perjalanan dari kuching ke sri aman lebih kurang dua jam setengah. kiranya nanti kalau nak balik, masa ujung minggu jer la. apa la nak jadi kat budak-budak enam orang ni.


diorang dera maksu ker maksu dera dorang ;)


3 comments:

Anonymous said...

ko bila nak naik pangkat?

QasehNuryz said...

haha..aku ske pic plg last tu..:D

doff said...

acu,
akan diusulkan di mesyuarat lembaga pengarah yang akan datang soalan ko tu ;p

qn,
eheh ko memang ;p