sukacita dimaklumkan, minggu depan bersamaan dengan 15hb september 2008 jatuh pada hari isnin, aku dah mula cuti. cuti sampai raya nanti. 6hb oktober baru mula keja balik. sungguh gumbira hati beta.
aku memang selalu cuti awal pun kalau bulan puasa ni. memang sengaja kumpul cuti untuk amik cuti bulan posa. soalan lazim yang akan ditanya kalau cuti awal masa bulan puasa ni, antaranya:
"buat kuih eh?"
"nak cat rumah ke cuti awal-awal?"
"ko pegi wat umrah ke?"
hah! wat kuih?? takder maknenyerr. setakat aku hidup ni, tak pernah lagi aku wat kuih raya. cuma dua tahun lepas tu, ada la aku cuba wat biskut: biskut arab, biskut coklat rice dengan biskut apa lagi satu ek, lupa dah. itu jer la. pastu takder dah aku teringin nak buat lagi. penat wooo duduk mencetak biskut tu. tabik spring aku kat orang yang rajin wat biskut dengan kuih raya nih. aku kalau nak kuih ker, biskut ker, aku bagi jer kertas ada cap kepala agong, pastu dapat la kuih atau biskut. ala sistem barter gituuuu.
nak cat rumah? hmmm cam teringin gak tapi setakat ni belum konfiden la nak wat keje-keje mengecat neh. karang jadi cam lukisan abstrak lak rumah aku. aku okey jer. takut mak aku jer karang kene kejutan.
gi wat umrah? insya allah, aminnnnn. sape tak nak kan?
cuti dua minggu ni sebenarnya banyak keje gak kene buat. tadi aku dah mula turunkan (betul ker penggunaan perkataan ni?) langsir. selalunya anta ke laundry jer. tapi tahun ni nak cuci sendiri jer la. pastu esok, ada la budak-budak opis, aku mintak tolong diorang cat rumah (bahagian dalam). dah empat taun tak tukar cat. dah muntah angin aku tengok kaler pink kat dalam rumah aku tu. tak tau la kerja mengecat tu amik masa lama ker tak. alaa bukan besar pun rumah aku tu. paling lama pun dua hari kot.
pastu, hari isnin atau selasa tu mungkin kalau grill dah siap, diorang pasang grill kat tingkap dengan pintu dapur rumah aku tu kot. hehe baru nak pasang grill. itu pun kalau tak pasal aku terserempak dengan bayang manusia kat belakang rumah aku dua minggu lepas.
setakat ni, itu jer la kot.
3 comments:
but it's not u who's doing the mengecat rumah & pasang gril kan?
ja..aku jeles..cuti aku tggl 2 sengah ari je.huwaa.samat ari raye ja:)
nv: ape la jadik kat umah kalo dh ako yg ngecat
qaseh: huk alohhh siannyer kooo..ko beli cuti ako nak?? ehekk
Post a Comment