Tuesday, July 29, 2008

the dark knight


aku bukan la peminat besar Batman. seingat aku, aku tak penah pun masuk panggung wayang untuk tengok citer Batman. kalau tengok pun, masa main kat tv je. tapi untuk filem the dark knight ni, aku rasa cam mesti tengok jer. sebab? hmm sebab nak tengok filem terakhir mendiang heath ledger.


semalam gi nonton dengan anak-anak ikan (haha). dalam the dark knight ni, watak heath ledger sebagai joker lebih menyerlah dari watak batman lakonan christian bale. pasni sure kene nominate untuk award. pastu sure menang (yer la kan dah takder baru nak bagi award). tapi kalau menang pun, memang berbaloi sebab lakonan dia memang menjadi sangat-sangat. lakonan Maggie Gyllenhaal sebagai ex-gf batman, takder watak tu pun takper sebab tak beri impak sangat pun.

aku rasa la kan, citer ni jadik box office giler-giler sebab kematian ledger. orang nak tengok filem terakhir dia. secara keseluruhan, aku bagi 4/5 bintang. sebab paling penting, citer ni tak buat aku ngantuk. ehekkk

entri pasal batman tuh sebenarnya aku type semalam tapi tak sempat nak post. jadi aku post arini. ni nak pesan, malam ni kalau takder apa-apa aktiviti, jangan lupa tengok Auntie Mary dengan anak dia Faizul kat tv3 jam 9 malam. episod terakhir weh. mesti aku rindu kat auntie mary dgn faizul pasni. lawak sempoi siot. AUNTIE MARY's RULEZZZ!!!

ishh jenuh ako carik gambo makcik mary neh tak jumpe. utube banyak lerr.

3 comments:

Anonymous said...

Auntie Mary ngan microphonennyaaaaaaaa..............

"There must be something wrong somewhere!!"

garb_ina said...

Doff,
aku suka ending citer sinderella tuh. and of course, i'm gonna miss aunty mary & faizul tuh. Aku x leh lupakan dialog 'mak mek mak mek' dia dan aku paling aku suka dialog si faizul tuh. "mak, ah beng gores & menang datang ank jmp mak!." Ahakzzz....aku rasa depa la penyeri citer tuh.
Oiii sekuang...ahakzzz...memang le makcik mary tuh. Aku SUKAK sama dia.

doff said...

wo! gimme 5!!! ako pon suker ending dia. xrugi ako ikut citer ni dari mula sampai abis sbb ending dia yang unexpected tu. bwahahaha auntie mary tu, part sedih pun ako leh gelak tengok muka dia. mmg hundek nyer lawak la. tapi kan garb, ada org tu tak suka ending camtu. org yg 1st komen kt atas tu.