1) pernah tak korang: pergi bercuti di luar kawasan, berada di tempat awam. kendian gi makan-makan, minum-minum dengan kawan berlainan jantina dengan kamu yang baru dikenal semasa bercuti. huha situ huha sini huha sana. bila balik ke tempat penginapan, korang baru perasan yang baju yang ko pakai rupa-rupanya TERBALIK!
2) pernah tak korang: berada di pejabat. menerima berita gembira. kemudian menari terkinja-kinja ala tarian zimbabwe. kemudian terdengar bunyi berdehem. dan bila ko toleh ke belakang. hwallahh!!! CEO ko tengah menyaksikan ko menari zimbabwe.
3) pernah tak korang: tengah terdesak nak membuat 'hajat kecil' di 'bilik kecil' dan tiba-tiba datang rakan sepejabat memberitahu bahawa CEO carik ko dan ko terus membatalkan keterdesakan ko nak membuat 'hajat kecil' dan terus berlari dengan pantas, laju dan deras menuju ke bilik CEO. sampai-sampai, CEO ko tanya "ni pen merah ke pen biru eh?". [dukacita dimaklumkan bahawa tuan ceo itu buta warna dan AGAKnya semua kakitangan opis tu pun buta warna kecuali minah yang tengah dalam keadaan terdesak tu. kot.]
4) pernah tak korang: menghantar sms kepada suami yang berbunyi "yang, kalau nak makan, goreng jer ayam dalam peti ais tu ye" dan setelah sms di hantar baru ko perasan rupanya ko dah tersalah anta sms tu ke orang yang baru ko berhubung (melalui telefon) sekali, untuk membuat tempahan padang futsal!
nota kaki: semua kejadian-kejadian di atas berlaku ke atas empunya blog ini kecuali kejadian yang terakhir. chill babe :D
5 comments:
=))sabotaj babe?
yg no 4 tuh aku cam pelik sket,,dah ada suami ke?
yan,
ehekkk :)
gf,
si suami keja shift tghari. itu pagi si isteri xsempat buat breakfast. sampai opis, sms si suami nak ingatkan ada ayam dlm peti ais. tinggal nak goreng je.
adehhh jadi masalah ako lak nk explain. haha.
heheheh... aku cam nak tergelak baca yg no 1 tuh... hahahahahaha
apa perasaan ko masa tuh doff??
dan yg pasal CEO ko tuh... cam SHILAKE jer kan? boleh sakit pundi kencing oooo
perasaan? hmmm entah ako tak ingat dah (baca: malas nak ingat) hahaha
itu CEO kompeni lama ako :)
Post a Comment