Wednesday, July 26, 2006

The Devil Wears Prada

Meet the real boss from hell.

In the dizzying world of New York fashion, where size zero is the new 2 and a bad hair day can end a career, Runway magazine is the Holy Grail. Overseen with a finely manicured fist by Miranda Priestly (Meryl Streep)--the most powerful woman in fashion--Runway is a fearsome gauntlet for anyone who wants to make it in the industry. To make Runway the fashion bible of New York and therefore the world, Miranda has let nothing stand in her way … including a long line of assistants that didn't make the cut. It's a job no self-respecting person can survive, yet it's an opportunity a million young women in New York would kill for.


A stint as Miranda's assistant could blast open the doors for recent college graduate Andy Sachs (Anne Hathaway). More college drab than haute couture, she stands alone among the small army of "Clackers" on staff at Runway - superslim fashion divas clacking their stilettos down the halls of the magazine's Manhattan headquarters. But when Andy comes in for the job, it dawns on her that making it in this industry will take more than drive and determination.


To become the perfect assistant, Andy will need to make herself over in Miranda's image. Soon, much to her boyfriend's (Adrian Grenier) dismay, she can talk the talk, walk the walk (in flawless Manolo's) and never again confuse Dolce with Gabbana. But the more of life she sees through Miranda's eyes, the more she begins to grasp that Miranda's world is a fabulous but lonely one--and that sometimes great success depends on great sacrifice…but at what cost?


Based on the bestselling novel by Lauren Weisberger,
The Devil Wears Prada is rated PG-13 for some sensuality, and stars Meryl Streep, Anne Hathaway, Stanley Tucci, Simon Baker, Emily Blunt, and Adrian Grenier. The film opens June 30, 2006, in theaters nationwide.

View the trailer
for this upcoming comedy.

Visit the official Web site
, featuring trailers, photos, and more.

Tuesday, July 25, 2006

hangat dari biasa

seminggu ni sampai 2/8 nanti aku di DUN. kalau korang mengikuti sedikit sebanyak politik di Sarawak, lebih-lebih lagi keputusan pilihanraya yang lepas, korang boleh agak tak apa yang berlaku sekarang ni?

hahahaha panasss!!! panasss!!!

Wednesday, July 19, 2006

apa nak di kata

Tsunami: Ramai lagi mangsa disyaki tertimbus

BANDUNG 18 Julai – Pasukan penyelamat bertungkus lumus memeriksa runtuhan bangunan untuk mencari mangsa yang terselamat dalam bencana tsunami yang menyebabkan lebih 340 orang terkorban dan puluhan lagi hilang apabila ombak besar itu menghempas pantai selatan Pulau Jawa semalam.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, ramai lagi mangsa dikhuatiri tertimbus.
Dalam kejadian yang mengingatkan dunia kepada bencana Disember 2004 yang meragut 220,000 nyawa di rantau Lautan Hindi, ombak setinggi tiga meter menerjah ke pantai semalam, meranapkan bangunan dan memaksa beribu-ribu penduduk yang ketakutan melarikan diri.
Daripada 340 yang terbunuh, dua orang merupakan warga asing tetapi identiti mereka belum diketahui.
Tsunami kali ini dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di bawah dasar laut dekat pantai selatan Pulau Jawa - yang belum dipasang sistem amaran awal. Ramai penduduk tidak menyedari tragedi yang bakal menimpa mereka meskipun pusat tsunami serantau telah mengesan kemungkinan akan wujud gelombang besar seperti tragedi 2004.
Gempa bumi berlaku berturutan dalam masa sejam bermula pukul 3.19 petang sehingga pukul 4.15 petang.
Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan, sekurang-kurangnya 337 orang terkorban dan lebih 600 lagi cedera di enam daerah di wilayah Jawa Tengah dan Jawa Barat.
Kira-kira 150 lagi masih hilang manakala 52,700 hilang tempat tinggal akibat ombak besar itu, kata ketua pusat krisis di kementerian tersebut, Rustam Pakaya.
Kebanyakan kematian berlaku di kawasan peranginan Pangandaran di daerah Ciamis, Jawa Barat, kira-kira 270 kilometer ke tenggara Jakarta, katanya.
Ketua operasi bantuan mangsa bencana di Ciamis, Agus Sutrisno berkata, lebih 1,500 pekerja terlibat dalam operasi mencari mayat dan mangsa terselamat di kawasan pantai.
”Kami mengesyaki masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan. Kami tidak memiliki peralatan berat seperti traktor dan gergaji rantai,” katanya.
Seorang wanita Perancis yang sebelum ini dipercayai terkorban ditemui masih hidup, kata Duta Perancis di Jakarta, manakala Kementerian Luar Sweden mengesahkan seorang rakyatnya terbunuh dalam bencana itu.
Seorang lelaki Arab Saudi, Hamed Abukhamiss, 40, berkata, dia telah membawa sendiri mayat isteri dan anak lelakinya ke rumah mayat hospital.
”Saya tidak tahu macam mana saya boleh hidup, ini suatu keajaiban,” katanya dengan suara yang sebak.
Nasib dua kanak-kanak Sweden yang dilaporkan hilang masih tidak diketahui.
Dalam pada itu, kerajaan Indonesia memperuntukkan satu bilion rupiah (RM400,000) sebagai bantuan kecemasan awal.
“Bantuan kecemasan ini akan digunakan untuk tujuan bekalan makanan, tempat tinggal untuk mereka yang hilang tempat tinggal dan ubat-ubatan,” kata Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla hari ini.
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menghantar dua tan makanan.
Pihak berkuasa Indonesia menjangkakan kesan kemusnahan sebenar belum dapat diketahui dalam masa terdekat sehingga bancian dapat dijalankan selepas kerja mencari dan menyelamat mangsa yang kini diberikan keutamaan.
Stesen televisyen dan radio tempatan melaporkan bahawa mangsa pemindahan dari malam tadi sehingga tengah hari ini beberapa kali panik dan berhamburan keluar apabila mendengar khabar yang tidak disahkan bahawa tsunami akan berlaku lagi berikutan ada yang melihat laut surut jauh ke tengah laut. [Utusan Malaysia, 19 Julai 2006]

******


Gaun persandingan Siti RM40,000 – RM50,000

KUALA LUMPUR 18 Julai – Gaun pengantin yang akan dipakai oleh penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza, 27, pada perarakan persandingan bersama Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dianggarkan bernilai antara RM40,000 dan RM50,000.
Ini dinyatakan oleh perekanya, Khoon Hooi kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Katanya, beliau akan mereka sehelai gaun sutera berwarna krim yang disulami kristal untuk dipakai Siti pada hari perkahwinannya.
“Dalam masa terdekat ini, saya akan berjumpa Siti untuk menunjukkan lakaran pakaian yang telah saya siapkan.
“Untuk Datuk Khalid pula, saya akan menyiapkan tuxedo,” katanya.
Katanya, beliau menerima tawaran itu melalui panggilan telefon daripada Pengurus Siti, Rozie Abdul Razak pada Ahad lalu ketika berada di Singapura.
“Rozie tidak memberitahu lebih mendalam tentang perkahwinan Siti. Dia menyuruh saya mereka pakaian pengantin yang sesuai ketika diarak menaiki kereta kuda,” jelasnya.
Seorang lagi pereka pakaian pengantin untuk Siti, Natrah Hisham dari Butik Embun ketika dihubungi memberitahu beliau akan bertanggungjawab mereka pakaian Siti dan Datuk K yang bertemakan konsep tradisional.
Namun Natrah belum dapat memastikan berapa helai pakaian yang akan direka dan warnanya kerana semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan.
“Saya baru berbincang dengan Datuk K dan Siti hari ini dan dalam masa terdekat keputusan akhir akan dibuat.
“Apa yang saya tahu, saya akan mereka kebaya moden daripada kain lace yang berlabuci. Saya juga diminta menghasilkan pakaian untuk ahli keluarga kedua-dua pasangan itu,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah kos keseluruhan pakaian itu.
Menurut Natrah, dia dimaklumkan tentang tawaran Siti pada Ahad lalu.
Pereka fesyen kegemaran Siti Nurhaliza, Michael Ong pula mengakui, beliau diberi tanggungjawab oleh pihak Siti untuk mereka gaun pengantin bagi acara memotong kek.
“Mereka minta saya buat dua helai gaun untuk acara memotong kek. Setiap sehelai berwarna putih dan merah jambu dibuat daripada sutera. Tiap-tiap sehelai gaun itu berharga RM35,000.
“Bagaimanapun, saya memberikannya secara percuma kepada Siti sebagai hadiah perkahwinan.” jelas Michael yang telah menjadi pereka pakaian Siti sejak sembilan tahun lalu.
Kelmarin, Siti Nurhaliza dan Datuk K, 47, mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sementara itu majlis persandingan akan diadakan pada 28 Ogos di Exhibition Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diikuti dengan acara berarak selama satu sejam pukul 5 petang.
Pada 3 September pula, majlis persandingan akan diadakan di Kuala Lipis, Pahang. [Utusan Malaysia, 19 Julai 2006]

Monday, July 17, 2006

kalau jodoh tak ke mana

pengantin perempuannya cantik. tersenyum manis. ayu jelita.

pengantin lelakinya berambut hitam berkilat. bermisai tebal. juga hitam berkilat.

duduk bersanding di atas pelamin yang dihadiri ribuan orang yang ingin menyaksikan hari bersejarah tersebut.

pengantin lelaki mencuri-curi pandang pengantin perempuan sambil tersenyum-senyum miang sambil misai tebal hitam berkilat bergerak-gerak menguit nguit. senyum lebarnya seolah berkata-kata "eheh..aku jugak yang dapat".

bayangkan.

Wednesday, July 12, 2006

mari kita tengok-tengok gambar lak

should find 7 horses in this picture


a face? or the word Liar?




do you see four people?

look at the middle column. where does it end?



Tuesday, July 11, 2006

rojak

rojak cina. sengkuang, timun, nenas, tauhu goreng, pitis. selalunya aku pilih nenas dengan tauhu goreng jer.

rojak india. cucur, sengkuang, timun, tauge, ayam goreng (rojak special), kuah (kari ker?). aku makan cucur dengan ayam goreng jer.

rojak sotong. my favourite. sotong kembang, sayur kangkung, pitis, kacang kisar. aku tak pilih. aku makan semua. kena pulak dengan air batu campur (ABC) atau air jagung.

geram, marah, sedih, kecewa, tak puas hati, haru, biru. perasaan aku bercampur-campur macam rojak. dan aku pilih untuk buat bodo jekk.

Friday, July 07, 2006

Pirates of the Caribbean 2: Dead Man's Chest





Directed by: Gore Verbinski

Cast: Johnny Depp, Kiera Knightley, Orlando Bloom

Genre: Action/ Adventure

Duration: 2 hrs 30 mins

Thursday, July 06, 2006

uhukkk

sebelas hari lepas. malam isnin. aku TERtelan tulang ikan. yang kemudiannya TERsangkut di kerongkong. kung kung kung. aku batuk. huh huh huweekkkk. muntah kosong apabila aku cuba mengorek anak tekak. kononnya nak bagi tulang ikan tu keluar. aku kepal nasi. bulat bulat. aku telan. aku ambil air kosong. baca salawat tiga kali. aku minum.

tengahari isnin tu aku pegi klinik. doktor tu kata kalau esok tak hilang jugak. gi hospital. diorang ada cermin kecik untuk masukkan dalam kerongkong. dah tu boleh cabut tulang tu guna penyepit. takdernyer aku nak pegi kalau dah macam tu.

hari ini. tulang ikan masih di kerongkong (leher?). walaupun dah tak rasa sakit tiap kali nak makan tapi tiap kali nak gosok gigi atau di dalam posisi-posisi yang tertentu, akan terasa tulang mencucuk kerongkong.

dah sebelas hari jugak aku hilang selera makan. aku dah kurus balik. uhukkk.

Monday, July 03, 2006

hakikatnya

putus cinta. putus tunang. bercerai hidup. bercerai mati. walau apa pun alasannya. ajal. maut. jodoh. pertemuan. di tangan tuhan. semua dah tertulis di loh mahfuz.

nota kaki: entahapehape laa brazil dgn england neh. hmm aku cuma nampak warna biru jer dah seminggu ni.