Tuesday, February 10, 2009

kenapa cuma 16?

ini tag 16 yang rawak dari Nana. aku jawab ni Na. sedia? ;p

Syarat dan peraturan:

1) Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2) Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3) Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4) Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi. (YA, AKU SOKONG YANG INI)

Inilah dia 16 perkara rawak pasal aku yang akan buat korang menguap.

1. Hitam, putih dan coklat (rich brown) adalah warna-warna kechentaan aku sejak azali. Kuning, merah, hijau, biru, ungu dan kelabu juga adalah warna-warna kesukaan. Sudah jemu dengan warna merah jambu tapi tak menafikan yang ia adalah satu warna yang manis.

2. Aku berkenan sungguh dengan orang (tak kisah la perempuan ke lelaki) yang dah la pandai belajar + cantik/kacak rupa paras + baik budi bahasa + kaya lak tu. Haishh..

3. Dulu, aku ada satu penyakit. Kalau aku pakai kasut kaler itam, aku mesti nak gak pakai beg tangan kaler itam. Kalau kasut aku kaler merah, mesti nak beg kaler merah gak. Kiranya, kasut dengan beg aku mesti dari kaler yang sama. Kata lah hari tu aku terberkenan dan terbeli (saja jer nak letak Ter) kasut/beg kaler ungu, aku takkan pakai kasut/beg tu sehingga aku jumpa gak pasangannya yang berwarna ungu. Ya, itu namanya penyakit-mengada-ngada-hakhakhakptuihhh. Tapi, SYUKUR ALHAMDULILLAH penyakit itu telah berjaya di atasi sejak dua atau tiga tahun lepas. Sekarang aku leh pakai selipar kuning dengan beg kelabu. atau apa-apa jer lah.

4. Aku makan, tak bersulam air. Memang la tak elok makan bersulam air. Tapi alasan aku, bukan pasal aku kisah pasal elok tak elok tu. Cuma tinggal lagi, aku memang tak pandai dan aku akan rasa cepat kenyang kalau aku minum sebelum makan atau tengah makan.

5. Aku anak ketujuh dari tujuh adik beradik. Orang kata anak bongsu, manja. Aku? Manja? Boleh wat kenduri la kalau korang tengok aku manja.

6. Kalau orang belum kenal aku sangat, orang akan ingat aku kerek / sombong. Tapi kalau dah kenal... (aku abiskan ayat aku kat situ jer lah)

7. Walau bagaimanapun, perangai atau tingkah laku aku, bergantung kepada keadaan dan orang sekeliling aku. Contohnya, kalau aku jumpa orang, orang tu plak jenis tak banyak cakap, aku pun akan otometik jadi tak banyak cakap gak. Kalau jumpa orang peramah, aku akan jadi super-duper peramah lak. haaa gituuu.

8. Aku akan rasa segan sangat-sangat kalau ada orang tegur/kenal aku, tapi aku tak kenal pun orang tu ataupun aku lupa sapakah gerangan orang tersebut. Kes ni selalu terjadi. Kalau terserempak dengan kawan-kawan satu sekolah (ada yang sekelas) kendian diorang tegur. Siap panggil nama penuh aku lagi tu. pastu muka aku blur. nak ingat sapa eh? kadang tu aku ingat rupa, tak ingat nama. Nanti kalau orang tu tanya ”kenal tak?”. ako akan jawab ”kenal”. dan aku akan mati kutu kalau ”muka blur camtu. kalo kenal, sapa nama aku?”. hah!!! sudah!!! saje jer. Dengan itu, sesungguhnya, aku sangat malu kalau kejadian orang menegur/menyapa aku dan aku tak berapa nak kenal/ingat orang tu. Nanti mesti orang tu ingat macam aku ni bagus sangat. Dah memori aku ni tak kuat, nak buat camner? uhukkk

9. Tapi, kalau ada pulak orang tak kenal aku, itu aku tak kesah. Sebab aku rasa, muka aku bukan jenis yang orang senang nak captured. Lagipun aku suka kalau ada orang tak kenal atau tak ingat aku (kalau bukan teman-teman rapat laaa).

10. Aku suka bau-bauan yang lembut dan bau hmmm macam bau perfume Allure dan Chance dari Chanel tu pun aku suka (bau-bauan rempah ker? ntah). Aku tak suka bau (perfume) yang kuat atau manis. buat pala ako penin jer.

11. Walaupun kali terakhir aku periksa, jantina aku adalah perempuan, tapi dalam kereta / bilik aku takder simpan/gantung patung atau bunga-bunga.

12. Aku teringin sangat sangat sangat sangat nak pandai: bermain alat musik seperti gitar dan drum (dengki sungguh tengok orang pandai main ini dua alat musik), berenang (supaya aku tak rasa fobia dengan air dan dengan itu boleh lah aku menyelam scuba melihat panorama di dasar laut ciptaan Tuhan walaupun aku tau tak pandai berenang tak semestinya tak boleh buat scuba diving @ snorkling) dan melukis (oh dengkinya dengan orang-orang yang terer melukis).

13. Orang takkan tau kalau aku tengah tensi ker, tengah ada masalah ker sebab aku jenis yang huhahuha. ala-ala gumbira-pergi-bertuah la ako ni. tapi kalau aku sakit (migrain ker gastrik ker sakit bulanan ker) soheh takleh nak sembunyi sebab nanti akan nampak cahaya kesakitan kat muka aku dengan dahi berkerut. haishhh.

14. Berada di pantai (nak-nak pulak kalau cuaca cantik + angin sepoi bahasa + ombak menghempas pantai..ecehcehhh) buat aku rasa gumbira yang teramat sangat. sorga wokeh!

15. Mengelak dari menonton opera-sabun-telenovela-sinetron-atau-apa-apa-jer dari negeri Malaysia, Indonesia, Filipinasia, Venezuelasia sebab berpotensi untuk menerajang tv atau membakar panggung dengan lakonan-lakonan watak antagonis yang cilakak punya jahat-tahap-perut-neraka dan mual dengan watak protagonis yang baik giler (ntah wujud lagi ker manusia camtu kat planet bumi ni sekarang) dan sentiasa bernasib malang. pehhhh.

16. Aku nyer tahap pelupa, boleh tahan tinggi la jugak. Cemana eh?

5 comments:

Nana said...

oi. no 2 tu mesti kau merujuk pada aku. hihihi.

Anonymous said...

hahaha mengada-ngada sungguh penyakit no. 3

doff said...

nana,
pandainyerrr ;)

nv,
ngegehnyerrr ;p

QasehNuryz said...

DOFF,
no 16 tu..
ko mmg sehati selimpa ngn aku.
adekah kerna faveret kita jus semut?
ekekke

doff said...

ko pun eh? risau kan?