Friday, November 21, 2008

erkkkk

KOPI BUAT PAYUDARA KECUT

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur. Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya. "Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka." Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari. Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi.

huk alohhh kalau dah nak kecik tu, tak minum kopi pun kecik gak. tak gitu puan acu?
erkkk

Tuesday, November 18, 2008

benak

sabtu lepas aku dengan abang ipar dan anak-anak dia (anak buah aku ler tu) dua orang, gi sri aman. berangkat dari rumah aku jam 7 pagi. perjalanan dari kuching ke sri aman lebih kurang 3 jam. abang ipar aku yang drive. ako dok belakang sambil baca buku Romlah the Untold Stories. ada ler setengah jam aku membaca, mata pun ngantuk (bukan sebab buku Romlah tu buat aku ngantuk tapi sebab malam tu tido lewat pastu pagi lak bangun awal, senang citer, tak cukup tido la). pastu, tido jer ler. eheh.

masa tengah syok aku tido kat tempat duduk belakang, tetiba kereta brek mengejut. aku bukak-bukak jer mata, tengok keta kitorang sikit lagi nak terlanggar dengan lori (lori besar yang bawak kayu tu). aku punya la terkejut, ya allah, rasa cam jantung jatuh ke perut jer. keter yang abang ipar aku pandu tu, belah kanan. tengah pecut la kan. kat depan ada lori dua buah. pun tengah pecut gak. tetiba lori yang depan keter kitorang tu belok ke lorong kiri tak bagi signal. ya allah sib baik abang ipar aku sempat kontrol keter tu. kalau tak, na'uzubillah. pastu tercium bau hangus. ntah tayar keter ker, brek ker. aku kat belakang senyap jer. sib baik takder pa per.

sampai kat sri aman, umah sewa kakak aku, lebih kurang kol 10.30 pagi. aritu aku ada citer akak aku dapat kenaikan pangkat, pastu kene transfer ke sri aman kan. akak yang tu la. aku sebenarnya aritu nak balik petang sabtu tu jugak. sebab ari ahad ada hal nak selesaikan. abis kakak aku iyer-iyer suh bermalam. pastu aku kesian tengok abang ipar aku, tak sempat pun nak beramas bergomol dengan anak-anak dia (4 orang dah ke sri aman minggu lepas). jadi, aku pun ikut jer la. bermalam la jugak kat umah dia. padahal aku datang sehelai sepinggang je.

petang tu, ajak kakak pegi beli berus gigi dengan ermm apa-apa yang patut dibeli lah. sebelum tu, dia ajak gi tengok
benak. aku pun first time gak tengok benak ni. meh tengok-tengok gambar plak eh.



sesapa yang nak tengok benak, leh lepak kat kedai makan ni dulu sementara menunggu. petang tu aku order air laici (sedap tapi manis nak mampus, mampus pun tak manis camtu), mee goreng (pun sedap, sib baik tak manis). pastu akak aku order tomyam (sedap tapi pun manis jugak).





6:30 petang. nampak tak yang kat ujung tu? tu la benak. ni kepala dia.




benak ni begerak laaaju sangat. kalau ada perahu kat situ, mesti terbalik.




air nya deras. kalau ada manusia kat situ, mesti ... (aku abiskan ayat aku kat situ jer la)




dah nak sampai ke hujung



ni dah bahagian ekor dia.








sekian, terima kasih.

Friday, November 14, 2008

hutang

ada tak sesapa kat dunia ni yang hidup tanpa hutang? aku rasa la kan, kalau ada, itu la orang/manusia yang paling bahgia sekali hidupnya kat planet bumi ni. KOT. paling kurang pun, malam-malam mesti boleh tido lena.

ada orang penah cakap kat aku, hidup kat dunia ni, memang la kene berutang. kalo tak, ko memang takkan ada apa-apa.

cuma aku tak berapa berkenan dengan konsep berhutang untuk bersenang-senang. macam, berhutang sebab nak pegi bercuti (kalau tak mampu nak bercuti, takyah la kan?). atau berhutang sebab nak nampak trendy (sukat la baju kat badan sendiri kan?). itu pendapat lima sen aku jer la.

aku sebenarnya bukan nak tulis pasal hutang piutang dari segi wang ringgit atau berhutang body waima budi sekalipun.

tapi nak bitau, aku dah hutang 4 atau lima tag dah sekarang ni. tags dari acu, nurul dengan nana
. tags dari nurul dengan nana, aku tak buat sebab aku pun dah tak ingat apa tag nya. haha. tag terbaru dari ko plak, acu, aku tak dapat nak buat sebab aku tak leh nak upload gambar aku ke pc. sebabnya, apa-nama-menda-alah-yang-menyambungkan-kamera-ke-pc aku missing in action.

haa, amacam? bole terima tak alasan? eh bukan alasan tau. memang betul pun. hehe. PEACE.

selamat berhujung minggu, semua ;)

Friday, November 07, 2008

Laskar Pelangi the movie



aku teruja sangat sangat sangat sangat bila dapat tau citer Laskar Pelangi karya Andrea Hirata difilemkan. sungguh! aku harap sangat filem ni sehebat novel dia.

Wednesday, November 05, 2008

panas

wahhh bukan cuaca kat luar tu jer panas terik. kat dalam Dun nih pun walaupun aircond sejuk nak mampus (nak mampus tu sejuk ker??) tapi tetap gak terasa ke'panas'annya.

tak cukup dengan cuaca panas, montot panas, berita dalam suratkhabar pun silih berganti jer citer panasnya.

orang dah tak kisah pun pasal rega minyak turun dah. (minyak jer turun rega? abis barang-barang lain tak turun rega ker???).

tapi sekarang ni, orang dah tak baca pasal baginda. pedulik la pasal mawi-ekin nak nikah pun (gi kursus nikah pun nak masuk paper!!!).

sekarang ni tengah hit kisah norman-abby-memey. tak pasal-pasal saham budak memey nih mencanak. (ako tak penah pun tengok lagi lakonan dia).

kalau la aku boleh tulis akan betapa menyampahnya aku dengan mereka-mereka yang kononnya menjadi wakil kepada rakyat itu.

mode hati panas ON