Sunday, September 28, 2008

salam aidilfitri


mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kenal / sepanjang berblog. kepada yang balik kampung, hati-hati masa memandu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Thursday, September 25, 2008

soping

arini best. pagi tadi temankan mak gi beli baju kurung dengan sandal. lawa baju kurung dia. nasib tak baik la baju tu besar. kalau tak, aku pun nak pakai. haha. pehhh glemer la mak aku raya neh.

pastu petang kol dua, gi amik bebudak balik sekolah. anta diorang ke rumah. suh diorang (siti, edos, yan & apis) siap-siap, pastu terus gi kamdar. yer, kamdar yang baru bukak beberapa hari sebelum bulan puasa aritu. ingatkan orang tak ramai pasal waktu bekerja kan. tapi mak aiii, ramai gak. aku nak beli langsir tingkap sebenarnya. untuk rekod, dah lapan taun, diulang, lapan taun langsir kat umah aku tak penah bertukar, okay.

memandangkan aku dah tukar cat rumah (setelah empat taun tak tukar), jadi kene carik langsir yang dapat disuaipadankan dengan warna cat. sebenarnya ada banyak kain lawa-lawa kat situ untuk dijadikan langsir. cuma sebab dah minit terakhir camni kan, aku beli yang dah siap jer. yang dah siap lak, tak banyak warna macam yang aku nak. ada la satu, jadi aku beli yang tu jer la. malas aku nak gi carik tempat lain lagi.

pastu gi beli baju melayu untuk apis sebab dia takder baju melayu lagi. dah beres semua, nak gi beli kasut diorang lagi. memula pegi the spring. kasut pempuan banyak la kat situ. tapi kasut lelaki tak banyak. ada pun, untuk orang dewasa. dan mahal donk ;) balik tangan kosong.

kendian pegi hopoh. aku ingat, nak belikan sandal/capal jer untuk budak-budak tiga orang tu beraya. tapi diorang macam tak teruja lak nak beli sandal/capal tuh. sudahnya aku soh diorang pilih jer memana yang bekenan dan sudah semestinya, within budget. ahakk.

edos, yan & apis dah dapat. tinggal siti lagi. punya la banyak kasut, satu pun dia takleh nak pilih. yang aku pilih plak, dia tak berkenan. lagi satu masalahnya, ada kasut yang berkenan, saiz plak takder. rupanya, kaki dia saiz 33 (saiz 3 atau 3.5). punya la susah nak carik kasut orang dewasa size 3. paling kecik pun 4. siti ni tingkatan tiga. badan besar aku. tinggi pun tinggi aku. tapi boleh plak kaki saiz 3? sudahnya salesgirl tu cakap "saiz 4 ni paling kecik. kalau masih tak muat, kene gi kat tempat kasut budak la kak". hahaha sedap aku gelak. dia lak segan. aku bawak kat tempat kasut budak. ada la size 33. tapi dia tak bekenan. dah malas aku nak carik lagi. masa nak berbuka pun dah dekat. kitorang terus gi McD. berbuka kat McD jer tadi. abis berbuka, ajak dia gi parkson sekejap sebab dah alang-alang dekat dengan McD tu. ako heret dia terus ke tempat kasut budak. haha. last-last, dapat la kasut dia. pastu terus pecut balik.

aku tak soping pun. takder benda nak dibeli. dari tahun lepas lagi aku dah takder nak beli kasut raya ker, beg raya ker. pasal kalau aku beli gak, mesti banyak mulut yang bising. hehe.

adehh sedap aku gelak

"hoi! sapa tu? kalau orang, cakap orang. kalau kucing, cakap kucing"

"kucinggg"

bwahahahahahahahaha mengong sungguh kucing, eh, pencurik. hahahahaha. suka la tengok iklan raya tv3 yang adibah noor tu. petronas nyer iklan raya taun ni kureng.

Thursday, September 18, 2008

koboi

petang tadi berbuka dengan ni jer. huhuuu


bukan yusuf taiyoob, kurma sahara y'all


starbuck's tiramisu


big apple's doughnuts


*****

ehh, ermmm aku cam suka la kat si hansen, host the breakfast show ntv7 tu. erkkk

pastu, aku lebih suka tengok kalau zed zaidi berlakon bawak watak bapak. macam yang dia berlakon citer ramadhan rafique taun lepas. taun ni citer ramadhan pertama. budak montel sara tuh pun ada. korang tak kenal zed zaidi? huh!! ako kalau tak pasal mak aji ayang, pun tak kenal gak. haha.

naper ekk, tiap kali lepas berbuka, mesti pala ako sakit. sakit sebelah. macam migrain.

oh ya, aku nak tengok pelem Kami the movie la raya nanti.

Friday, September 12, 2008

pehhhh

sukacita dimaklumkan, minggu depan bersamaan dengan 15hb september 2008 jatuh pada hari isnin, aku dah mula cuti. cuti sampai raya nanti. 6hb oktober baru mula keja balik. sungguh gumbira hati beta.

aku memang selalu cuti awal pun kalau bulan puasa ni. memang sengaja kumpul cuti untuk amik cuti bulan posa. soalan lazim yang akan ditanya kalau cuti awal masa bulan puasa ni, antaranya:

"buat kuih eh?"

"nak cat rumah ke cuti awal-awal?"

"ko pegi wat umrah ke?"

hah! wat kuih?? takder maknenyerr. setakat aku hidup ni, tak pernah lagi aku wat kuih raya. cuma dua tahun lepas tu, ada la aku cuba wat biskut: biskut arab, biskut coklat rice dengan biskut apa lagi satu ek, lupa dah. itu jer la. pastu takder dah aku teringin nak buat lagi. penat wooo duduk mencetak biskut tu. tabik spring aku kat orang yang rajin wat biskut dengan kuih raya nih. aku kalau nak kuih ker, biskut ker, aku bagi jer kertas ada cap kepala agong, pastu dapat la kuih atau biskut. ala sistem barter gituuuu.

nak cat rumah? hmmm cam teringin gak tapi setakat ni belum konfiden la nak wat keje-keje mengecat neh. karang jadi cam lukisan abstrak lak rumah aku. aku okey jer. takut mak aku jer karang kene kejutan.

gi wat umrah? insya allah, aminnnnn. sape tak nak kan?

cuti dua minggu ni sebenarnya banyak keje gak kene buat. tadi aku dah mula turunkan (betul ker penggunaan perkataan ni?) langsir. selalunya anta ke laundry jer. tapi tahun ni nak cuci sendiri jer la. pastu esok, ada la budak-budak opis, aku mintak tolong diorang cat rumah (bahagian dalam). dah empat taun tak tukar cat. dah muntah angin aku tengok kaler pink kat dalam rumah aku tu. tak tau la kerja mengecat tu amik masa lama ker tak. alaa bukan besar pun rumah aku tu. paling lama pun dua hari kot.

pastu, hari isnin atau selasa tu mungkin kalau grill dah siap, diorang pasang grill kat tingkap dengan pintu dapur rumah aku tu kot. hehe baru nak pasang grill. itu pun kalau tak pasal aku terserempak dengan bayang manusia kat belakang rumah aku dua minggu lepas.

setakat ni, itu jer la kot.


Tuesday, September 09, 2008

ada suami time nak raya camni kan best

korang tau tak bila masa yang aku rasa cam nak sangat sangat sangat ada suami?

dah. takyah piker. biar aku jawab sendiri.

masa, tika dan waktu itu tidaklah lain dan tidaklah bukan di bulan puasa yang mulia ini. serius. sejak aku duduk rumah sendiri, tahun ni dah masuk tahun kelapan. tiap-tiap bulan puasa ni la yang aku rasa cam nak sangat ada suami.

nak tau naper?

bukaaaannnn. bukan pasal nak cium tangan suami di pagi raya. atau nak berjalan raya dengan suami. tapi sebab di bulan puasa ni la aku kerja keras. jadi spider(wo)man. nak panjat tingkap. nak pasang curtain. nak angkat karpet. nak cuci simen belakang rumah. nak cuci longkang. nak angkat pasu bunga. semua tu aku kene wat sendiri.

huarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Thursday, September 04, 2008

rezeki bulan ramadhan

nisa & jimah

kat atas tu gambar anak-anak buah aku. anak kakak aku yang no. 2. aritu aritu lepas spm, jimah dapat offer kat UIA. ada la dalam dua bulan dia kat sana. pastu dapat tawaran belajar ke Jordan. amik kursus bahasa arab kot. dua hari lepas dia dah berangkat ke sana. masa majlis nikah nisa aritu, kitorang pakat-pakat dok sakat dia "haa belajar elok-elok kat sana. ni balik karang sure bawak suami orang sana". hahaha berbulu jer kakak aku dengar.

pembetulan: rupanya jimah baru nak berangkat ke sana jemat (12/9/08) ni. hehe.


fiza & nisa

fiza, bini abang aku. aku tak reti nak panggil kakak sebab dia muda beberapa tahun dari aku. eheh. dia dapat kenaikan pangkat. sebelum ni keje kat kota kinabalu, sabah. sekarang dah pindah balik ke kl. baru-baru ni gak la.



indah & siti

ni kakak no. 3 (atas aku). dia pun dapat kenaikan pangkat gak. kene kat sri aman. arini wat report duty. perjalanan dari kuching ke sri aman lebih kurang dua jam setengah. kiranya nanti kalau nak balik, masa ujung minggu jer la. apa la nak jadi kat budak-budak enam orang ni.


diorang dera maksu ker maksu dera dorang ;)


Tuesday, September 02, 2008

apa punya mengong la!!

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

dah la aku tensi sebab rasa fobia tiap kali berada kat bahagian dapur rumah aku ni. elok-elok ako ngarang 1000 patah perkataan, time nak post, bole ilang camtu je!!! huarghhhhhhhhh double triple tensi aku camnih!!!

dah! malas dah aku nak taip lagi sekali.

mode geram: ON