Monday, June 30, 2008

kaedahnya 2

kalau nak dipikir dengan akal logik aku la kan. kalaulah seorang perempuan dirogol, harus berlaku pergelutan di antara mangsa dengan si perogol sebagai langkah mempertahankan diri. lainlah kalau perempuan yang dirogol itu berada di dalam keadaan tidak sedar diri. dan kalaulah setelah bersusah payah sehabis nyawa mempertahankan diri tetapi masih juga dirogol, akan sedia maklumlah bahawa sekuat mana la sangat kudrat kaum perempuan kalau nak dibandingkan dengan kudrat kaum lelaki. ataupun perogol menggunakan senjata (pisau, pistol, gergaji, tukul, dll) untuk mengugut si mangsa.

kalau la pulak seorang lelaki dirogol (?) / disodom oleh kaum yang sama. pada pendapat logik aku la kan, seharusnya juga berlaku pergelutan untuk mangsa sodom mempertahankan diri dari disodom lain la kalau si mangsa memang rela akan perlakuan tersebut dan kalau rela maka tidaklah digelar mangsa. yer tak?

lalalala sindarellaaaaaaaaaa.

Wednesday, June 25, 2008

again??

got this from an email.

News announced last few days ago " Fuel will increase up to RM4 per liter this coming August....."

Recession is coming. Make your own judgment, don't panic !! Do what is wise. The recession looks very eminent. It is really time to take pro active steps to avoid a painful time in the next two years which is how long the recession is expected to last.

Suggestions:

1. Don't take any loans, buy homes, properties with loans, or even cash. Keep as much cash as possible.

2. Pay off as much of personal loans, private loans, as debt collection will be hastened.

3. Sell any stocks you can even at lower prices.

4. Take money off from Trust Funds.

5. Don't believe in huge sales forecast from customers, be extremely prudent, lowest inventories, reduce liabilities.

6. Don't invest in new capital.

7. If you are selling homes/ properties/ cars , do it now, when you can get good prices, they are going to fall.

8. Don't invest in new business proposals.

9. Cancel holiday plans using credit cards.

10. Don't change jobs, as companies will retrench based on 'last in first out'. Stay cool, wait, and if you took all of the above actions and more, you probably will be better off then many.

This is not a rumor. Bear Stearns is the first of many banking and financial institutions that will start falling in the not too future. If Bear Stearns can fall, so can JP Morgan, Citibank, HSBC, and the whole world. US economy falls, the rest will crumble. India and all those self economies will be the most protected, but not gullible. Europe may be a little stronger, but not China, another giant! Malaysia will see significant impact.

Wednesday, June 11, 2008

aku jawab 2 tag sekaligus!!

aku hutang 2 tag dengan nana dan acu. so arini aku jawab dedua sekali. memana yang kurang tu nenanti la ako tambah. kalau tak tertambah tu, sampai hok yang tu jer la yek, ehekk

7 fakta mengenai saya


1) kalau berada di puncak amarah, aku akan senyap jer. kalau aku senyap, jangan usik atau tegur-tegur aku. tunggu sampai ako sejuk, nanti aku akan jadi normal balik.
2) tak reti bawak basikal
3) tak reti berenang
4) tak suka lantai melekit
5) pantai, cuaca mendung berangin (cuaca cantik), temankan kengkawan soping, dengar berita kengkawan tengah bahgia: semua tu buat aku bahgia yang teramat sangat [dan dengki gak ;)]
6) ako rabun. tak suka pakai cermin mata dan ngeri nak pakai kanta lekap. aku cuma pakai cermin mata time tengok wayang, drive (hari ujan & malam) atau pada waktu yang memerlukan aku untuk tengok sesuatu yang jauh :D
7) aku ada satu keinginan yang belum tercapai sampai sekarang. sejak dulu lagi (dari umur 13 tahun) aku suka sesangat sangat sangat tengok orang main drum dan teringin sangat sangat sangat nak main / pandai bermain drum. drum adalah salah satu alat muzik yang aku teringinnnnnnnnn sangat sangat sangat nak main selain dari gitar.

7 perkara yang menakutkan saya

1) cerita atau gambar-gambar yang mengerikan (citer orang bersalin ker, accident ker, tangan tersepit ke pintu keta ker, jarum tercucuk ke mata ker erkkk)
2) ta ya kap wau sin (ini adalah binatang yang aku paling tak suka sebab aku geli)
3) lintah, pacat, ular, ulat, cacing (eeee geli)
4) aku suka aktiviti lasak tapi apa-apa aktiviti yang melibatkan air buat otot-otot aku rasa tegang semacam

7 lagu buat masa sekarang yang terngiang2/ diminati

1) with or without you by U2
2) learned from the best by whitney houston
3) telephone by sheena easton (hehe)
4) hampir semua lagu runut bunyi citer AADC
5) life is like a boat by Rie Fu (sound track Bleach)

7 perkara/ perkataan yang selalu saya sebut

1) aih
2) ngantok eh
3) masalah dunia
4) mainan perasaan
5) nang tekgin
6) *****
7) ******

7 perkara amat bernilai pada saya

1) keluarga
2) kengkawan
3) jam tangan yang dibeli dengan gaji pertama
4) gambar-gambar dengan famili dan kengkawan

7 pertama kali dalam hidup

1) snorkeling (orang yang bawakkan) kat pulau manukan, sabah
2) first dapat surat chenta (kononnya) masa darjah 3
3) lulus ujian memandu (selepas ako rasa cam nak cocok jer perut boroi org jpj tuh)
4) beli keta masa umor 25 tahun
5) beli umah masa umor 26 tahun

7 orang yang saya mahu tag

1) ikal
2) lintang
3) arai
4) ichigo kurosaki
5) abarai renji
6) rusmah manzur
7) razidah ajis


5 hadiah yang aku mahu dan kenapa

1) Laptop Dell (kaler merah) sebab aku nak jugak laptop kaler merah.





2) Rumah banglo satu tingkat atas tanah


mcm ni la lebih kurangnyer

ada taman. 1 bilik mak, 1 bilik aku, 1 bilik bacaan, 1 bilik khas untuk pakaian, 1 bilik untuk kasut dengan handbag, 1 bilik untuk mini gimnasium, 3 bilik untuk tetamu, satu kawasan untuk bebudak main, satu kawasan untuk makcik-makcik melepak sambil wat ketupat erkkk

3) vw beetle (kaler merah)



dari dulu aku memang mengidam sangat nak ada keta vw beetle kaler merah. cute sangat kan? macam aku gak. erkkk


4) duit rm5 juta (bukan banyak pun aku mintak) dalam akaun bank aku

5) kedai buku yang penuh dengan buku-buku dan majalah-majalah. sebab?? ishhh lagi mau tanya ka??



Thursday, June 05, 2008

"tak guna!!!", kata chibi maruko chan dengan suara comelnya

gaji naik 7% jer tapi barang-barang keperluan asas naik 70%. apekeheinyerrrr????

beras wangi cap rama-rama yang aku biasa beli rm32 sekarang dah rm55!!!!!

bos aku kata, sakit ati memang la sakit ati, tapi kita takleh wat ape pun, change our lifestyle jer la.

aku kata, memang la tak leh wat ape pun, tapi aku nak juga ngerepak (membebel) untuk melampiaskan rasa sakit ati ni.

semalam lepas dengar rega minyak naik, aku plan nak naik basikal jer untuk pegi keja. dari rumah aku ke opis amik masa tak sampai 15 minit jer kalau memandu. maknanya kalau aku berbasikal, aku kene gerak kol 6.30 pagi dari rumah. sampai opis baru mandi dan bersiap-siap. selain dari dapat menjimatkan minyak, menyelamatkan alam sekitar dan lapisan ozon, boleh menyihatkan badan gak (mau nyer peha macam kayu balak dah lepas tu kan?). keta aku tu, aku wat gesel-gesel dengan pagar rumah aku jer lah. ehekkk

tetapi, sebelum semua tu terealisasi, aku kene la carik kelas belajar menunggang basikal dulu.

adehh dehh

notakaki: antara blog orang rajin mengupas isu semasa
hiks ;)