Wednesday, May 28, 2008

ingat apa ntah

selalunya pagi-pagi bila aku nak gi keja, kunci pagar rumah memang dah bukak. mak aku yang bukak. tinggal aku nak tarik jer pagar tu, masuk keta, reverse, terus jalan.

tapi kadang-kadang, mak aku lupa nak buka kunci pagar. bila kejadian kadang-kadang-mak-aku-lupa-nak-buka-kunci-pagar tu berlaku, aku sendiri la yang bukak kunci. tarik pagar, masuk keta, reverse, terus jalan.

hari ni, kejadian kadang-kadang-mak-aku-lupa-nak-buka-kunci-pagar tu berlaku. maka aku plak, seperti biasa bila kejadian kadang-kadang-mak-aku-lupa-nak-buka-kunci-pagar tu berlaku, bukak kunci pagar, masuk keta, reverse, gedebak!!!

ya, aku lupa nak tarik pagar. tau-tau montot keta aku dah berlaga lite-lite dengan pagar. nasib la aku reverse slow, jadi melecet la sket kulit montot keta aku tu.

adehhh

Monday, May 12, 2008

okey ler tuh!!

been busy till end of the month. kalau rasa cam boring, gi sini untuk bacaan dan pautan-pautan yang best.

Friday, May 02, 2008

boring ngedet di tempat yang sama je? cuba la ke sini plak: MASKARA 8

MASKARA 8

Tarikh: 3 Mei 2008 (Sabtu)
Tempat: Rumah Pena
Masa: 8.30 pm

Juru acara: Mat Jan

Menampilkan;

1. Marsli N.O (Pemikir, penyair, aktivis sastera dan bloga)
2. Nazri M.A (Lelaki cute pada era selepas zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah)
3. Azwan Ismail (Berikan dia gula)
4. Basri D.S (Othello oh Othello, di manakah kau sembunyikan cinta?)
5. Derrick Jaramilo (Penyanyi Axe-rock dari bandar Dr. Mahathir (Panama) dengan iringan kugiran The Junk)
6. Salhan K. Ahmad (Biarkan dia dengan notanya, mahu dilukis erti gelisah, tapi pen tiada)
7. Taf Teh (Awek KL yang fusyen)

Juga;

Jualan buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah yang baru keluar dari mesin cetak.

SABOTAJ III

Himpunan catatan tanpa seluar dalam oleh 10 Sol-Jah kacak.

GANGGUAN TEKSUAL THE BLOOK

Himpunan catatan tanpa segan silu oleh bloga-bloga tempatan yang hot dan seksi.

Awww! Muahh! Muahh! Muahh!

Datang itu wajib.
-- "You Wanna Gum Sol-Jah?"
http://sol-jah.blogspot.com