Wednesday, January 23, 2008

o kome, deghoyan dah berbunge

aktiviti waktu rehat yang panjang di hari jumaat

yang tulus mulus


yang gebu montel

yang tak sabar-sabar

yang mengidam

Tuesday, January 08, 2008

pernah tak ..

1) pernah tak korang: pergi bercuti di luar kawasan, berada di tempat awam. kendian gi makan-makan, minum-minum dengan kawan berlainan jantina dengan kamu yang baru dikenal semasa bercuti. huha situ huha sini huha sana. bila balik ke tempat penginapan, korang baru perasan yang baju yang ko pakai rupa-rupanya TERBALIK!

2) pernah tak korang: berada di pejabat. menerima berita gembira. kemudian menari terkinja-kinja ala tarian zimbabwe. kemudian terdengar bunyi berdehem. dan bila ko toleh ke belakang. hwallahh!!! CEO ko tengah menyaksikan ko menari zimbabwe.

3) pernah tak korang: tengah terdesak nak membuat 'hajat kecil' di 'bilik kecil' dan tiba-tiba datang rakan sepejabat memberitahu bahawa CEO carik ko dan ko terus membatalkan keterdesakan ko nak membuat 'hajat kecil' dan terus berlari dengan pantas, laju dan deras menuju ke bilik CEO. sampai-sampai, CEO ko tanya "ni pen merah ke pen biru eh?". [dukacita dimaklumkan bahawa tuan ceo itu buta warna dan AGAKnya semua kakitangan opis tu pun buta warna kecuali minah yang tengah dalam keadaan terdesak tu. kot.]

4) pernah tak korang: menghantar sms kepada suami yang berbunyi "yang, kalau nak makan, goreng jer ayam dalam peti ais tu ye" dan setelah sms di hantar baru ko perasan rupanya ko dah tersalah anta sms tu ke orang yang baru ko berhubung (melalui telefon) sekali, untuk membuat tempahan padang futsal!

nota kaki: semua kejadian-kejadian di atas berlaku ke atas empunya blog ini kecuali kejadian yang terakhir. chill babe :D

Wednesday, January 02, 2008

i wish




ehemmm korang tengok per tu? ehehehehehe taun-taun baru ni, citer paling hit mesti la pasal azam kan? azam itu azam ini. aku bukannya heran sangat pun nak berazam-azam ni. pasal bukan aku penah buat pun. lagipun, kalau aku nak wat azam, aku leh buat bila-bila masa je. takyah tunggu taun baru.

tapi ini taun ada lain maaaa. ini taun buat pertama kalinya, aku nak berazam di tahun baru. azam aku kan, ermmm kan, errrrr kan, azam aku kan, errrrr aku kan, hmmmm aku berazam nak ada perut cam gwen stefani tu ker, fergie ker, bipasha basu ker. ngeee :D

chaiyyo chaiyyo!!

dalam hati ada taman