okay, kamu-kamu di tanah semenanjung malaysia sedang menikmati cuti diwali? sukacita aku nak memaklumkan, di tanah aku, bumi kenyalang, cuti diwali yillek. kitorang kirja ada jugak.
kalau korang datang ke sini, jangan la nak tanya soalan seperti:
"eh, kat sarawak ni takder orang india ke?"
soalan tersebut bersamaan dengan soalan seperti:
"eh, kat semenanjung ni takder orang iban ke?"
jawapan bagi kedua-dua soalan:
ada, tapi tersangatlah kecil bilangannya.
oleh kerana bilangan yang kecil itu, maka kitorang tak der cuti perayaan diwali.
ah?? rugi? hmmm rugi tak rugi tu, tak juga la. sebab kitorang ada cuti gawai dayak 2 hari. ermmm korang ada?? erkkk
diwali varthukel kepada semua penganut hindu dan selamat bercuti kepada kamu-kamu di tanah melaya.
tosei capati maruku popedem roti naan kari dhal, nallarekek, amma.