Friday, August 29, 2008

salam ramadhan

kawan-kawan dan sedara sedari sekelian. sok lusa kita dah nak menyambut bulan ramadhan. cepat tul masa berlalu. di kesempatan ni, aku nak mintak maaf mintak ampun kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata, gurau senda yang melampau, samada secara sengaja atau tak sengaja.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa kita diterima dan diberkati, insya allah.

Monday, August 25, 2008

sumpah

wah wah wah dah macam trend la pulak sekarang ni. lepas ni sape pulak ek?

Tuesday, August 19, 2008

benda paling gila ko penah buat

dalam hidup korang, ada tak benda yang paling gila atau paling merepek yang korang penah buat?

ni nak pecah rahsia. dulu masa kat itm, aku ada la syok kat sorang budak ni. erkkk. hahaha. sebelum tu, aku nak bitau korang hmmm aku dulu (sampai sekarang rasanya) kan, aku suka kat orang yang hmm dia macam tak kacau orang tau. macam spesis yang bawak diri je. ehh susah la aku nak cakap spesis yang camner. cuma aku jer yang tau. haha.

masa tu, aku dah nak semester akhir dah rasanya. ker semester kedua terakhir. dah tak ingat lagi dah. ada la sorang budak laki ni. ermm dia kira senior la. budak banking kalau tak silap. aku suka la tengok budak ni. roomate aku tau aku minat kat dia. jadi satu hari tu, dia suh aku approach budak tu. ishh ape ke gila aku nak approach orang. bukannya dia kenal aku pun. tak tau pun akan kewujudan aku neh. lagipun aku setakat suka gitu-gitu jer. sebab dia cam pendiam, down to earth, selalu gi surau, erkkk. haha.

entah cemana la satu malam tuh, hantu mana ntah merasuk aku kan. aku wat satu benda yang bila aku ingat jer, mesti aku rasa cam cilakak punya malu. aku buat, hmmm aku rekod suara aku kat tape, ntah apa la aku meraban kat tape tuh, pastu aku suh kawan aku bagi kat budak tu. tapi aku tak bitau la sapa aku. kira cam peminat rahsia gitu la. hakptuihhhhh *ikon geli anak tekak.

selang sehari pas tu, aku dapat surat dari budak tu. panjang gak la surat tu. entah mana la aku letak surat tu ek. isi surat tu aku dah tak ingat tapi kat ujung surat tu, dia mintak nak jumpa aku. pehhhhh masa tu perut ako dah rasa cam tak berada kat perut dah. rasanya organ dalaman aku dah tak berada di tempat yang betul. jantung dah ke perut. limpa dah ke lutut. usus dah ke siku. nak pegi ke tanak pegi. tanak pegi ke nak pegi. budak-budak dalam bilik smer dah hasut aku suh pegi. dia siap bagi tarikh, masa dengan tempat nak jumpa tu. dia akan tunggu kat tempat tu, pastu kalau aku sampai, dia suh tegur dia sebab dia tak kenal aku.

pada tarikh dan masa yang dah ditentukan tu, aku pun buat keputusan. hmmm korang rasa, aku pegi ker tak pegi? hehehe ;)

bila difikir-fikir, rasanya tu la benda paling gila, merepek dan memalukan yang aku penah buat. aku salahkan hantu yang merasuk aku malam tu punya keje la tu.

tapi bila difikir-fikir balik, ada lagi rupanya benda yang paling merepek yang aku dah buat. aku kan, suka kat cuaca yang nak kata panas tak panas, nak kata mendung tak mendung, nak kata berangin pun berangin la, pendek kata, cuaca cantik la.

bila kejadian cuaca cantik ni berlaku, aku akan rasa macam tanak keja. rasa cam lepak kat umah tido pun best. rasa cam jalan-jalan atau pandu kereta kat jalan lengang pun iyer. rasa cam nak makan seafood kat tepi pantai pastu dengar bunyi air pasang sambil ditiup angin laut pun lagi la heaven.

selalunya kalau cuaca cantik camtu, petang-petang aku akan drive sorang-sorang kat satu jalan ni. jalan bako / demak. (kalau dulu aku suka gi jalan santubong tuh). jalan bako / demak tu lengang. aku akan pandu keta perlahan sambil dengar lagu.

pastu, dalam memandu tu, aku akan pejam mata sambil terus memandu. aku akan pastikan jalan yang aku nak memandu sambil pejam mata tu, jalan lurus. aku akan pejam mata dan memandu dan terus memandu. mula-mula aku kira lima saat (ikut saat kat jam tangan aku). lepas lima saat, aku akan bukak mata. pastu tutup lagi sambil menambah saat dan kelajuan. tapi selalunya takkan lebih dari 60km/j la. dulu aku selalu wat camtu. pastu cam dah lama tak buat.

hari ni, cuaca cantik sangat. dari pagi tadi sampai la ke petang tadi. cuaca redup. balik keje tadi aku gi la kat jalan tu. pastu aku buat la memandu sambil pejam mata tu. setakat ni, aku bole memandu sambil pejam mata 40-45 saat je pada kelajuan 60km/j di jalan lurus la.

petang tadi masa tengah memandu tu, kawan aku tepon. dia tanya aku kat ner. pastu aku terlepas cakap "drive sambil pejam mata". pastu aku dapat ceramah percuma dekat setengah jam dan dapat sijil gila sekali. adehhh.

yer, aku tau la benda tu bahaya. tapi entah, aku rasa cam nak jugak buat. hati aku macam digaru-garu untuk buat benda tu. pasni janji tak buat lagi dah. ehekk. tengok keadaan cuaca gak la ;)


korang? ada tak benda / perkara yang paling gila / merepek yang korang penah buat?

Wednesday, August 13, 2008

"something is wrong somewhere", auntie mary

ramai kengkawan aku, diorang tak suka tengok citer seram. jadi, kalau aku nak tengok jugak, aku akan amik cuti, gi nonton sorang-sorang time orang keja.

sekarang ni, aku tak nak buang cuti semata-mata nak gi nonton, sebab aku tengah kumpul cuti untuk bulan puasa nanti. selalunya bulan puasa, aku akan mula amik cuti dua minggu sebelum raya dan seminggu untuk cuti raya. maknanya aku cuti tiga minggu.

hmmm sian aku. takder sapa pun nak temankan gi tengok citer Susuk :(

Monday, August 04, 2008