Monday, May 08, 2006

gawangnya bolos

hari sabtu lepas, aku ikut budak-budak sepejabat gi main futsal. selalu gak diorang ajak. ntah cemana lak hari tu aku tergoda untuk ikut diorang. sampai-sampai jer, takder stretching ke haper, terus main.

berkejar ke sana. berkejar ke sini. orang sepak bola. aku sepak kaki orang. orang hantar ke pintu gol. aku hantar ke luar garisan. masuk separuh masa kedua, diorang suruh aku jadi goalie. hah! elok sangat la. rasanya dalam masa 15 minit aku jadi goalie, 3 gol masuk kat pintu gol yang aku jaga. kemudian diorang suruh tukar lak. orang lain lak jadi goalie. aku main balik.

keputusannya, kumpulan aku kalah 6-4. okay la kan? tapi seronok la main. sepak-sepak kaki orang. orang sepak kaki aku. itu belum lagi dengan jeritan-jeritan yang ntahapehapentah. mesti dak lelaki yang ada kat situ kata "hah..pompuan la ni..main nyer ke mana..jerit jer lebih".

hadehhh..sakit kaki..

Sunday, May 07, 2006

AWAS!!!


poster nasha aziz untuk teater Lantai T. Pinkie yang kononnya tak boleh diletakkan di billboard sepanjang jalan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.

Friday, May 05, 2006

bleaching process?


hari rabu lepas, aku turun keje dengan semangat. semangat sebab, dari hari rabu tu, sampai hari jumaat, bos-bos takder kat opis. jadinya, kita bole main bola. hari-hari kita main bola.

macam biasa aku sampai opis sebelum kol 8 pagi. dalam borak-borak dengan Win, CEO aku pun lalu. dia masuk kat tempat aku tu, terus tanya, "eh, u tak pegi course ker ari ni?". aku pun jawab, "tak". dia pun suruh aku call HR exec. aku sambungkan talian. dia cakap-cakap sekejap dengan HRE, lepas tu, "hah, u pegi sekali course tu".

maka aku dengan muka masam (lebih masam dari asamboi), dengan muncung panjang (gamaknyer kalah muncung itik) pun pegi la Patent Registration & Procedures Course yang diadakan pada 3 - 5 Mei 2006 oleh SIRIM Berhad tu.

yang hadir course tu, mostly are researchers. jadi aku tengah fikir-fikir, ape ke hei nyer aku, seorang pencatit masa merangkap pencatit nota, disuruh pegi kursus tu. nasib la ada beberapa orang yang bukan teknikal pun ada gak kat situ, so am not the only one.

hari pertama, walaupun ngantuk, kira aku beri perhatian jugak la. ape yang dicakap tu quite interesting jugak la.

masuk hari kedua, aku escape sekejap sebelah pagi. sampai-sampai jer, diorang baru lepas tea break. aku pun dok kat kerusi. tup-tup Mr. Ong (fasilitator) datang dekat aku, "hi, good morning. so, how do you find the course?". dan aku yang baru sampai, beg masih lagi di tangan, dengan separa yakin menjawab, "oh, so far, okay". bila Mr. Ong tu pegi ke depan jer, aku dah gelak-gelak. ada beberapa orang yang menyaksikan adegan tu pun gelak. ni, samada Mr. Ong tu betul-betul tanya aku, atau dia sindir aku? aku rasa dia sindir aku la tu. eheh, sabar jer la.


pagi tadi yang merupakan hari terakhir, setengah hari je. penyampaian sijil dan cenderahati. juga sesi bergambar.

Tuesday, May 02, 2006

dolu dolu

masa kecik-kecik dulu korang ada tak tabiat yang pelik-pelik? maksudnya, suka gentel bucu bantal ker, gentel pusat ker. ada sesetengah orang lak, tabiat pelik-pelik tu, terbawak-bawak sampai ke dah besar panjang tahap mak bapak budak.

aku ada sorang anak sedara, Edos, umur 11 tahun. dia masa kecik dulu suka betul gentel bucu bantal kat muncung mulut (bahagian atas bibir) dia. kalau tak der bucu bantal, dia guna ujung jari. tak cukup dengan jari dia, dia boleh selamba amik tangan kita yang duduk sebelah dia, tarik tangan kita, then letak kat muncung dia. sampai sekarang dia masih ada tabiat tu.

pernah kene kecacingan masa kecik-kecik dulu? sekarang ni senang la ada zentel segala kan. dulu masa aku kecik (dalam darjah 6 kot), selalu gak la ikut mak aku ni pegi rumah sedara, aku panggil Nek Mok. ada sekali tu, masa pegi rumah nek mok ni, malam la. mak aku pun tanya, dia tengah buat apa. rupanya dia tengah suluh montot cucu dia, katanya ada cacing (kerawit ker) kecik-kecik kaler putih keluar. cacing ni cuma keluar malam time bebudak tido jer. kawan aku, Naz kata, nenek dia letak minyak kelapa (eh naz?) kat montot, nanti cacing tu keluar. tak penah lak mak aku buat kat aku. ker mak aku buat time aku tido, aku tak sedar ye tak? erkkkk tak sesweii la makkk..

aku dulu masa kecik-kecik, seingat aku, takder la nak bertabiat sangat. tapi time tu kengkawan aku smer lelaki. main pun, mainan lelaki. tu yang aku lasak semacam. cuma tinggal lagi, dulu masa kecik, aku lambat tinggal puting errrr maksud aku, masa darjah satu, aku masih menyusu botol. tapi bukan air susu pun kat dalam botol tu. air oren ker, sirap ker. cuma tinggal lagi, aku nak jugak minum dari botol susu. tanak guna gelas ker hape. puas dah mak, bapak dengan kakak aku suruh aku berenti nyusu botol. tapi aku masih gak menyusu. balik-balik sekolah jer, perkara pertama yang aku buat, letak beg sekolah, terus aku baring, bapak aku akan bagi botol yang berisi air oren atau sirap atau sarsi ker.

jadi satu hari tu, macam biasa balik sekolah, aku terus baring dalam bilik. tunggu-tunggu bapak aku bagi botol, tak jugak ada. sudahnya aku ngamuk. kakak aku suh amik sendiri botol susu tu. aku pun pegi la amik. belum sempat aku nak letak kat mulut, aku terus tikam botol tu kat tingkap sambil meraung tahap histeria.

citernya, kakak aku upah jiran sebelah rumah amik cacing, letak kat puting botol susu tu. boleh???? sejak itu la aku stop minum guna botol susu. dan aku cukup GELI kat menatang nama cacing dan apa-apa jer spesis yang menggelianggeliut nih.

Monday, May 01, 2006

AIM 13

dimulakan dengan lagu Rentak Disko dari VE. persembahan yang biasa-biasa je. aku suka cara afdlin (& bob) buat intro musicians. rasanya kalau afdlin sorang jadi pengacara pun okay. bob? hmmmm

secara keseluruhannya, agak hambar. mungkin masa yang terlalu lama. atau mungkin persembahan dari artis-artis yang tak meninggalkan kesan, kecuali persembahan jamal dan m. nasir. celoteh penyampai-penyampai anugerah yang asyik2 tanya 'u pekabar?'.

aku harap-harap gak adibah noor menang. at least sangkut satu. yang pasti, ini memang tahun jac. dan siti menang vokal lagi. memang patut pun. sian minah ni nak buat ucapan pun terpaksa kaverina dah. nak cakap buat yang tersayang, karang kene perli lagi. sudahnya cakap semua yang disayangi. hahaha. soheh she's in cloud nine.

persembahan penutupan dari spider. tak memberi kesan. baik letak persembahan jamal dengan m. nasir sebagai penutup. aku tunggu-tunggu gak amy search nyanyi. rupanya dia jadi penyampai anugerah je. aisehh

kesimpulannya, siti dan dayang dah gemuk. perut dah muncit. ahaiii..