Friday, January 26, 2007

Berdua Lebih Baik

by Acha Sepriasa

lihat awan di sana
berarak mengikuti
pasti dia pun tahu

ingin aku lewati
lembah hidup yg tak indah
namun harus ku jalani

berdua denganmu
pasti lebih baik
aku yakin itu

bila sendiri
hati bagai langit
berselimut kabut

Wednesday, January 24, 2007

hilang

"tengahari amik apis dgn edos jak. yan balit petang. ct balit kol 4" sms dari kakak aku.

keter abang ipar aku rosak. jadi dia pakai keter kakak aku. sebab opis aku dekat dengan sekolah budak-budak ni, jadi aku la tukang amik diorang. semalam macam biasa, tengahari aku amik la apis dengan edos balik sekolah. petang kol empat aku amik la siti pulak.

petang masa balik dari pejabat kol 5 aku terus ke sekolah yan. aku tunggu 5 minit, dia tak muncul. kebetulan anak adik ipar kakak aku yang sekolah sama kat situ ada tengah tunggu bapak dia amik. aku tanya la dak aiman tu, ada tengok yan tak? dia kata takder. aku tunggu lagi. aku kol kakak aku tanya kot yan balik tumpang keter jiran diorang. kakak aku bagitau takder pun.

aku check kat kantin sekolah. kosong. check dalam jamban. kosong. bapak aiman pun tolong cari sekali. pun takder jugak. uikkk anak buah aku hilang??? nak kata dia ikut orang yang tak dikenal, tak mungkin. budak darjah 5. bukan budak kecik darjah 1. lagipun selalunya dia memang akan tunggu jugak aku amik kalau lewat sekalipun.

aku kol kakak aku balik bitau dia aku dengan bapak aiman dah checked satu sekolah tapi yan takder. kakak aku panik. suara pun dah cam nak nangis. aku rasa sah-sah dia nangis masa dalam keter nak balik tu. aku dengan bapak aiman masih tunggu gak kat sekolah tu tunggu kakak aku datang. tak tau nak buat apa dah. kalau confirm hilang, buat repot polis la kot.

kol enam petang kakak aku tak muncul lagi kat sekolah. terkandas kat jalanraya. aku kol dia balik.

"ko cuba kol lagik kat umah nei tauk dah sampei" aku.

"ko balit jak. nya dah ada di rumah kau. tido" kakak.

"hah?? camnei nya balit?" aku.

"mak madah jalan kaki. kaktok ku nanyak lagik dengannya. nya gik tido ya" kakak.

rupanya yan dah ada kat rumah aku. tengah tido. BOLEH?????????????? kakak aku kol rumah aku tanya kot dia ada ke tak. mak aku bitau dia balik jalan kaki berhujan tengahari tadi. aku bitau bapak aiman, suh dia balik. yan dah ada kat umah.

dalam keter tu aku fikir-fikir. ape hal lak dia leh jalan kaki balik rumah. mesti tadi dia tak gi kelas fardhu ain. dia ingat aku amik dia tengahari cam biasa tapi aku tak muncul. dia fed-up tunggu lama. dia pun jalan kaki balik umah aku. itu andaian aku masa dalam keter nak balik umah.

pastu masa dalam keter tu, aku bayangkan dia balik jalan kaki dalam keadaan hujan lebat. sorang. dari sekolah dia kalau nak ke rumah aku tu kalau jalan kaki ada la dekat setengah jam jugak. dah tu memang kena ikut jalan besar yang banyak kereta lalu lalang. kena pusing round about yang besar tu lagi. tiba-tiba aku rasa sebak. entah. sedih. nangis. budus!!

sampai rumah aku tengok dia dah ada dalam keter tengah terpisat-pisat. aku tanya dia naper balik jalan kaki tak tunggu usu. dia kata kelas fardhu ain dia kena kensel. dia tunggu aku lama tapi tak datang-datang. dia nak kol, public phone rosak. last-last dia jalan kaki balik umah aku.

aku awal-awal pesan kat akak aku suh jangan marah dia. tanya elok-elok walaupun aku sendiri ada rasa cam nak marah. tapi bila tengok muka dia jadi cam kesian lak. tapi syukur alhamdulillah tak jadi apa-apa yang tak diingini. ishhh wat saspen betul budak ni. saja nak buat jantung aku bersenam.

pyan, atirah, edos & siti

Monday, January 22, 2007

lalalalala

i think i have forever but i don't.

Friday, January 19, 2007

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1428




MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Thursday, January 18, 2007

if this is your last day on Earth, what would you do?

aku tak boleh jadi cikgu. walaupun dulu pernah bercita-cita untuk jadi cikgu, tapi aku takkan boleh menjadi cikgu. walaupun menjadi cikgu atau pensyarah atau pendidik itu amatlah besar nilainya. belum lagi kira part pahala. ilmu yang diperturunkan sentiasa dipanjangkan sehingga ke generasi yang seterusnya.

kenapa aku tak boleh jadi cikgu? sebab aku tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. bagi aku, untuk menjadi cikgu, selain dari berkelayakan dan minat, hendaklah juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. aku, jenis yang tak sabar. aku ajar sekali, dua kali, tiga kali, empat kali. masuk lima kali kalau tak paham, habis. lagi satu, sebab aku jenis yang tak reti nak explain atau menghurai/menjelaskan satu-satu persoalan. aku paham aku sendiri jer. kalau ko suruh aku explain lagi panjang lebar. sah-sah aku tak reti.

aku tak boleh jadi doktor. ya, pekerjaan sebagai doktor juga adalah satu pekerjaan yang amat murni (ecewahhh murni pilihan bestari). menyelamatkan nyawa dan menolong orang yang di dalam kesakitan.

kenapa aku tak boleh jadi doktor? sebab aku tak boleh tengok darah. hemophobia eh? aku tak boleh dengar atau tengok jarum, orang luka, orang patah itu patah ini. jangan kata tengok. ko citer kat aku tangan ko luka sebab terhiris masa hiris bawang pun boleh buat aku rasa ngeri. secara otomatik urat-urat belakang aku rasa kecut. kalau kakak-kakak kat opis aku ni citer pasal hal beranak segala, aku dah duduk terjelepuk kat kerusi lemah tulang temulang. pegi hospital, tercium bau hospital pun aku dah longlai. belum lagi aku tengok yang berbalut kepala, bergantung kaki, berbekal kantung kencing, bercucuk jarum segala. arrgghhhh menulis ni pun aku dah rasa tak larat. jadi aku tak boleh jadi doktor atau jururawat atau apa-apa yang berkaitan dengan hospital atau klinik.

tapi, setiap hari selasa malam rabu, hati aku melonjak-lonjak, keinginan aku nak jadi doktor membuak-buak setiap kali aku tengok citer grey's anatomy. entah. aku pun tak tau naper. eheh.

apa jawapan korang untuk soalan di atas?