Monday, April 16, 2007

macam satu masalah besar pulak

seumur hidup aku yang dah masuk waktu asar ni, tak pernah pun aku pegi temuduga keja gomen. mana nak gi temuduga. isi borang (dulu mana ada online) pun tak penah. sekarang ni dah senang. ada online kalau nak apply. dulu abis belajar, setelah empat bulan menanam anggur, aku dapat keja kat pusat matrikulasi. itu pun secara tak sengaja pegi temuduga. aku sebenarnya temankan kawan aku. tup-tup orang tu suh aku temuduga sekali. dah tu aku plak yang dapat keja tu.

setahun lebih keja. aku bosan. aku try lak mintak keja kat tempat lain. tak banyak la permohonan yang aku buat pun. ada la satu dua tempat. masa tu aku dapat temuduga kat celcom. tak lama lepas tu, dapat temuduga kat tempat aku keja sekarang ni. masa tu aku dapat tawaran dedua temuduga tu. kat celcom aku dapat. kat tempat sekarang pun aku dapat. tapi aku pilih tempat sekarang ni la. sebuah organisasi swasta.

aku keje kat tempat sekarang sejak January 1998. sepanjang tu, aku cuma penah pegi satu temuduga jer. itu pun tempat keja tu amik data aku dari rekod lama. sebenarnya aku dapat gak kat tempat tu. cuma masa tu diorang takleh bagi gaji kat aku macam apa yang aku dah dapat kat tempat yang aku keja sekarang.

hujung tahun lepas, bila kebanyakan kakitangan kat pejabat aku di hantar ke HQ. aku jadi risau. bukan aku tanak keja kat HQ tu. somehow i guess i need new environment. cuma tinggal lagi. big boss kat HQ tu (aku habiskan ayat aku kat situ jer la ekk).

nak dijadikan cerita, dengan pertolongan wadi, aku pun cuba-cuba la isi borang online SPA. pastu, aku pun dah tak ingat apa-apa lagi. sehinggalah tadi, aku dapat surat yang bercopkan SPA Malaysia. pehhh saspen aku. aku bukak. SURAT PANGGILAN TEMUDUGA. hah!!! teruja gilerrr aku. tak sangka lak kena panggil gi temuduga. dah la aku lama tak pegi temuduga. pengalaman pegi temuduga pun tak banyak. pengalaman temuduga kat gomen pun lagi la tak penah langsung. dia suh aku gi temuduga 23 April 2007 jam 8:00 pagi.

sekarang ni, KATALAH aku dapat (hahahahahah lom interview lagi aku dah berangan dapat. konfiden siottt) yer ker aku nak? sebab, kalau aku gi keja gomen, memang la terjamin untuk jangka masa panjang. tapi sekarang ni, aku kena fikir pasal gaji. kalau aku keja gomen, aku akan dapat offer yang kureng. kureng kat sini bukan sikit. tapi lebih dari separuh dari apa yang aku dapat sekarang. abis tu camner??? sapa nak bayar rumah? kereta? jual bulu kaki la jawabnya. erkkk

tapi aku cam nak jugak gi temuduga tu. tapi. tapi. ahhhh. nak gi temuduga pun susah aku ni kan?? pegi jer laa. dapat tak dapat. belakang kira. ye tak?

Wednesday, April 11, 2007

pencarian belum berakhir

updated: 12 April 2007, 17:50

dapat dah :D

isnin, 9 April 2007, 00:00

saya tingin nak makan kopok lekor. aku via sms.

nape xcri tdi?. mcCool via sms.

tadi x tingin. sekarang baru tingin. aku via sms.

dah mlm, mana nak cri. mkn ler yg lain dulu. mcCool via sms.

isnin, 9 April 2007, 13:35

"kopok lekor ada kak?"

"lom ada dik. nanti kol 2:30 baru ada"

isnin, 9 April 2007, 17:30

"kopok lekor ada kak?"

"maaf la dik, orang yang biasa jual tu tadi btau hari ni dia tak jual"

dan pencarian kopok lekor berterusan hingga ke maghrib. aku pegi sukma, dah habis. pawada, takder. perumahan, takder. kpg lintang, dah habis. kpg sg. bedil, takder. yang heran tu, bila tak teringin, aderrrrrrrrr jer kopok lekor tuh. ni masa teringin, takder plak. akhirnya aku balik umah dengan rempeyek jer. rempeyek pun rempeyek la

ngidam kopok lekorrrrrrrrrrrrrrr.

Tuesday, April 10, 2007

life is like a boat

"usu, apa air mani?" tanya budak perempuan berumur 9 tahun (ker 10 tahun) kepada mak usunya.

senyap. blur. dalam otak tengah fikir-fikir apa jawapan nak bagi.

"air mani tu, blablablablabla" budak perempuan yang naif itu menjawab sendiri.

"mana tau?" tanya mak usu yang masih blur.

"ustazah bagitau tadi masa kelas fardhu ain".

ni la antara soalan senang yang aku susah nak jawab selain dari soalan matematik.

Monday, April 02, 2007

white lies

"hello. apa khabar?". itu orang.

"baik". aku.

"kenal lagi?". itu orang.

"sapa?" aku.

"(nama) dari (nama tempat)". itu orang.

"ohh..haii..apa kabar?". aku.

blablablablablablablabbla (borak ape ntah)

"anak dah berapa orang?". itu orang.

"sorang". aku.

"bila lagi nak tambah?" itu orang.

"nanti-nanti laa. slow-slow". aku

"haa yer la. awak pun muda lagi. dah berapa umur anak?". itu orang

"ermm (tengah mengira) 2 tahun lebih. masuk 3 tahun". aku.

blablablablablablablabla. letak telefon.

fuhhhhhhhhhhh. orang kata, sekali kita bohong, kita akan terus bohong banyak-banyak kali. aku tau bohong tu dosa. aku pun tanak buat. tapi aku terdesak (dan korang pun kata "alaaa alasannn"). sungguh. aku terdesak. kalau dengan berbohong aku boleh menyelamatkan rakyat jelata. aku akan berbohong. *sigh

Wednesday, March 28, 2007

my favourite mistake

"The thing about plans is they don't take into account the unexpected, so when we're thrown a curve ball, whether it's in the O.R. or in life, we have to improvise. Of course, some of us are better at it than others. Some of us just have to move on to plan B, and make the best of it. And sometimes what we want is exactly what we need. But sometimes, sometimes what we need is a new plan." - Meredith Grey [Grey's Anatomy]