Tuesday, July 06, 2010

ehhh dah bulan julai??

pehhh nasib baik ingat password lagi. gila lama tak jenguk rumah ni. ermmm tengok gambar je la ye. hiks.
sesi perjumpaan wanita-wanita gedik sedunia :D









kenduri kahwin anak sedara kat Muar

















mari berjalan-jalan ke Melaka bandar bersejarah














sekian, terima kasih.

Sunday, January 10, 2010

Friday, December 18, 2009

aiseymen tukang kayu and tukang simen

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir dan Dato' Siti Nurhaliza pada 1 Januari 2010 dari Esplanade, Singapura boleh ditonton menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).

aaaaaaaaaaaaaaaaa tiba-tiba rasa cam nak masuk saluran astro lak kat umah aku ni.

Thursday, December 17, 2009

berlalulah sudah

selamat menyambut maal hijrah 1431H. jangan lupa baca doa awal tahun dengan akhir tahun, wokeh?

oh, dan selamat menyambut tahun baru 2010 jugak. azam tahun baru? untuk melunaskan apa-apa yang tak terlunas pada tahun yang sudah-sudah. heh.

Tuesday, October 20, 2009

jom jalan-jalan

nana dengan buzzybug datang ke Kuching sabtu lepas. jadi sebagai anak Kuching sejati (ehemmmm), aku bawak la diorang gi jenjalan kat sekitar Kuching (setakat sekitar Kuching ni aku boleh la. kalau dah luar sikit dari Kuching habis laaa ako gila tak tau jalan).

sebab masa sangat terhad (hari isnin diorang dah balik KL), jadi bawak diorang kat sekitar-sekitar yang boleh di pegi dalam masa yang singkat jer lah. haha.

malas nak tulis panjang-panjang. tengok gambar jer la yek.









oh tak lupa juga mereka telah berjaya menyumbangsihkan sebuah lagu berjudul 'Hanya Kitorang Jer Yang Tau'. nah, tengok video ni. hiks.


Thursday, October 15, 2009

kisah dan teladan

dapat dari email.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”
Jawabnya.

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu.

“Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi.mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah

Wednesday, September 16, 2009

dam dam dum kebaaaaaborrrrr

chickenpox. pegi salon. buat manicure. pedicure. boleh?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP

HATI-HATI MASA MEMANDU

MASA TENGAH SYOK BERAYA, INGAT-INGAT LA KAT ORANG YANG TAK BERAPA NAK SIHAT

wokeh?

tiba-tiba je

Friday, August 28, 2009

ko ape hal minah????

tiiit tiiit tiiit tiittt (aaaa bunyi mesej masuk)

sender: +60194717884

message: Hi, nak tengok koleksi video yang terpanas dan terhangat? Cuma perlu taip ON HT atau ON HW dan htr ke nombor 32211. Semua pdftrn free!! (frm Minah, tlg hebohkan)

kurang ajar tak kalau dapat mesej camni???

Tuesday, August 18, 2009

geli-geli pala hanggok hang!

time tengahari matahari betul-betul tegak atas kepala ni laaaa mata nak mengantuk sangat-sangat macam ada menara berkembar petronas bertenggek kat kelopak mata. haih!

eh korang ada nama-nama tertentu yang orang panggil dan nama-nama tu buat korang rasa cam geli-geleman-gelimat tak?

aku paling geli kalau orang panggil aku dengan dua nama ni: jaja @ jiji. sumpah geli wokeh!

ada sekali masa ikut kursus BTN. fasi grup aku tu entah mentol 100v mana ntah menyala kat kepala dia tetiba panggil aku
"jiji, jaga elok-elok telur tu". (haaa korang penah gi kursus BTN tau la telur apa yang dia maksudkan kan? satu hal lak aku nak citer pasal telur. haih!)

cilakak aku rasa macam nak karate jer. jiji? JIJI???? sumpah aku geli-berbulu-meremang lah semua.

tapiiiii kalau hyun bin ker eric bana ker matsumoto jun ker panggil aku jiji ker jaja ker juju ker. aku redha jer la. kot. haih! (gatal merenyam la ko!)

Thursday, August 13, 2009

Vid. 2: itu hari

Event: Sea Rafting
Venue: Kem Permai, Kuching
Date: 25 July 2009



Friday, August 07, 2009

Friday, July 31, 2009

acu

updated: 2 Ogos 2009

alhamdulillah. discharged from the hospital at 11:00 am.

***********************************

"admitted at Damansara Specialist due 2 dengue" acu via sms.

"ko ke baby? teruk ke?" aku via sms.

"aku le. tahap kritikal. platlet cuma 2500. min should b 5k. bdn dah bengkak2, lebam2" acu via sms.

"ya allah. br tau ke? abis ni cmner?" aku via sms.

"ingat demam org beranak. bila lebam2, bdn merah2, ingat alaham jamu. he he. nasib aku rasa lain mcm. kalau x ICU" acu via sms.

"ya allah. ish mcm2 la. ni make sure ko berubat btol2. ako doakan ko cpt sembuh. pe2 hal, lemme know. kredit dh tinggal 48sen. haha. 019 ako rosak dh 4 ari. get well soon k :*" aku via sms.

"ish! tokeh jamu serapat pun leh x ada kredit! apa kesss!" acu via sms.

erkkkkkk. ermmmmmmm kengkawan yang dekat tu, gi ler jenguk dia, k.

Monday, July 20, 2009

sharing is caring 2

alhamdulillah. setelah berusaha bertungkus lumus, akhirnya ini worang telah selamat melahirkan anak lelaki yang sihat walafiat seberat 3.2kg pada 19 Julai 2009 jam 10:52 malam. bayi lelaki tersebut dinamakan Annas Ar-Ridhwan.

TAHNIAH!!

usaha tangga kejayaan haha

Sunday, July 05, 2009

HUH!!!

apa ni???? orang dah plan cun dah nak gi tengok konsert. tup-tup kensel!! apekeheinyerrrr???? ingat tak jeles ker tengok mamat ni dah eksen tunjuk tiket????

mencik ahhh orang mainkan perasaan ako cam nih!!!

AMY (Search) atau sesiapa yang berkenaan, sila jawab kenapa Konsert Search di Awan Biru kat Kuching dibatalkan??!!!!

Thursday, July 02, 2009

wokeh?

setakat ini hari, baru dapat 17 jemputan untuk menyertai facebook. nak tunggu sampai 100 jemputan baru bukak akaun facebook lah ini macam.

haha.

Monday, June 29, 2009

gigih

Event: Car Booth Sales
Venue: Sukma Ria, Kuching
Date: 28 June 2009






Thursday, June 18, 2009

daripada tak ada kan?

aktiviti: meredah hutan
tempat: annah rais
tarikh: 13 Jun 2009

hmmm macam malas la nak menulis kan. tengok gambar jer la yer :D




disambut oleh penari-penari Annah Rais



kekanak riang-ria ribena bersama singer



jumpa jambatan buluh jer amik gambar jumpa jambatan buluh jer amik gambar





tak menyempat nak makan kat waterfall. kat tepi jalan sebelah tayar bas pun boleh. dah macam refugees dah







penat kan. tak sempat nak amik banyak pic masa dalam utan


abaikan jer makhluk yang satu itu. tujuan nak tunjuk air terjun jer. lain-lain gambar air terjun ada ramai makhluk-makhluk sekseyhh so takleh nak publish pic


berakit ke hulu berenang ke tepian

sekian, terima kasih. lagi manyak gambar dalam itu fotopages lah.


Wednesday, May 13, 2009

mimpi seksi

aku dan kengkawan lama, sal, lina dan liza berada kat pantai. pastu aku lak, pegi main kat tepi pantai ermmm main air laut tu ler tapi kat bahagian tepi-tepi jer. pasal tak reti berenang kan. tengah syok bermain air laut. tiba-tiba datang ombak besar. memang besar sangat-sangat. aku tak sempat nak larikan diri ke pantai. aku termasuk dalam gulungan ombak besar tu.

pastu cam misi mustahil lak aku tak mati lemas. yer la nama pun mimpi kan. mesti la jadi hero. tup-tup aku dah ada kat pantai tu balik. dok lepak-lepak dengan kengkawan sambil makan errrr aiskrim (?) haha.

nama pun mimpi dol!! itu jer la mimpi aku malam tadi. tak tau la apa motif mimpi camtu. ada rezeki nak masuk kot. hehe. abis tang mana yang seksi nyer mimpi aku tu? pasal dalam mimpi tu, aku pakai swimming suit. seksi woooooooo!!! haha

Wednesday, April 15, 2009

krokkk krokkkk

pernah dengar tak pepatah / peribahasa seperti ni.
sesal dahulu pendapatan.
jauh berjalan luas pengalaman/pemandangan.
malas, lapar.
huarrrrrrrrrrrrrrrr aku laparrrrrrrrrrrr.

Thursday, April 02, 2009

tolong beritahu aku yang ianya cuma mimpi ngeri

aku masih tak dapat nak membayangkan. waima menerima kenyataan. yang dia. wanita yang cuba untuk senyum. tapi muka tetap nampak ketat. tiada ekspresi. yang suaminya berbibir merah delima. akan menjadi wanita pertama Malaysia. sungguh!