Wednesday, May 30, 2007

pening lalat


it's mating season. ramai sungguh orang buat majlis nikah kawen masa ni. termasuk sabtu yang akan datang ni, tiga minggu berturut-turut aku gi kenduri kawen. aku kalo diikutkan sejarah, dari dulu memang tak suka sangat gi kenduri kendara ni. pegi pun sebab kawan-kawan dekat atau saudara mara dekat. kalau tak, haram aku nak gi. tu yang mak aku selalu bising.

dah tu kan, masa kenduri cenggini la soalan seperti "ha, ko bila lagi?" keluar. ishhh kalau la aku tau jawapan kepada soalan tu. sungguh. aku tak tau jawapannya. i wish i know. but i don't. seronok tengok orang kawen ni. nak-nak plak kalau buat majlis grand. eh if you have the money, if you can afford it, why not? after all it's a once in a life time event. tapi kalau nan ado tu, buat la yang wajib jer. kalau ko tanya aku, jawapan aku senang jer. ukur baju badan sendiri. kalau aku ukur baju ikut badan angelina jolie, ada lak orang tuh makan hati ayam berulam jantung pisang. haha.

ngomong-ngomong, aku nak tanya. pernah tak korang rasa cam sesuatu tapi korang tak tau nak describe perasaan sesuatu tu? wahhhh seswatuh sungguh kan?

macam banyak benda yang aku nak tulis. tapi tak tercurah menjadi perkataan dan ayat-ayat. dan aku rasa cam bosan dan letih. sangat.

selamat hari gawai. gayu guru gerai nyamai lantang senang.
selamat pengantin baru zel & suami. semoga berkekalan ke akhir hayat.
selamat bercuti panjang.

Friday, May 25, 2007

kembali dengan pertumbuhan yang tak berapa nak sekata

am back. back to my normal mono life. mana aku hilang dua minggu? mendengar ahlilahlilpolitikus bercakap dan bertelagah adalah sesuatu yang menarik dan juga ngesak ati most of the time. haha. well let's not talk bout it. mati aku mun ada salah kelakar pech lobs kelak.

sibuk manjang sampai tak sempat nak check email, nak balas sms, nak baca blog apatah lagi. kalau sempat pun, curi-curi masa lima minit. jadi kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat dan kekasih-kekasih gelapku (mati lahhhh ada kekasih gelap tek konoknya) yang menghantar email dan sms yang tak sempat dibalas, maaf ye (perasan lah diriknya femes gilak ada peminat). aku pun rindu korang gak.

hmmm takder apalah yang aku nak update pun. cuma malam tu pegi makan malam sempena majlis menyambut hari jadi ke-71 orang penting di negeri aku dan sempat bergambar dengan dayang nurfaizah (thanx to makcik ros & makcik sophia yang beriya-iya dan aku tumpang duak kaki lah). haha. pastu makcik dua orang ni asyik soseh soseh jer tengok dagu salwa abdul rahman tu panjang. haha. sempat juak molah ketupat.

okay lah. selamat berhujung minggu. marilah kita beramai-ramai menonton lanun-lanun pulau karibian dan waris jari hantu.

nota kaki: ngesak ati - nyakit hati; mun - kalau; kelakar - cakap; tek konoknya - kononnya; diriknya - diri sendiri; gilak - sangat; duak - dua; juak molah - juga buat.

Tuesday, May 08, 2007

Gunung Gading National Park

Pelancong dari Venezuela, Filipina dan Taiwan

dah setengah jam berjalan

pekerja kat situ kata ni bukan musim bunga (occay laaahhh bukan musim bunga rafflesia). tak banyak pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan biasa dan bunyi-bunyian hutan.

cuba korang teka ni gambar apa

ko ado bertenggek kat dahan kayu cenggitu?? nan adooo

cis! cis! cis! kena gigit belut..err lintah..eeiuuuu

sampai puncak. lebih kurang 3,500 kaki. penat siottt

berkelah di puncak gunung. ingatkan ada pemandangan yang menarik dari puncak. tapi memang kiri-kanan-depan-belakang-atas-bawah hutan.

nak balik dah.

untuk cerita melampau-lampau extravaganza, sila ke rumah ini orang. untuk menengok-nengok gambar sambil membuat ketupat sila klik-klik gwe

Thursday, May 03, 2007

konferens+soping+foyafoya

aku cam malas nak mengetuk papan kunci nih. jadi korang tengok gambar jer la ek. kalau nak tengok laaa ;)

hari pertama konferens

pertunjukan fesyen dari pereka Simon Seow (aku pun tak penah dengar nama dia ni) masa lunch


hari kedua konferens

pertunjukan belly dancing masa lunch

minah ni gelek seksi siotttt

baru balik dr bersoping kat ikea

beg bagak (besar) ni leh muat 2 orang yang bersaiz aku (aku yang dulu laaa)
the sengals: acu, gf, nurnana, yan

ko tak geram tengok budak nih??

sib baik anak orang. kalau keropok, dah lama aku geget, aku kunyah, aku telan. burrpp alhamdulillahh

nak balik dah. haha muka takut excess luggage!!