Wednesday, March 28, 2007

my favourite mistake

"The thing about plans is they don't take into account the unexpected, so when we're thrown a curve ball, whether it's in the O.R. or in life, we have to improvise. Of course, some of us are better at it than others. Some of us just have to move on to plan B, and make the best of it. And sometimes what we want is exactly what we need. But sometimes, sometimes what we need is a new plan." - Meredith Grey [Grey's Anatomy]

Friday, March 23, 2007

biru yang kelabu

"itulah. bercakap tak pernah nak berfikir dulu. ikut sedap mulut dan tangan je kalau nak menaip. ko ingat boleh tarik balik ke apa yang ko dah cakap atau tulis? apa ko ingat orang yang dengar tu tak ingat apa ko cakap? apa ko tulis? tolonglah. bukan sekali. bukan dua kali. berkali-kali dah. takkan tak belajar dari kesilapan lagi? mana ada orang buat kesilapan yang sama banyak-banyak kali".

Tuesday, March 20, 2007

everyone has a first love story to tell

aku gi tengok Mukhsin semalam. yeayyy!!! (melompat-lompat kegirangan umpama budak-budak darjah enam yang mendapat keputusan cemerlang peperiksaan UPSR bila melanggan suratkhabar berita harian). aku tanak buat ulasan panjang-panjang pasal citer ni sebab bukan aku reti pun. heheh. tapi kalau korang nak baca antara ulasan sempoi yang best, korang leh gi blog areyoung. aku cuma nak bitau, citer ni memang BEST!!!

apa yang aku suka dalam filem Mukhsin ni:

1) scene orked campak beg sekolah kuar dari tingkap; haha

2) scene famili orked dok bersantai nyanyi-nyanyi di luar rumah, hujan turun, orked dengan mak dia menari di dalam hujan;

3) setiap scene orked dan mukhsin berbasikal melalui pokok-pokok kehijauan dan sawah bendang;

4) orked dan mukhsin main lelayang, panjat segala pokok yang ada (aku nakkkkk) dan bila mukhsin tak bagi orked gunting rambut sebab dia suka tengok rambut orked panjang; how sweettttt


5) bila mak & abah orked dengan orked sekali berdansing kat tengah rumah sambil diperhatikan oleh mukhsin; aku cam terharu part nih

6) aku suka sebab takder lakonan yang kaku. aku suka family orked. aku suka kak yam. aku suka ayu (hahahahaha ni ada chance ganti norlia ghani).

7) aku suka sebab banyak scene yang mengingatkan aku pada zaman aku kecik-kecik dulu; betapa aku tak penah dan tak suka main pondok-pondok atau main nikah kawen dan main masak-masak. geng aku semua bebudak laki. penah sekali aku tertikam tin milo kat dahi sorang budak laki ni sampai berdarah. mak dia gi jumpa bapak aku. bapak aku marah giler. dan aku nyorok dalam reban ayam. dulu kitorang pun penah bela kucing. walaupun kucing kitorang dulu takder la buat kes macam si Bujang (nama kucing orked - haha), tapi sebab kucing tu asyik kencing dan berak kat penjuru enjin jahit mak aku dan atas tikar *kelasah walaupun bapak aku dah sediakan tempat untuk ia kencing dan berak. sampai la satu hari bapak aku marah sangat, dia buang kucing tu kat mana ntah. dan aku nangis kat anak tangga sebab kucing tu comel sangat. bulu kaler putih dan mata kaler biru. aku rindu nak wat dajal kat kucing tu sebenarnya (erkkk).

macam banyak jer kalau aku nak senaraikan. pendek kata, memang best. tapi pada korang yang nak tengok citer Mukhsin tapi belum tengok Sepet dan Gubra, aku nasihatkan korang gi tengok Sepet dengan Gubra dulu, baru tengok Mukhsin.


*tikar kelasah - tikar dari rotan dan akar kayu. kat sini memang terkenal dengan tikar ni.

hmmm tak sabar tunggu citer lanun-lanun pulau karibian.

Wednesday, March 14, 2007

if only

giler ah!! dapat 17A, 18A. zaman aku dulu 8A jer (mati lahhh dah kertu). haha. lagipun masa tu mana ada kira pakai A, B, C segala. zaman aku dulu, pakai Gred 1 Agregate 8 (ker 9 ako tak ingat). hah! itu dah tahap super hebat.

pelajar aliran sastera ada 8 subjek jer rasanya. english, bm, maths, pendidikan islam, sastera melayu, sejarah, geografi dengan lukisan. kalau tanak amik sastera melayu, boleh amik english literature. yang ambik bahasa cina tu pulak, errr ape kes ah? entah aku cam ilang ingatan la. itu baru 8 subjek. pun aku susah nak lulus. ini pulak sampai 18 subjek? ishhh

dulu kat kelas aku, ada sorang mamat eurasian nama shad. dia tak amik sastera melayu. dia amik english literature. entah tetiba lak aku ingat kat mamat nerd nih. skang dah tak nerd lagi kot. dalam kelas aku ni, pelajar kira semua terer-terer laa. keputusan SRP (hah kan aku dah cakap aku dah kertu) paling koman pun A18 ke bawah jer kat dalam kelas tu. mesti korang ingat aku pun terer la kan? yer laa, dah dalam kelas aku tu bebudak semua terer. keputusan SRP A18 ke bawah. tetiba ada aku yang keputusan SRP hanya (aku habiskan ayat aku kat situ jer lah) TERmasuk sekali dalam kelas tu. tak ker seswatuh tu?

dah tu pulak kat kelas aku tu, pelajar bukan melayu ada 3 orang. melayu ada 8 orang jer. selebih dari tu, semua cina. korang bayang jer la cemana aku leh termasuk sekali dalam kelas ni. aku la antara yang selalu dapat nombor dua atau tiga. dari belakang (bukannya aku bangga pun dengan benda ni).

matapelajaran yang aku paling lemah? matematik dengan geografi. oh dan juga lukisan. sebab aku dok kat belakang, bila tiba kelas matematik, cikgu lelaki tu akan suh aku dok depan sekali (sebab dia tau aku lembab nak mampus). pas tu dia akan buat soalan-soalan kat papan hitam dan panggil aku untuk menyelesaikan masalah matematik kat papan hitam tu. best tak? dan sebagai seorang pelajar matematik yang tak berapa nak terer tapi comel dan manis serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi, aku sahut cabaran tu. aku pegi depan. tangan kanan amik kapur. tangan kiri cekak kat pinggang. semua mata (dalam kelas ada 34 orang pelajar) sedang memberi sepenuh perhatian kat aku. pehhhh berpeluh jugak laa ketiak.

aku jawab soalan 1. aku jawab soalan 2. sampai soalan 3, aku kantoi. aku pandang belakang. dan kelihatan lah hampir semua pelajar-pelajar lebih-lebih lagi yang duduk di meja depan mulut terkumat kamit. mata sekejap besar sekejap kecik. bukan diorang baca jampi serapah. diorang bagi jawapan kat aku suh tulis kat papan hitam tu. hahaha.

itu la antara kenangan kelas matematik aku masa di tingkatan lima dulu. keputusan SPM aku tak bagus. orang kata cukup-cukup makan jer. lepas dapat keputusan tu walaupun aku dapat tawaran masuk tingkatan enam, tapi aku buat keputusan tanak belajar lagi. aku nak keja. 8 bulan lepas tu, aku rasa menyesal sangat sebab tanak sambung ke tingkatan enam. masa tu aku keja kat syarikat construction. aku la kerani, aku la tukang taip, aku la penyambut tetamu, aku la operator telefon, aku la tukang bancuh teh (bos aku masa tu kata air teh aku rasa cam air mata!!). gaji RM350 jer kalau tak silap. huishhh mana leh jadik!!! sampai bila nak macam tu jer kan?

masa tu aku dah buat keputusan nak sambung belajar balik. nak amik lagi peperiksaan luar. dalam masa yang sama aku cuba nasib isi borang masuk ITM. alhamdulillah la dapat gak aku masuk tanpa perlu mengulang balik peperiksaan SPM.

kalau lah masa itu dapat diputar balik. kalau lah. dan aku akan putar balik apa yang berlaku dari aku umur 16 tahun sehingga 24 tahun. kalau lah.


***
sapa tengok greys anatomy semalam? siot ah. aku dah tahap separa sakit jantung jer nengok.

Monday, March 12, 2007

iklan

korang jenis yang mengadap tv? aku malam-malam kalau boring, aku ngadap gak la tv. kalau tak, terperuk dalam bilik. dalam bilik, boleh baca buku, majalah, komik, boleh golek-golek, berangan. hah kan best dok dalam bilik.

ehh aku bukan nak citer pasal apa aku buat kat dalam bilik. lagipun who the hell wants to know about me in my room. haha.

aku sebenarnya nak citer pasal iklan kat tv tu. iklan ni main peranan penting gak. nak-nak plak bagi golongan kanak-kanak dan nenek-nenek. golongan dewasa, ada la jugak kot. aku, contohnya. tengok iklan aiskrim spiro, esok tu terhegeh-hegeh la aku carik aiskrim tu kat kedai. itu belum lagi aku citer keinginan mak aku bila dia tengok iklan. cam bebudak jer.

hmmm korang tau tak iklan apa yang aku sangat dan paling bencik+menyampah+hakptuihhhh+rasa-nak-terajang-tv tiap kali kuar kat tv? iklan Lasindah Cafe (m. rajoli & wan chik daud)!!!!

sungguh. aku rasa macam nak bom jer tv tu kalau kuar iklan tu. dah la remote tv aku rosak. takleh aku nak tukar cenel kalau iklan tu kuar. ggrrrrrrrrrrrrrrr.

Wednesday, March 07, 2007

rain a.k.a. shahrul

"aku sebenarnya ada barang nak padah dengan kau".

"apa?".

"aku dapat offer keja".

"aih menarkah? sinei?".

"UPM Bintulu".

itulah perbualan di dalam kereta antara aku dengan rain. yes, he's leaving. for good, of course. i'm happy for him. and sad at the same time. he deserves better place, better job, better pay. bukannya kat tempat aku sekarang ni tak best. cuma ..... hmmm aku habiskan ayat aku kat situ jer lah.

aku kenal dia masa dia masuk keja kat pejabat aku hampir empat tahun lepas. pandangan pertama aku: baik budaknya, hormat orang, soft spoken, pemalu (biasa la orang baru kan? mesti malu-malu-segan-segan-sopan-sopan). hehe.

pandangan pertama dia kat aku pulak: "tiap kali kalau bertembung, belum sempat aku nak senyum, ko dah tunduk pandang lantai". hahaha. aku kan wanita pemalu. okay, okay. aku memang macam tu. kalau orang yang aku belum kenal, bila bertembung, aku akan senyum dan terus pandang bawah sebab aku tak tau nak buat apa lagi lepas tu.


tak berapa lama selepas tu, kitorang dah jadi geng. rain, sinchan, jali, zel, aku. antara staff lelaki yang penah digossipkan dengan aku. satu senario biasa kat tempat keja aku, kalau ada staff baru-lelaki-single dan rapat dengan aku, soheh akan kena gossip dengan aku. rain, sinchan, jali, semua penah kena gossip dengan aku. tapi lama-lama gossip-gossip tu semua terus lenyap. sebab diorang pening nak piker kot. aku ni dengan yang mana satu sebenarnya. lagipun kitorang selalunya keluar pun berkumpulan.

dulu masa jali masih bersama kitorang, rumah jali la port kitorang melepak. masak-masak, makan-makan sambil tengok tv. zel selalunya jarang ikut sama sebab dia ada komitmen lain. jadi selalunya kita empat orang la yang ke sana ke mari. tak pun bertiga. pegi shopping, jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang, pegi funfair (rain ni la rakan sepermuntahan aku masa main menda alah kat funfair tuh.

cepat betul masa berlalu. tup-tup dia dapat offer baru. aku tau dia berat hati nak tinggalkan tempat keja ni. cuma kadang-kadang kita kena buat apa yang kita perlu buat. cuma aku sekarang ni tak boleh nak bayangkan si rain ni mengajar. serius. rain dengan sinchan, aku takleh nak bayangkan diorang ni jadi pengajar. kalau jali, aku boleh bayangkan. sebab dia cam ada tokoh jadi cikgu/pensyarah. lepas tu mesti pelajar-pelajar dia cam keliru tengok dia ni pensyarah ker pelajar. lebih kurang jer rupa. haha.


Rol, selamat maju jaya. mun ada apa-apa hal, padah dengan kamek orang. jaga diri di tempat orang. have a little patience. hehehe. setiap kejadian ada la hikmahnya. chaiyyo chaiyyo.

Nota kaki: padah - beritahu; aih menarkah? - betul ke?; sinei? - mana?; mun - kalau; kamek - saya / kita

Monday, March 05, 2007

ada apa dengan bulan yang datang

sesetengah wanita atau mungkin kebanyakan wanita mengalami PMS. ada yang suka makan benda masam-masam. ada yang nak makan coklat atau aiskrim jer. ada yang selera makan bertambah. ada yang gastrik. ada yang migrain. ada yang sakit pinggang. ada yang moody. nak marah jer keje. rasa cam nak bom orang jer. takpun sensitif. nak nangis jer rasa. dengar lagu anuar zain pun leh nangis. ada yang breast cramp. dua minggu sebelum berlaku kejadian lagi dah dapat breast cramp. pendek kata, emosi dan fizikal cam tak stabil jer masa tu. semua cam serba tak kena.

citer pasal breast cramp ni kan. aku dulu zaman kecik-kecik baru angkat dara, mana la aku tau apa itu breast cramp. mana la ada mak aku nak citer simtom-simtom nak datang bulan ni segala. pembacaan aku pun rasanya cam terhad jer. tak sampai ke situ. bukan macam zaman sekarang ni. semua kat hujung jari.

masa tu, bila aku rasa bahagian dada aku sakit, aku risau la. jadi hari tu aku ajak kawan aku gi klinik. sampai kat klinik, kena la tunggu giliran ye tak? takkan nak main redah jer. lain la klinik tu aku yang punya. bila sampai giliran aku tu, aku pun masuk bilik doktor.

"ye dik, sakit apa?" tanya doktor lelaki, muda, hensem.

"errr hmmm" sambil aku tengok kawan aku yang dah tersengih-sengih.

"demam?" tanya doktor lelaki, muda, hensem itu lagi.

"errmm macam ni doktor. dulu kepala saya penah terhantuk kat bucu mesin jahit mak saya. tak lama lepas tu, terhantuk lagi kat handle basikal di tempat yang sama. abis bengkak sampai sekarang ada lagi. sebab tu agaknya saya selalu pening ker?" aku.

daripada aku nak periksa pasal bahagian dada aku yang rasa sakit, terus citer pasal kepala aku benjol lak. kuar dari bilik tu, kawan aku dah gelak-gelak. abis tu, takkan aku nak citer pasal dada lak. doktor tu lelaki. muda lak tu. extra point: hensem. huishhhh segan la aku.

Friday, March 02, 2007

awan yang kesembilan

"Queena tu kuat merajuk. risau aku". lena.

"alaa ko pun dulu kecik-kecik suka merajuk gak. abis menurun la kat anak ko". aku.

"aku risau nanti sampai ke besar dia kuat merajuk. aku pun cam penat jer nak pujuk. sket-sket merajuk. agaknya macam tu la lelaki kalau pompuan kuat merajuk mesti diorang fed up kan?". lena.

"errr haaaa". aku.

aku rasa kan, aku baru jer dapat mengesan yang aku ni, kuat merajuk jugak rupanya. cuma aku merajuk tu tak lama la (ni ayat pertahanan diri aku). nanti la aku kurang-kurangkan la sifat merajuk tuh. kepada sesiapa yang berkenaan tu, sabar-sabar la ye ;p

korang jenis yang kuat merajuk tak?