Friday, March 31, 2006

chaiyyo

aku rasa, kebelakangan ni aku dah terlebih belanja. atau patut aku buang TER pada perkataan lebih tu? sebab TER tu maknanya tak sengaja. aku pulak, bukannya tak sengaja. tapi macam sesaja jer nak berbelanja.

okay, tak per. lepas ni aku stop berbelanja for a few months. errr boleh ker? ehh mesti boleh. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. orang takkan sesajer nak cipta peribahasa kan?

ni la azam aku untuk bulan april ni. errr sampai bulan ogos. okay, september.

Monday, March 27, 2006

drama sabun

aku dengan mak aku, jarang sangat-sangat dapat duduk sama (walaupun dok serumah) sambil tengok tv. sebabnya, bila aku tengok tv, aku akan tengok citer omputih. mak aku plak, mesti nak tengok citer melayu. sudahnya, dia akan masuk dalam bilik dan tengok tv dalam bilik. manakala aku conquer tv kat luar (bertuah nyer anak).

satu-satunya saat aku dan mak aku boleh dok sama sambil tengok tv adalah time nak tengok citer / drama Korea. time tu jer. dan aku tak der la nak rasa kekok nak tengok sama pasal citer Korea selalunyer decent kan. jarang sangat-sangat ada scene yang menjolok mata. abis dasyat pon cemolot jek. itu pun takder la tahap bertukar saliva atau gegula getah erkkk. tak der la scene yang leh buat aku termalu sendiri depan mak aku. kalau tengok citer omputih ker, citer nestan ker, memang awal aku surrender kalau mak aku ada sama. segan aku weyyyyy.

Friday, March 24, 2006

pelem kita

ada beberapa perkara yang aku tak gemar bila tengok drama /pelem tak kira la buatan Malaya atau luar. tapi sekarang ni aku nak cakap pasal drama / pelem buatan Malaya.

scene tido: mekap, lipstik, mascara masih tebal 10 inci kat muka

scene solat: pun masih ada mekap kat muka

scene gelak: huk alohh fake nyer gelak

scene sedih: guna suara (konon menangis) jer tapi air mata tak keluar

dialog: skema

kenapa pelakon kita susah sangat nak berlakon tanpa mekap? mesti nak kene nampak cantik sentiasa. walau dalam apa scene pun. tapi yang aku paling tak berkenan dengan scene nak tido dengan scene solat tu la.

tercari-cari

kalau kau memang jenis penakut, tidur dengan lampu terpasang, filem-filem dan drama-drama seram bukanlah secawan teh kau, dan kau masih juga mau menjadi sukarelawan sukarelawati untuk melihat atau mencari hantu, apakah panggilan yang hendak aku panggil kau?

Thursday, March 23, 2006

u r what u eat

last 2 weeks, i did my blood test. and guess what. high LDL. serious. no, am not fat. am thin. like 43 - 44kg (jangan ingat ni berat sekampit beras lak). or maybe that number's okay for my height. and my height? like supermodel (di alam fantasi). petite, yes, that's the word.

and right after i got the result, my sis asked me "kolesterol ko tinggi nih. ape ko makan?". and i was like "huh? biar betul". "ko kene jaga makan ni. kalau tak jaga awal-awal nanti susah".

now, let see what i ate. breakfast 9:30 am, mee goreng @ kuetiaw goreng @ nasi lemak @ roti canai. lunch 3:30 pm, nasi goreng @ maggi goreng @ roti bakar. dinner 8:30 pm, sometimes i skipped dinner but usually i HAVE to makan jugak. if not, my mum will bising. kalau makan di luar, usually it's KFC and sometimes pizza hut and seafood and all that goreng-goreng stuff. but the fact is that aku sebenarnya jarang makan. now you see where's that 43kg came from?.

mulai minggu lepas, i started my diet (konon). i took dutch lady low fat milk + oat for breakfast. wheatmeal crackers for lunch. and dinner, kene makan jugak. and lots of fruits and vegetables. and my regular mondays, wednesdays and fridays aerobic.

so far, so good. maybe a month after this i'll do the check up again. see whether my LDL is still high or not.

Tuesday, March 21, 2006

kesatu

alahaii..carik PA pun sekarang dah pakai sms..realiti tv..alahaii